GardenHERBShop: May 2012
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Wednesday 30 May 2012

saya mahu konsisten solat subuh


Hari ni adalah hari yang sangat takde mood. Tak tahu kenapa.  Oleh itu, saja takde keje nak ceramah kat diri sendiri tentang solat subuh  sebab terbaca pasal ni tadi. Nak bagi motivasi kat diri sendiri yang liat nak bangun. Maklumlah, tak keje kan.
                Waktu subuh terlalu lah besar kelebihannya. Saidina Umar yang ditikam dengan parah dan kritikal sekali, tapi bila dikejutkan time subuh dia bangun jugak lalu berkata “tidak akan mendapat keuntungan dalam islam bagi mereka yang meninggalkan solat” T_T. solat subuh berjemaah pula menjadi penanda aras bagi keteguhan agama islam. Waktu subuh juga dipilih oleh sahabat2 Rasulullah seperti Khalid Alwalid, Yusuf bin tashifin (panglima perang muslim), panglima Qutuz, salehuddin AlAyubi dan Sultan Muhammad Al faith untuk memulakan agenda2.
                Bukan tokoh2 muslim sahaja, tokoh2 berjaya  zaman sekarang seperti Oprah, Bill Gates semuanya mengutamakan waktu pagi untuk kerja mereka. Jika ingin berjaya, hendaklah kita meneladani orang yang berjaya. Ini prinsip dalam memburu kejayaan.
                Jom tgk hadis dan ayat AlQuran yang ada menceritakan tentang waktu subuh.
“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi” – Riwayat al-tirmizi
“pada waktu perang Badar, Rasulullah solat subuh pada awal fajar, kedudukan baginda pada saat itu sangat hamper dengan musuh lalu baginda memerangi mereka” –Riwayat al-Nasa’i
Allah telah bersumaph dengan kuda2 yang digunakan dalam jihad di jalan Allah pada waktu Subuh.: “Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan kuku kakinya dan kuda yang menyerang dengan tiba2 pada waktu subuh” (surah al-Adiyat 100: 1-3)
                Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal takut punch card merah, ramai pelajar mampu bangun awal takut cikgu marah. Tapi bukan mudahuntuk bangun dari tidur semata2 untuk solat subuh. Kita terpaksa berperang dengan diri sendiri untuk itu.
                “ Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila di aberwuduk lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia kan terbawa lembap dan malas.” –Riwayat al Bukhari dan muslim.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang mengimami solat bersama orang lain. Kemudia beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu terika, mendatangi kaum yang tuidak hadir solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
                Jelaslah, hanya orang yang berjaya mengalahkan musuh batinnya sahaja (syaitan dan hawa nafsu) akan diberi kekuatan dan bantuan oleh Allah bagi mengalahkan musuh zahirnya (Yahudi, Nasrani dan orang munafik). Inilah kunci kejayaan Rasulullah dan para sahabat menewaskan musuh islam. Mana mungkin umat yang gagal mengangkat selimut untuk bangun solat subuh secara berjemaah mempunyai kemampuan untuk mengerahkan tenaga dan seluruh upayanya untuk membangunkan islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan Negara? Pendeta Yahudi pernah menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan orang islam kecuali apabila berlaku satu keadaan, yakni apabila jumlah Jemaah umat islam yang solat subuh menyamai jumlah Jemaah solat jumaat.
                Bukan sahaja berjaya dalam medan perang, umat yang menjaga solat subuhberjemaah juga akan berjaya dalam bidang perniagaan. Contohnya, Sakhr al-Ghamidi yang kaya raya selepas mendengar kata-kata Rasulullah tentang keberkatan pada waktu pagi.
                Jelaslah, umat yang kuat adalah umat yang berjaya bangun awal pagi dan solat subuh (berjemaah kalau lelaki). Memang bukan senang nak buat semua tu… 
Source: Solusi isu 36

minggu depan en saiful balik! yeayyy

Video Nisa: disco dancer - taken 10 may 2012

takde sapa ajar dia joget gini. pandai2 sendiri

Thursday 24 May 2012

Kajian saintifik: kejaiban minyak kelapa untuk rambut !!


