GardenHERBShop: book review
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI
Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Monday, 23 July 2012

Book review: Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul


Assalamualaikum…
novel cinta berkat

Aku memang suka membaca dari kecil tapi aku tak suka baca buku pelajaran. Aku suka baca buku yang santai dan mudah faham. Tapi bila masuk sekolah menengah, aku jadi kurang membaca buku2 santai. Masuk mrsm, boleh dikatakan tak lansung. Masuk u pun sama. Seingat aku, aku penah baca satu novel, Ombak rindu masa kat u. itu je. Minat membaca jadi tersekat sebab buku study pun aku tak sempat nak habiskan. Bila dah keje, ada la start balik baca sikit2. Tapi bila dah jadi suri rumah ni, husband keje beli buku je. Dalam sebulan tu kadang2 sampai 5-6 biji buku. Hoho. Memang bes.. 

            Hari ni nak review pasal satu buku sari Fatimah syarha mohd noordin. Sapa tak kenal? Aku start minat tulisan dia masa baca majalah solusi. Bagi aku penulis ni seorang manusia yang memperjuangkan cinta suci. Ya, bukan cinta kotor dan penuh dosa yang banyak sangat berleluasa sekarang ni. tulisan dia memang banyak pasal ni. pasal hubungan cinta antara lelaki dn perempuan yang halal hanya selepas berkahwin. Dia juga banyak menitikberatkan pasal cinta yang agung, iaitu cinta kepada Allah. Aku sangat menghargai usaha dia ni sebab nya kan walaupun kita dah di ajar dengan ilmu agama (ada tu yang tahfiz lg) tapi tetap tak patuh syariat bila bab hubungan dengan bukan mahram. Sebab apa jadi gitu? Sebab cinta itu fitrah. Kita ingin mencinta dan dicintai. Tanpa kita sedar, apa yang kita buat tu mengundang kebencian Allah. Hidup pun tak berkat. Jadilah tak bahagia. 

So, kita kena sentiasa ada guide dan nasihat pasal ni. bila kita tersasar sikit, kita baca then kita insaf balik (manusia=insan=pelupa). Oleh itu, buku2 macam ni sangat sesuai khasnya untuk remaja2 di luar sana. E’eh, bertazkirah pulak hari ni. aku bukan nak cakap aku baik ye. aku memang manusia yang very2 tak perfect. Tapi apa aku cakap ni reality hidup yang terpaksa diakui kebenarannya. 

Buku ni menceritakan kisah cinta antara Dr Muslih dengan isterinya, Qani’ah. Walaupun penulis tak cakap kat sini. Tapi aku yakin 100% yang dia cerita pasal diri dia dengan suaminya Dr Farhan hadi. Bila baca ni, kita rasa bahagianya cinta yang berlandaskan syariat ni. 

Tapi kelemahan buku ni, nipis je, penghayatan pun jadi kurang. Pastu, dia macam kurang dialog,jadi kurang hidup watak2 tuh. Tapi apa2 pun, objektif penulis dah sampai bagi aku. 

Ni aku nak taip antara nasihat menarik dalam buku ni. Antara je la, nak tahu lebih lanjut, beli 12 hengget
Ramai kenalanku mengadu bahawa perkahwinan mereka tidak bahagia. Ada kalangan mereka yang berkonflik dengan pasangan sejak awak pernikahan.ada juga yang merajuk dengan pasangan pada awal pernikahan hanya kerana urusan teknikal seperti rombongan lambat sampai. Sesetengahnya, mengadu suaminya tidak mempedulikan hak batinnya, padahal sebelum kahwin, ‘perkara’ itulah yang menjadi seolah-olah tumpuan utamanya melalui usikan dan perbualan.
            Aku juga hairan melihat pasangan yang asyik bertelagah ketika bercinta tapi akhirnya tekad untuk berumahtangga. Bila dah kahwin, gaduhnya lebih besar dan pihak isterilah yang selalu nya jadi mangsa. Setiap hari makan hati berulam jantung. Tak kurang ada yang sampai bercerai setelah baru setahun jagung berumah tangga.
            Bila bermuhasabah, rupa-rupanya jalan yang mereka lalui untuk tiba ke gerbang perkahwinan bercampur aduk antara yang halal dan yang haram. Kurang sensitive dengan perkara2 yg boleh melalaikan hati drp hubungan dengan Allah. Tidak bahagia di dunia, di akhirat lebih sengsara.
            Aku menasihatkan mereka supaya MENAIKTARAFKAN perkahwinan itu dengan taubat. Jangan sesekali menyesali jodohmu tapi sesalilah dosa-dosamu. Ingat, usah sekali-kali mengambil langkah mudah untuk bercerai. Apa puN yang terjadi, berusahalah yang terbaik untuk mempertahankan ikatan suci itu.
            Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumahtanggamu dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untuk mu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama di dia telah pun tercatat di lohmahfuz untuk mu namun peribadinya ditentukan oleh peribadi mu. Allah tidak akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehahkan lah diri mu.
Gigih aku taip. Peringatan utk diri sendiri dah semua.

pemilik cintaku @surabaya

Thursday, 21 June 2012

Book Review: Art of Deception


Assalamualaikum…

Skrg ni En Saiful baru beli satu lagi buku. Sebenarnya aku tak berapa minat sangat genre buku yang husband aku baca. Tapi lepas belek2 buku ni, buku ni memang menarik sangat. Banyak perkara yang aku anggap sebagai teori konspirasi, penulis buku ni huraikan setiap peristiwa yang berlaku dengan bukti dan fakta yang lengkap.



