GardenHERBShop: set ibu
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI
Showing posts with label set ibu. Show all posts
Showing posts with label set ibu. Show all posts

Monday, 24 March 2014

Petua kecantikan makanan sunnah by ustazah norhafizah musa

Selepas satu kejadian dalam hidup saya, saya jadi yakin dengan pemakanan sunnah. Terlalu yakin. Tapi sekarang dah x amalkan pun sebab nya tak tahu nak makan yang mana satu dan bagaimana nak makan. Kandungan entry ni saya ambil dari video ustazah norhafizah musa tentang petua kecantikan dengan makanan sunnah. Sebenarnya saya taklah obsess sangat nak cantik. Cantik menurut saya bukan lah, kulit yang cerah, tinggi lampai, hidung mancung dan sebagainya. Bukan. Cantik yang saya maksudkan adalah mempunyai kulit yang lembap, bebas cela, rambut yang bebas kerosakan, BMI normal, sihat dan bertenaga. Tu definisi cantik yang sebenar. kalau ada semua tu, anda adalah cantik! Apa sahaja rupa yang Allah bagi kita terima dengan setinggi2 kesyukuran. Tak perlu ubah.
 Untuk sapa2 yang malas nak tgk video (saya lebih suka word dari video), boleh baca note saya ni
Satu ketika, ustazah ni berkenalan dgn seorang pakar sakit puan. Dr ni dah berkhidmat lama kat arab Saudi. Mula2 tu, dia tanya ustazah, macamana ustazah jaga badan dari segi pemakanan. sebenarnya, dr ni nak bagi pandangan. Dia sangat obsess dengan benda yang nak masuk dalam badan. Sebab dia terpengaruh sangat dengan wanita madinah. Dia pernah jumpa sorang wanita yang bersalin secara pembedahan sampai 9/11 org. sebenarnya had untuk  bersalin secara pembedahan ni bergantung kepada kesihatan kita la. Sebab tu  ada yang anak 3, dr dah tak bagi beranak. Tapi ada jugak yang boleh sampai 5. So, kira sangat hebat lah kan kalau dah boleh sampai 9. Dalam kes ni, Factor pemakanan sunnah membantu pemulihan mereka dengan sangat cepat. Lepas tu, Dr tu suh ustzah tgk kulit dia, memang kulit dr ni sangat cantik dan lembap. so, dia bagi lah petua kat ustzah ni
CARA-CARA NYA
1)      Pertamanya,  bangun tidur, minum air suam. Ni memang terbukti. Utk kecerdasan akal jugak. lebih kurang 600ml atau lebih. Air suhu biasa pun boleh rasanya. Sebelum minum tu, baca lah doa. Cthnya:
            “Ya Allah Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat, rezki yang luas dan ubat dari segala penyakit”
2)      Lepas minum air tadi , ambil satu sudu minyak zaitun kemudian 2 sudu pati delima,
Last sekali
Ambil segelas air suam, masukkan 1 sudu madu,1 sudu kecil minyak habbatussauda, minyak kelapa dara dan beberapa helai za’faran… pastu biar perut berehat selama 1jam setengah hingga 2 jam
Then, barulah boleh makan apa sahaja yang kita suka
Satu lagi, lepas makan tu, makan cuka tamar/khal untuk buang segala yang bahaya dan tidak diperlukan dalam badan kita. makan sikit je sebab dia berasid.
selain dari tu, ustazah ada cerita pasal kulit kayu manis. boleh tgk video tu la
Itu saja dari usatzah tu
Emm… macam menarik je kan? hehe saya adalah sangat berminat.
SHARING IS LOVING
Jom kesayangan semua, kita pakat2 sihat dan bertenaga. Sape2 yang suka nak ubah dengan suntik2 ke plastic surgery ke, biarkan mereka dengan kebodohan mereka. Allah Maha hebat mencipta alam semulajadi untuk kegunaan kita. Cuma kita kena research sahaja.
P/s: untuk kelapa dara, boleh dapatkan dengan saya. dihasilkan menggunakan buah kelapa tempatan secara homemade, tradisional atau dalam bahasa skemanya 'wet process' iaitu proses yang paling menghasilkan minyak kelapa dara yang paling bermutu tinggi