Tahukah anda banyak produk2 skincare di sekeliling anda adalah terdiri daripada mineral oil. Apa itu mineral oil? Mineral oil adalah dari produk petroleum. Ia datang dari sumber yang sama dengan petrol untuk kereta kita. Minyak bayi dan Vaselin dibuat sepenuhnya oleh minyak ini. Manakala terdapat mineral oil dalam jumlah yang tertentu untuk moisturizing cream dan lip balm. Mineral oil teramatlah murah nya dan memeng digunakan secara meluas. Kos untuk buang dia lagi mahal dari nak beli dia. cuba bayangkan sebab tu dia meluas digunakan. Banyak produk2 minyak rambut di pasaran memang ada minyak ini. Even dia claim ttu minyak kelapa/zaitun pun, kita kena check ingredients pada label produk. Minyak mineral ni jugak dikenali sebagai paraffin wax, liquid paraffin, and petrolatum. 

            Sebagai contoh, saya ambil satu produk yang saya jumpa hari tu. Minyak rambut ni memang murah dan kat label dia tulis ‘herbal hair oil’. Tapi cuba tgk ingredient dia, memang ada campuran mineral oil (lihat tanda kuning yang saya dah highlight). Sebab tu dia murah. Sebenarnya banyak lagi produk2 yang herbal tapi dah dicampur ngan minyak mineral. Boleh check sendiriAlpha.

Penggunaan mineral oil ni menjadi perdebatan. Satu pihak mendakwa ia selamat digunakan kerana sudah di jual di pasaran selama 100 tahun. Walaupun berasal dari petroleum, tapi gred nya adalah di paras yang selamat.

Pihak yang satu lagi pula mendakwa mineral oil ni bahaya kerana:
Alpha
Minyak mineral bertindak sebagai satu lapisan nipis pada kulit. Ia adalah sukar untuk diserap dan akan menyumbat liang kulit kita. Ini akan mengurangkan keupayaan kulit untuk membuang toksik dari badan. Ingat, kulit adalah organ terbesar badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan secara keseluruhan!
google image

Walaupun pandangan orang, saya lebih suka membawakan bukti2 dari kajian saintifik berkenaan hal ini. Satu kajian yang telah dilakukan ialah mengenai kesan minyak mineral, minyak sunflower dan minyak kelapa untuk menghalang kerosakan rambut.
___________________________________________________________________

Tajuk: Effect of mineral oil, sunflower oil, and coconut oil on prevention of hair damage.

Penulis: Rele AS, Mohile RB.

Tempat: Research and Development Department, Nature Care Division, Marico Industries Ltd., Mumbai, India.

Penerangan mengenai kajian.

            Menurut penyelidikan yang diterbitkan sebelum ini, menunjukkan minyak kelapa boleh menghalang kerosakan pelbagai jenis rambut.
 
Keputusan yang diterbitkan sebelum ini menunjukkan minyak kelapa boleh menghalang kerosakan pelbagai jenis rambut. Menggunakan kaedah yang sama, percubaan telah dibuat untuk mengkaji sifat-sifat minyak mineral dan minyak bunga matahari pada rambut. Minyak mineral  dipilih kerana ia banyak digunakan dalam formulasi minyak rambut di India, kerana ia semulajadinya tidak berminyak , dan kerana ia adalah lebih murah daripada minyak sayuran seperti minyak kelapa dan bunga matahari. Kajian ini telah diperluaskan kepada minyak bunga matahari  kerana ia adalah kedua paling banyak digunakan dalam industri minyak rambut kerana ciri nya yang tidak berbau. 

            Bilangan ujian yang telah dijalankan adalah jumlah yang sangat tinggi dan teknik yang disebut sebagai Rekabentuk Taguchi Pengujikajian telah digunakan. Hasil kajian jelas menunjukkan impak yang kuat ke atas aplikasi minyak kelapa pada rambut berbanding dengan aplikasi bunga matahari dan minyak mineral. Antara tiga minyak, minyak kelapa adalah satu-satunya minyak yang boleh  mengurangkan kehilangan protein secara luar biasa. Kedua-dua minyak bunga matahari dan mineral tidak membantu sama sekali dalam mengurangkan kehilangan protein daripada rambut.