Buku ini ditulis bagi membongkar segala penipuan Amerika dan pertubuhan rahsia dibelakangnya satu persatu. Buku ni ditulis oleh Jerry D. Gray bekas United States Air Force, yang kini sudah memeluk Islam dan aktif menjalankan kegiatan dakwah. Beliau kini aktif bergerak ke seluruh Indonesia dan Malaysia untuk menyampaikan ceramah untuk mengajak umat Islam supaya sedar yang hari ini umat Islam sudah tertipu dengan agenda Yahudi dan Amerika.


Secara umumnya buku ini menerangkan penipuan besar peristiwa 911, matlamat New World Order, Organisasi rahsia milik New World Order. Dan yang paling menarik adalah baru aku tahu yang dalam buku ini ada dinyatakan bahawa Napoleon Bonaparte seorang Islam. Ada beberapa buku yang ditulis tentang ini salah satu nya adalah 'Napoleon And Islam' by C. Cherfils. (Boleh wat kajian lanjut pasal ni. Terlalu sedikit maklumat pasal ni).

Digalakkan untuk memiliki buku ini untuk kajian dan peringatan diri sendiri dan ahli keluarga. Semoga memberi pengetahuan yang baru buat kita. InsyaAllah....

Saturday, 12 May 2012

Book review: Anakku hebat Anakku soleh



Assalamualaikum…

Walaupun blog ni sangatlah syok sendiri, tapi rasa bes pulak sebab ada visitor dari Holland. Banyak kali pulak tu dia view blog i. :) ( kejap aku, kejap saya, kejap i, lepas ni ambo pulak)

Sekarang ni kat rumah aku, banyak gila buku. En saiful lah yang rajin sangat membeli nya. Disebabkan tak sampai hati tgk buku2 duk jelling kat aku, aku pun baca la. Banyak tau aku baca buku semenjak jadi housewife nih. Hari ni nak review satu buku ni tentang pendidikan anak2 dalam islam. Buku yang bertajuk ‘Anakku hebat Anakku Soleh’ yang ditulis oleh Zahazan Mohamed.

Takda konsep parenting yang lebih baik dari apa yang dianjurkan dalam islam. Aku memang berminat ngan Islamic parenting (walaupun rasa sangatlah tak layak nak bercerita pasal agama kat sini). Percaya atau tidak, aku pernah habiskan buku  terjemahan buku Abdullah Nasih Ulwan yg bertajuk ‘Tarbiyatul Awlad Fil Islam’ setahun yang lepas. Tebal gila buku tu. Satu jilid tebal dia macam kamus dewan tu. Dia ada 2 jilid. Tapi aku baca satu jilid je lah. tak mampu den. Tapi aku cadangkan sape yang nak tahu konsep mendidik anak menurut islam, boleh la baca buku anakku hebat anakku soleh ni sebab dia lebih ringkas. Kandungan dia pulak lebih kurang sama dengan buku Abdullah Nasih Ulwan tu.

kat sini nak share tentang konsep memberi ganjaran dan hukuman. Parent2 kita suka bagi hukuman kalau kita buat salah, tapi amatlah jarang begi penghargaan kalau kita buat sesuatu yang baik.  Cendiakawan2 ilmu tarbiah bersepakat bahawa penggalakan dan memberi ganjaran adalah perkara penting dlm pendidikan apabila anak melakukan perkara yang baik. Para pendidik dinasihatkan menggunakan formula ini. Janganlah ibubapa menyempitkan konsep pemberian hadiah ini kerana cara ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada keadaan. Mungkin kita boleh bagi ganjaran dalam bentuk wang ringgit atau hanya puji-pujian yang menggalakkan nya untuk terus melakukan perkara baik. Yang penting sekali ganjaran yang diberikan itu menerbitkan rasa ingin terus berkelakuan baik supaya beroleh anugerah itu. 

Hukuman juga perlu dibuat untuk mengatasi perkara yang sebaliknya dan perkara ini diperakui oleh para bijak pandai ilmu psikologi. Dengan kombinasi 2 cara ini anak2 dilatih untuk berfikir: Membuat baik balasannya baik, membuat jahat balasannnya hukuman. Tapi awas!! Hukuman tu kenalah berpatutan dan tidak berlebihan. Pada sesetengah keadaan, memaafkan itu perlu jugak. Kedua2 cara mempunyai kepentingan kerana ia terdapat dalam islam kerasa amalan manusia dihitung dengan ganjaran dan hukuman pada hari akhirat nanti. wallahualam
 Anak=saham akhirat