GardenHERBShop: October 2013
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Wednesday 30 October 2013

SET UNTUK BAYI / ECZEMA


Sebagai losyen untuk kegunaan selepas mandi

Untuk diminum (1 sudu sehari) sebagai immune booster dan juga disapukan pada kawasan kulit yang bermasalah

3) VCO SOAP
Digunakan sebagai sabun ketika mandi /membersihkan badan

HARGA= RM 81!!
Pos RM 6 (SM) / RM 9 (SS)

(klik pada text untuk mengetahui maklumat lanjut tentang setiap produk)

Cara penggunaan yang betul dan berkesan akan di terangkan selepas order sampai…




Tuesday 22 October 2013

Rahsia penjagaan kulit bayi (produk 100% organic termurah)

Assalamualaikum…

Apa produk penjagaan kulit dan rambut bayi yang anda guna? Kulit adalah organ terbesar manusia. Apa yang kita sapu pada kulit akan diserap dan memasuki saluran darah kita. Saya tahu kebanyakan dari kita akan terpengaruh dengan produk penjagaan kulit dan badan bayi yang selalu diiklankan di tv. saya syorkan anda gunakan hanya yang 100% organic. Nak tahu kenapa? Sebab hampir kesemua produk penjagaan bayi yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Ini adalah info yang mesti anda tahu dan AMARAN PENTING  buat kita semua. Dengan penggunaan yg kerap, boleh rosakkn kulit dan mata serta terkumpul di dlm jantung , hati dan otak lalu mengakibatkan masalah kesihatan yg serius, termasuk masalah hormone dan kanser. Bahan2 ni memang tertulis jelas di label produk dan boleh memudaratkan selepas penggunaan jangka masa panjang. Semua yang tersenarai ni berdasarkan kajian saintifik yang SAHIH. Bukan rekaan atau teori konspirasi ye.

gamba jhnson

Pertama: Sodium laureth sulfate (SLES) dan sodium Lauryl sulfate (SLS)
(digunakan di dalam produk2 yang berbuih, syampu, gel mandian, mandian bayi, ubat gigi dll)
1.      merosakkan mata, menyebabkan katarak pada orang dewasa dan menghalang pertumbuhan sempurna mata kanak-kanak.
2.      sangat merengsakan kulit, paru2 dan kulit kepala. Menyebabkan keguguran rambut dan menghalang pertumbuhan rambut
3.      mengganggu sistem hormone, menurunkan tahap kesuburan lelaki dan menyebabkan PMS, symptom putus haid dan kanser di kalangan wanita.

Kedua: Paraben (butylparaben, ethylparaben dan segala yang berakhir dgn paraben)
(digunakan sebagai bahan pengawet)
1.      meningkatkan risiko kanser payudara secara mendadak
2.      mengurangkan tahap testosterone dan menjejaskan sistem pembiakan lelaki
3.      memasuki tubuh kita melalui kulit, darah dan sistem penghadaman.

Ketiga: minyak mineral (nama lain: minyak paraffin, cecair paraffin, paraffinum perliquidum, petroleum, minyak putih, minyak hidrokarbon, petroleum hidrokarbon, jeli petroleum)
1.      musnahkan lapisan imunisasi semulajadi kulit
2.      menghalang keupayaan kulit untuk bernafas dan menyerap nutrient, menyebabkan penuaan awal kulit
3.      meransang mutasi sel dan kanser
setakat 3 tu sajalah ye. banyak lagi sebenarnya. Cukup la 3 tu dulu.

Produk 100% organic sekarang dah banyak. Tinggal pilih saja. Tapi harga nya memang agak mahal kan? saya ingin perkenalkan kepada anda produk yang sangat beruntung kalau anda beli dan menggunakannya. Ini dia, Vegourz baby oil.Kenapa beruntung?