            Perbezaan dalam keputusan adalah disebabkan oleh komposisi setiap minyak ini. Minyak kelapa, trigliserida lauric asid (asid lemak utama), mempunyai afiniti tinggi untuk protein rambut dan, kerana berat molekul yang rendah dan rantaian linear yang lurus, dapat menembusi di dalam batang rambut. Minyak mineral, iaitu hidrokarbon, tidak mempunyai pertalian untuk protein dan oleh itu tidak mampu untuk menembusi dan menghasilkan keputusan yang lebih baik. Dalam kes minyak bunga matahari, walaupun ia adalah trigliserida asid linoleik, kerana struktur yang sangat besar kerana kehadiran ikatan kembar, ia tidak menembusi gentian, seterusnya mengakibatkan kesan tidak baik ke atas kehilangan protein.
Kesimpulannya minyak kelapa menghalang kehilangan protein pada rambut seterusnya menghalang kerosakan rambut. Kandungan nya juga membantu memulihkan rambut yang rosak.
_________________________________________-

Terlalu banyak kajian2 yang dah dilakukan sebenanya. Bukti dah ada depan mata. Apa tungu lagi. Allah dah ciptakan minyak kelapa untuk rambut dan kulit kita. (dapat serap ke dalam rambut dan kulit) Minyak mineral tu hanyalah minyak buangan. Walaupun mungkin tak bagi kesan negative, tapi khasiat nya untuk rambut zero. Walaupun minyak kelapa ni mahal sikit, tapi ia sangatlah berbaloi2 kerana ia menjamin rambut anda sihat, tidak rosak sepanjang usia anda. Malah rambut rosak pun memang akan di pulihkan dengan minyak ini. Saya dah rasa perbezaannya. Belilah produk ini dan istiqomahla menggunakannya kerana ianya dari alam semulajadi yang bertindak secara perlahan tapi menyelesaikan masalah dari akar umbi dan tiada lansung kesan sampingan.

rutin penjagaan rambut yg sempurna dari alam semulajadi

Untuk satu botol (130 ml RP= rm 46.90) tahan 4 bulan. Sangat murah maintenance rambut anda. Kalau tudung setakat RM30 tu sebelah mata je kita beli kan. tudung dah lawa. Rambut pun kena la cantik. Kelebihan perapi rambut ini adalah 100% menggunakan minyak kelapa dara tanpa campuran minyak mineral, tidak berbau kelapa (bau limau purut), mudah di apply (botol spray), senang dibawa kemana2 (minyak x meleleh) dan terdapat campuran herba lain untuk kesihatan optimum rambut kita dan membantu meluruskan rambut. Sila klik pada tab menu katalog  untuk mengetahui lebih maklumat tentang produk ini.
kti dah ada depan mata.

johnson baby oil: 100% mineral oil. tiada apa2 khasiat utk rambut

Click to edit and see alternate translations
Drag with shift key to reorder.

Sunday 20 May 2012

Snek sihat: buah


Assalamualaikum..

Ingin cantik dan sihat? Jawapannya ialah makan buah. Buah sememang nya sangat sedap. Kepelbagaian warnanya menunjukkan kepelbagain nutriennya. Menurut pemerhatian aku, buah yang kaler lebih kureng sama mempunyai khasiat yang juga lebih kurang sama. Contohnya, mangga dan labu yang bewarna kuning mempunyai beta carotene yang tinggi. Mungkin beta karotene itu sendiri yang bewarna kuning/oren (memandai2 :p). Oleh itu, kita kena makan berbagai warna buah untuk mendapatkan kepelbagaian khasiat/nutrient/vitamin.  kulit yang sihat dan cantik juga boleh dicapai melalui pemakanan buah. Sebab tu kulit aku tak berpa nak cantik sebab kurang makan buah. Bukan tak suka, tapi dari kecik mama aku jarang beli pastu malas nak kupas! Walaupun dah di ambang 30 an, tapi rasanya nak amalkan pemakanan buah ni sebab lebih baik lambat dari tidak lansung (better late than never). Lagi satu, aku nak galakkan lah anak2 aku ni makan buah dari kecik. Jangan jadi macam umi dia yang dah banyak kali kena eczema baru nak insaf.  Actually, kulit yang cantik jugak ikut genetic kan. 