Thursday, 28 November 2013

21 kegunaan minyak kelapa dara untuk ibu dan bayi



Saya suka sesuatu yang semulajadi. Sebagai seorang ibu muda, saya sentiasa cenderung ke arah semulajadi dan akan menjauhi apa2 yang tidak selamat untuk anak2 saya. Nah, ini dia 21 kegunaan minyak kelapa dara untuk ibu dan bayi
1.  Minyak kelapa mengandungi asid laurik, satu jenis asid lemak yang mempunyai ciri antimikrob yang kuat, yang melindungi sistem imun janin dan bayi yang baru lahir. Ibu-ibu mengandung boleh menelan beberapa sudu sehari untuk meningkatkan fungsi imun mereka.
2.  Menambah beberapa sudu minyak kelapa ke bathwater untuk menambahkan kelembapan kepada kulit anda. Beberapa titik minyak pati lavender juga akan membuatkan anda tenang dan relax.
3. Sapukan minyak pada kulit anda untuk mengelakkan stretchmarks dan kulit gatal yang berkaitan dengan perut yang semakin membesar
4.  Ambil satu sudu penuh untuk membantu mengurangkan pedih ulu hati, refluks asid atau senak.
5.  Campur dengan setitik minyak lavender untuk menenangkan buasir yang disebabkan oleh kehamilan.
6.  Minyak kelapa dara menyeimbangkan gula dalam darah dan mengawal kencing manis serta mengawal morning sickness
7. Campurkan ke dalam teh herba kegemaran anda
8.. Apabila digunakan untuk perineum pada minggu-minggu terakhir kelahiran, ia boleh membantu mengurangkan koyakan dan keperluan untuk episiotomi semasa kelahiran.
9. Untuk bayi yang baru lahir, minyak kelapa membantu membuang meconium melekit dari bawah bayi bila disapukan semasa penukaran lampin
10. Minyak kelapa adalah minyak yang sesuai dan sempurna untuk membuang cradle cap degil pada bayi.
11.  Ibu-ibu menyusu boleh menggunakannya di puting mereka, yang boleh menjadi luka dan sakit semasa menyusu.
12. Pengambilan minyak kelapa boleh meningkatkan aliran susu anda.
13. Sapukan minyak pada ruam lampin bayi anda. ia sangat baik untuk ruam.
14. tambahkan minyak kelapa ke dalam baby food
15. semasa bayi sakit, boleh di buat homemade vapor rub.
16.  Perlukan tenaga selepas kerja keras menjaga bayi? Makan sudu untuk meningkatkan tenaga semula jadi.
17.  Minyak kelapa diambil secara dalaman dan luaran boleh membantu merawat yis yang menyebabkan thrush dan candida. sedikit minyak dabbed dalam mulut bayi, serta ibu makan dan sapu juga pada puting sebelum menyusukan. Ia sangat berkesan.
18. minum minyak kelapa untuk mengurangkan sakit kepala dan migraine.
19. Jika anda atau anak anda mempunyai ekzema, sapu minyak kelapa pada kulit.
20. Ambil satu sudu minyak kelapa 20 minit sebelum makan untuk membantu membendung rasa lapar
21. Minyak kelapa boleh dijadikan sebagai perapi rambut yg bagus yang boleh mengurangkan rambut kering / gugur . peringkat rambut anda yang akan dilalui selepas mengandung
.Disclaimer: I’m not a doctor or holistic practitioner, I just play one on TV. Please use all tips at your own risk.

Monday, 1 July 2013

Testimoni Aromatic Body Massage Oil Gondang Emas

Produk ni kurang glamor di online tapi best seller utk pasaran offline. bau dia sangat mendamaikan dan menenangkan. kepanasan nya pun sesuai dengan kulit kita dan tempoh nya lama. kurang mendapat sambutan di internet sebab kita takleh nak bagi tester. Lepas tu minyak urut ni, selalunya makcik2, pakcik2 punya must buy item. Orang2 muda mana layan sangat. hehe. Rugi tak memilikinya sebab produk ni bes sangat. ni nak bagi sikit testimoni yang ada.









Tuesday, 9 April 2013

Kegunaan VCO untuk ibu-ibu (sebelum dan selepas bersalin)




google image: coconut oil and pregnancy

Kelebihan minyak kelapa dara (VCO) adalah banyak. Contohnya untuk  penjagaan kulit, penjagaan rambut, mengekalkan tahap kolesterol, mempertingkatkan imuniti, membaiki penghadaman dan metabolism serta banyak lagi khasiat. Semua khasiat2 ini adalah kerana kehadiran asid laurik dan asid2 lemak yg lain dalam minyak kelapa tu sendiri.

Minyak kelapa sememangnya kaya dengan asid laurik, struktur molekul yang unik yang merupakan anti-virus, anti-bakteria dan anti-kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga terdapat dalam susu ibu manusia. Itulah sebabnya bayi yang diberikan susu badan mempunyai sistem imun yang lebih baik. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disyorkan untuk mengambil 2 - 3 sudu besar VCO setiap hari untuk mendapat jumlah  asid laurik yang mencukupi.

Di sini saya nk senaraikan kegunaan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil atau VCO

Kegunaan sebelum bersalin:
1.      Bila diminum, boleh jadi sebagai minyak selusuh (bertindak sebagai pelincir). Disyorkan minum dari minggu ke 37 sebyk 1 sudu besar, 3 kali setiap hari. Pastu, minum dengan banyak semasa nak bersalin.
2.      Untuk di urut pada perineum bagi mengelakkan koyakan ketika bersalin (episiotomy). Bermula dari minggu ke 30.
3.      Mengelakkan dari sembelit 

Kegunaan selepas bersalin
1.      Untuk mengelakkan atau memudarkan kesan regangan (stretch mark)
2.      Untuk disapukan pada putting payudarda bagi mengelakkan rekahan (cracked nipple). Kalau bayi termakan takpe sebab ianya boleh dimakan. So, better dari krim nipple yang dijual dipasaran.
3.      Dijadikan sebagai baby oil/baby lotion. Jauh lagi baik dari baby oil yang dijual dipasaran yang 100% menggunakan mineral oil. Boleh elak ruam bila disapu pada punggung bayi. 

Pendek kata, VCO ni memang wajib ada bagi semua ibu2 yang bakal melahirkan dan telah melahirkan. insyaAllah, kita akan ceritakan lebih lanjut berkenaan kegunaan2 di atas di lain masa. Dapatkan pure VCO dengan harga yang sangat istimewa ini..

extra virgin coconut oil


Sila klik di sini untuk cara2 membeli