1.      Minyak yang digunakan adalah 100% minyak kelapa dara. So, pengawet adalah tidak diperlukan.
2.      Minyak kelapa memang terlalu banyak khasiat nya untuk kulit. Salah satunya, asid laurik yang terkandung di dalam nya (aktibakteria, antivirus dan antifungal) memang meningkatkan imunisasi kulit. So, kulit menjadi kebal dan tahan alahan.
3.      Di pek dalam botol spray yang praktikan untuk pemakaian pada bayi. Tak perlu buka tutup penutup semasa sesi sapuan
4.      Berbau strawberry yang sungguh lembut dan  menyegarkan. Memang rasa nak cium je baby nanti. Ini serius!
5.      Termurah berbanding produk organic yang lain. satu botol 70ml tahan sehingga 4 bulan. Tak perlu krim lain lagi sebab dia boleh mengelak pelbagai penyakit kulit termasuk ruam lampin. Super jimat!
6.      Dihasiilkan secara tradisional dan homemade oleh muslim tempatan untuk menyelesaikan masalah ibu2 zaman sekrang yang kebingungan mencari alternative produk bayi termasuk la saya. prinsip kami perniagaan adalah ibadah.
7.      Membantu melebatkan rambut, mengelakkan ruam lampin, cradle cap dll penyakit kulit.
8.      Rawatan berkesan untuk eczema, psoriasis, dermatitis dan penyakit kulit yang lain 

Kalau kita orang dewasa nak guna pun bagus sebab minyak kelapa ni memang berkhasiat untuk kulit. Ia sangat baik pada menghidratkan kulit. Ia meresap ke dalam kulit, melembap dan melembutkan kulit. Minyak kelapa juga secara semulajadi mencuci kotoran dan sel kulit mati. Ia juga mempunyai ciri-ciri antibakteria.
Minyak kelapa adalah penyelesaian semula jadi semua-dalam-satu untuk semua masalah kulit anda. Ia melegakan gigitan pepijat, mempercepatkan penyembuhan, merawat ruam, menghilangkan penggelupasan kulit, melembutkan dan mengecut kedutan, melindungi dr kerosakan matahari, bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah penuaan selular, dan baaaaaaaaaaaaaanyak lagilah.

Selain itu, saya ada jual vco soap sebagai sabun mandian dan shampoo. Memang chemical free dan sangat sesuai untuk yang mengalami penyakit kulit seperti eczema dll.


Extra vco ni pulak untuk diminum sebagai immune booster. Vco ni dia punya kandungan asid laurik kan sama dengan susu ibu. So, baguslah untuk meningkatkan antibody dan elak terjadinya alahan dll.


Pengalaman saya, saya pun guna produk yang biasa. Malas nak pk sangat kan. halal je la. Tapi bila anak saya yang sulung selalu sangat gatal2 dan susah nak sembuh. Saya jadi risau, takut dia jadi penyakit yang sama macam saya iaitu eczema yang teruk kat tapak kaki sampai takleh jalan. Kita tahu eczema ni takde ubat kan. jadi, kalau kita buang duit beli ubat pun,penyakit tu akan datang balik. Mula2 saya buang semua sabun yang biasa dan ganti ngan vco soap. terus hilang. Lepastu, sapukan dengan vegourz baby oil. Selain menyihatkan kulit. Kita jugak bagi satu sistem imunisasi kat kulit yang mana kulit menjadi berdaya tahan yang tinggi. Lepas saya guna produk2 ni kat kulit anak2 saya, terbukti memang kulit dia menjadi lebih sihat. xda gatal2v dah.  untuk anak second lak, dari awal sy guna yg ni dan  tak penah guna produk2 biasa lagi. So, kulit dia sihat so far.

Lagi satu, Kalau nak guna yang extra vco pun boleh tapi tak besla bila seorang bayi yang comel berbau kelapa. Tapi kalau baby anda ada penyakit kulit yang agak teruk, better sapu yang extra vco dulu . lepas dah elok, boleh sapu baby oil ni pulak.


Satu set ni (baby oil, vco soap dan extra vco) bernilai rm 80 sahaja. Murah sangat!


Reference:


Saturday 5 October 2013

Suplemen terbaik untuk saya – spirulina


Mengapa perlukan spirulina?

Kesihatan adalah harta paling bernilai dalam hidup kita. tubuh manusia ni ada 60 trillion sel. Banyak kan? Untuk kekalkan kesihatan sel2 ini, kita memerlukan 3 benda iaitu oksigen yang cukup, air yang tulen dan khasiat yang seimbang. Oksigen dan air ni diperlukan untuk kekalkan hayat kita jadi bila takda kedua tu kita takleh hidup. Manakala khasiat yang seimbang ni pulak untuk kekalkan kesihatan kita. maksudnya kalau kita tak dapat khasiat yang seimbang, kita jadi tak sihat. ok, fahamkan? 

nutrisi sempurna

Khasiat yang seimbang ni wajiblah mempunyai 80% mkanan bersifat alkali dan 20% asid.  Tapi ramai sangat yang abaikan khasiat yang seimbang hingga kita hilang asset yang beharga iaitu kesihatan. Kalau kita tgk cara hidup kita sekarang, kita ni sibuk kan.  Jadi, suka la makan makanan segera yang diproses. Semua tu sangat tinggi asidnya lalu menyebabkan kita jadi tak sihat. semua tu menimbulkan masalah kesihatan. Tekanan jiwa, ketidakhadaman yang kronik, kurang konsentrasi, mudah meradang dan arthritis. Tanpa khasiat yang seimbang, tubuh kita tidak berupaya berfungsi secara normal lalu mengurangkan keupayaan nya menyerap khasiat dari makanan lantas meyebabkan khasit tersebut hilang begitu saja. Lama kelamaan, tubuh kita akan lebih bersifat asid lalu menyebabkan berbagai2 penyakit.

spirulina pilihan saya - no 1

Selain itu, sapa2 yang suka sangat makan daging dan kurang sayur, sangat memerlukan spirulina ni. sebab daging ni tinggi kandungan asid. So, kena lawan balik dengan makanan yang tinggi alkali seperti sayuran2. Jadi, yang susah sangat nak makan sayur, boleh ambil spirulina ni.
khasiat
Spirulina penuh dengan khasiat dan meningkatkan keupayaan penyerapan sel2 kita. Ia mempercepatkan penyerapan khasiat dan meningkatkan imun tubuh lantas mengekalkan kesihatan fizikal yang baik.
 
sangat2 berkhasiat
Tujuan saya ceritakan pasal elken spirulina ni sebab saya nak kongsikan ngan semua orang tentang makanan semulajadi ni.
Secara peribadinya, reason saya pilih spirulina sebagai suplemen saya adalah kerana
1.      Bertindak seperti multivitamin (tak perlu makan multivitamin dah)
2.      Ianya semulajadi. Takde suplemen yang lebih baik dari apa yang Tuhan anugerah. Katakana tidak kepada vitamin sintetik.
3.      Saya ada anemia yang agak teruk. Elken spirulina mengandungi 56 kali lebih zat besi dari yang terkandung dalam spinach dan juga vitamin b12 yang lebih 2.5 kali ganda dari hati lembu. Dan ianya semulajadi!
4.      Untuk anak2 saya. sangat bagus untuk baby dan kanak2 sebagai immune booster dan brain tonic. Kat mexico, diorang guna spirulina ni untuk gantikan susu ibu.
5.      Rekod berprestij dan telah memangi 9 anugerah tempatan dan antarabangsa
6.      Disahkan 100% organic. Kunyah je dah tahu 100% organic beb. Serius!! X caya cubalah.
7.      Pengasas terkemuka iaitu prof keiun kodo, penyelidik dalam bidang biokimia yg terkenal kt jepun.  Sejak tahun 1973, prof keiun kodo ni mengabadikan hayatnya dalam penyelidikan spirulina. Dia berjaya menghasilkan benih spirulina platensis yang merupakan sepsis  spirulina yang terbaik antara 35 spesis alga biru yang boleh dimakan. dan dinamakan elken spirulina.
8.      Terbukti dengan analisism kajian saintifik dan klinikal
9.      Makanan yang terbaik untuk elak kanser atau ketumbuhan. Spirulina menghentikan pertumbuhan sel yang abnormal. Saya masih ingat pesakit leukemia kat kampung saya. antara salah satu supplemen nya adalah spirulina. sekarang dah 10 tahun dia bebas dari penyakit tu. Dah bekeluarga dan beranak pinak. alhamdulillah

anugerah yang telah dimenangi

Itu sajalah untuk kali ni. ni secebis sahaja. banyak sangat kelebihan dia. saya promote untuk kebaikan bersama. Kalau nak, boleh contact saya dan saya akan bagi harga ahli sahaja. Dan apa yang paling best saya akan guide anda cara makan dengan betul. 

gred organic yang paling tinngi iaitu 100%
 
 
sangat baik untuk anemia
sekian :) ikhlas dari..