Kalau kita tengok makanan kesihatan dan kecantikan yang berlambak kat pasaran kebanyakannya mengandungi ekstrak buah. Memang buah itu penting! Walaupun ianya sedap, tapi tetap jugak kurang pengambilannya dalam diet kita. Kenapa? Mengikut analisi aku sendirik sebabnya adalah
  1. Sebab terlupa 
  2. Malas nak kupas 
  3. Tak dihidangkan semasa makan 
  4. Tak beli
Oleh itu, langkah2 mengatsi nya adalah:
  1.  Pastikan rumah sentiasa ada buahan. Kupas, Potong kecik2 masuk dalam berkas letak dalam peti ais (utk kekalkan kesegaran). So, bila kita/ahli family kita bukak peti boleh terus nampak dan terus makan. Then, takda lah isu terlupa atau malas nak kupas, 
  2. Jangan lupa hidangkan buah setiap kali waktu makan. Sebelum makan makanan utama,  makan buah dulu. 
  3. Selalu ingatkan ahli keluarga dan diri sendiri supaya beli buah bila ternampak orang jual. Bukan mahal pun.
  4.  Selalu ingatkan diri/ahli keluarga tentang khasiat buah-buahan.

Untuk anak2 kecil pula, galakkan diorang makan buah.  Tak payah nak berjimat bab makanan berkhasiat. Cara2nya:
  1.  Kita kena jadi contoh teladan. Kalau kita makan, anak akan ikut.  
  2. Time sarapan, masukkan buah yang kalerful tuh dalam bijiran mereka. Pasti berselera 
  3. Kalau makan kat luar pun, pastikan menu yang kita pilih ada buahan. Contoh: kerabu mangga, kerabu betik, jus oren, jus tembikai 
  4. Masa beli buah, Tanya anak dia suka buah apa dan belikan. Hidang buah dengan cara yang kreatif. 
  5. Tak semestinya makan begitu sahaja. Boleh makan jugak dengan yogurt atau coklat. 
  6. Kalau ada kawasan untuk tanam buah, ajak nak tanam sama. Biar dia jaga, siram dan baja sendiri. Bila buah masak, biar dia petik. Mesti dia excited habis!
Jom makan buah banyak2. Overdose pun takpe sebab kandungan gula nya adalah asli. Kalau gula lain, boleh buat anak kita terlebih aktif. Natural is always better. Contohnya, VCO yang saya jual ini. Sila klik pada image2 di sebelah kanan blog. :P
 ready to eat: rambutan


ready to ngap: mangga


honeydew

 Banyak lagi gamba buah nak upload tapi tak tau napa takleh nak transfer gamba dari henfon ni. henfon ni suka sangat wat perangai. Rasanya sebab dah pening selalu kena tekan kuat gila ngan nisa. dia nampak kita duk touch screen dia nak wat jugak. tapi dia bukan touchscreen dia lenyekscreen. 

nisa tidur atas papa. abaikan baju yang tak berlipat . lagi 23 hari

Thursday 17 May 2012

Meluruskan rambut secara semulajadi

google image:  4 petua meluruskan rambut secara semulajad
Jika rambut anda kerinting, wavy atau mengerbang, anda mungkin pernah mencuba pelbagai kaedah untuk meluruskan rambut anda. Malangnya, banyak relaxers kimia dan straighteners boleh menyebabkan kerosakan seperti rambut bercabang dan putus, lalu menjadikan rambut anda kelihatan lebih teruk daripada yang berlaku sebelum ini. Selain itu, anda mungkin telah cuba menggunakan perkakas panas seperti flat iron untuk membantu meringankan keriting halus daripada rambut anda. Flat iron board boleh menyebabkan kerosakan yang lebih kepada rambut yang diluruskan secara kimia. Ini semua fakta dari TeenHealth. 

Kandungan minyak kelapa dara dan herba2 (lihat label) dalam Produk  VEGOURZ HAIR TONIC ni adalah sangat sesuai untuk orang yang berambut kerinting. Pemakaian produk ini untuk rambut kerinting menjadikan rambut lembap dan jatuh.

Sebenarnya, Hasil gabungan herba2 tertentu dengan minyak kelapa dara telah digunakan di seluruh dunia sebagai cara alami untuk meluruskan rambut. kami paparkan kepada anda serba sedikit untuk menambahkan keyakinan anda

Coconut oil in its unrefined state can help you straighten your hair naturally, without heat or chemical damage, especially if you have particularly coarse, curly hair. According to Aroona Reejhsinghani in her book "Be Your Own Beautician," coconut oil discourages curling of your hair and leaves curls less defined. Massaging warm coconut oil into your scalp followed by massaging a bit of water into your hair before bedtime will help you comb out the curls. PLAIT YOUR HAIR AS TIGHTLY AS POSSIBLE before you go to sleep and BRUSH straight in the morning.

Application of coconut milk and lemon juice is effective not only in controlling curls, but also in alleviating the problem of dandruff. First, grind a coconut in a blender, and add lemon juice to it. Keep this mixture in the refrigerator for a few hours. After sometime, you will observe a layer of creamy foam on the top of the container. Now, apply this foam to your hair and keep your head covered with a hot towel for about 45 minutes to 1 hour. After this, wash your hair with a mild shampoo and let it dry completely. This would not only straighten the curls, but will also add a lustrous shine to your hair.
Kami sangat komited menjadikan impian anda satu realiti. Dengan pembelian produk VEGOURZ, kami sertakan panduan mendapatkan rambut lurus secara maksima. Ia merangkumi

1.      Panduan menggunakan produk untuk kesan optima (cara dan masa yang sesuai)
2.      Panduan bershampu
3.      Shampoo yang sesuai digunakan
4.      Pantang-larang (jangan rebond, warnakan dsb)
5.      Kesan buruk teknik rebonding (jangan sesekali berfikir untuk melakukannya)

Kesemua panduan2 ini kami sediakan dalam penulisan yang sangat ringkas serta amat mudah difahami. Kami memahami kekangan masa anda. Dengan pembelian produk kami, anda bukan saja dapat meluruskan rambut anda secara semulajadi, malah

1.      Menyihatkan rambut secara keseluruhan
2.      Menghalang/mengurangkan keguguran rambut
3.      Meningkatkan pertumbuhan rambut
4.      Meluruskan rambut secara semulajadi
5.      Merawat kelemumur
6.      Mengelakkan rambut mengerbang
7.      Mengelak dan merawat kutu
8.      Mengelak dan merawat uban

Serahkan kepada kami membantu anda meluruskan rambut dengan cara semulajadi iaitu dengan menggunakan VEGOURZ HAIR TONIC.

“Pengalaman saya menggunakannya sebanyak 4 botol (280ml), rambut memang makin lurus (tapi tidak seperti rebonding ). Tonik ni merubah rambut saya yang kerinting halus  kepada kerinting kasar yang lebih menarik” idani aziz, 33 tahun (penulis)

“saya nak buat testimony sikit, saya dah pakai setahun lebih.. result dia memang terbaik… rambut memang makin lurus tapi bukan macam teknik rebonding tu tapi lurus macam ikal.. pastu rambut dah tak frizzy dah.. uban pun hilang, rambut jadi lembut.. kalua dulu bangun tidur mesti kena sikat rambut yang berserabai… sekarang tidak lagi.. btw thanks you for creating ths suck product” –Mr M

Banyak lagi testimoni2 lain anda boleh lihat disini (https://goo.gl/XAMTrv)Kami tidak melakukan sebarang rekaan, pemalsuan atau pengubahsuaian pada testimoni2 tersebut kerana ianya adalah suatu bentuk penipuan serta tidak patuh syariat. Kami sudah 5 tahun beroperasi dan respon2 pengguna adalah sangat penting bagi kami untuk kelansungan dan penambahbaikan produk kami.

Hanya pamkan VEGOURZ HAIR TONIC pada tangan dan apply rata pada rambut! Sangat senang di bawa kemana2 sebab konsep botol nya memang tak buat minyak meleleh serta berbau harum dan segar. Boleh pakai 24 jam! Sangat senang menggunanya. Dah tak payah nak buat treatment kat saloon lagi. Rambut anda akan sihat dengan penggunaan yang berterusan. serahkan rambut anda kepada tonik ini secara total

Suka saya nak ingatkan kat sini, bahan semulajadi ni kita kena bersabar dan janganlah mengharapkan hasilnya secepat teknik rebonding. yang penting kena sabar dan berterusan menggunakannya. Bahan semulajadi ni dia bertindak perlahan tapi dari dalam tanpa meninggalkan apa2 kesan sampingan. Sebenarnya teknik rebonding tu akan mendedahkan rambut kita pada bahan kimia/sintetik yang lama kelamaan menjadikan ia gugur dan botak. Tolonglah hentikan semua tu. Pengalaman penulis sendiri yang dah 4 kali rebond rambut, rambut jadi sangat2 rosak. Macam sabut kelapa pun ada. Siapa yang kenal saya memang tahulah macamanakan. Sebab tulah saya cadang sangat2 supaya anda guna produk ni.  

Akhir kata, Jom tukar rambut yang rosak dan mengerbang kepada rambut yang sihat dan lebih lurus. Yakinlah pada khasiat alam semulajadi. Sifat hakiki nya perlahan tetapi berkesan. Whatsapp 016-6111543. Jangan lupa like facebook kami. 

Untuk tengok produk-produk kami yang lain boleh tengok di website kami di sini: 
http://www.gardenherbsshop.com/

Sebelum :p

selepas :p


updated 30 april 2014:

Kenapa anda perlu memiliki produk Perapi rambut VCO ini??

Our best seller product

  1. 100% organic daripada minyak kelapa dara 
  2. Kelebihan minyak kelapa dara (VCO) yang sangat2 menakjubkan untuk rambut. Tak tertulis kat sini. Antara komponen dia yang penting untuk rambut adalah Lauric Acid, Capric Acid, Vitamin E, Moisture Retaining Capacity and Good Anti-dandruff Agent. Penerangan untuk setiap komponen sila klik di sini. 
  3. Mengandungi herba aktif peransang rambut spt gondang emas, kunyit emas, bawang dan tutup bumi. Bebas dari bahan kimia, steroid, paraben, toksik atau sebarang bahan kimia. Juga tiada campuran minyak mineral. boleh klik di sini 
  4. VCO adalah minyak yang terbaik untuk kesihatan rambut!!Perbezaan VCO ngan minyak lain. Minyak lain hanya coating sahaja. VCO menyerap ke dalam rambut dan kulit kepala kerana mempunyai struktur molekul yang kecil. 
  5. Anda memerlukan anti aging hair care! Certain components in it keep the hair strong, vitalized, nourished and protected from effects of ageing. kalau muka je nampak muda, tapi rambut beruban tak bes la. Jika anda pernah melawat bahagian pantai India, seperti Bengal Barat, Kerala, Pantai Tamil Nadu dan sebagainya, anda akan terkejut melihat banyak dan banyak lelaki dan wanita tua, pada tahun 70-an dan 80-an mereka, masih mempunyai  rambut hitam yang tebal. Terima kasih kepada minyak kelapa tulen yang mereka gunakan pada rambut. (Ni tertakluk kepada yang rajin memakai). Dengan VCO rambut anda sangat sihat dan uban pun lambat. 
  6. Sangat sesuai untuk si rambut kerinting kerana ia dapat membantu manjadikan rambut anda lebih lurus secara semulajadi. Wajib ada Sebab rambut kerinting sangat cenderung ke arah kering, mengerbang, bercabang. Jangan rebonding! kerana rebonding lagi merosakkan rambut anda. Don’t fight the curl, embrace it!!! Beri nutrien pada rambut anda dengan produk ini! sila klik di sini untuk maklumat lanjut. 
  7. Mencegah dan merawat keguguran rambut. Amat sesuai untuk rambut gugur, jarang, botak.  Anda memerlukan minyak/krim rambut yang bebas bahan kimia untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Klik sini untuk maklumat lanjut. 
  8. Merawat kelemumur secara total. Klik sini untuk maklumat lanjut 
  9. Moisture Retaining Capacity  (kapasiti mengekalkan kelembapan) yang  tinggi, kerana ia tidak dapat dipecahkan dengan juga tidak mudah tersejat, SANGAT STABIL!!. Ia tidak membiarkan lembapan rambut hilang seterusnya memastikan rambut dilembabkan dan lembut. Ini mencegah pecahnya rambut. Minyak kelapa adalah perapi yang jauh lebih baik untuk rambut daripada mana-mana satu sintetik yang terdapat di pasaran.
  10. Mencegah dan merawat kutu. Klik sini untuk maklumat lanjut 
  11. Berbau limau purut. takde bau kelapa!  
  12. 20x lebih pantas daripada serum rambut kerana keaktifan herba dan minyak  berkualiti tinggi 
  13. Menyuburkan rambut seolah-olah rambut dibajai dengan vitamin-vitamin keperluannya 
  14. Sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa