GardenHERBShop: Petua kecantikan makanan sunnah by ustazah norhafizah musa
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Monday 24 March 2014

Petua kecantikan makanan sunnah by ustazah norhafizah musa

Selepas satu kejadian dalam hidup saya, saya jadi yakin dengan pemakanan sunnah. Terlalu yakin. Tapi sekarang dah x amalkan pun sebab nya tak tahu nak makan yang mana satu dan bagaimana nak makan. Kandungan entry ni saya ambil dari video ustazah norhafizah musa tentang petua kecantikan dengan makanan sunnah. Sebenarnya saya taklah obsess sangat nak cantik. Cantik menurut saya bukan lah, kulit yang cerah, tinggi lampai, hidung mancung dan sebagainya. Bukan. Cantik yang saya maksudkan adalah mempunyai kulit yang lembap, bebas cela, rambut yang bebas kerosakan, BMI normal, sihat dan bertenaga. Tu definisi cantik yang sebenar. kalau ada semua tu, anda adalah cantik! Apa sahaja rupa yang Allah bagi kita terima dengan setinggi2 kesyukuran. Tak perlu ubah.
 Untuk sapa2 yang malas nak tgk video (saya lebih suka word dari video), boleh baca note saya ni
Satu ketika, ustazah ni berkenalan dgn seorang pakar sakit puan. Dr ni dah berkhidmat lama kat arab Saudi. Mula2 tu, dia tanya ustazah, macamana ustazah jaga badan dari segi pemakanan. sebenarnya, dr ni nak bagi pandangan. Dia sangat obsess dengan benda yang nak masuk dalam badan. Sebab dia terpengaruh sangat dengan wanita madinah. Dia pernah jumpa sorang wanita yang bersalin secara pembedahan sampai 9/11 org. sebenarnya had untuk  bersalin secara pembedahan ni bergantung kepada kesihatan kita la. Sebab tu  ada yang anak 3, dr dah tak bagi beranak. Tapi ada jugak yang boleh sampai 5. So, kira sangat hebat lah kan kalau dah boleh sampai 9. Dalam kes ni, Factor pemakanan sunnah membantu pemulihan mereka dengan sangat cepat. Lepas tu, Dr tu suh ustzah tgk kulit dia, memang kulit dr ni sangat cantik dan lembap. so, dia bagi lah petua kat ustzah ni
CARA-CARA NYA
1)      Pertamanya,  bangun tidur, minum air suam. Ni memang terbukti. Utk kecerdasan akal jugak. lebih kurang 600ml atau lebih. Air suhu biasa pun boleh rasanya. Sebelum minum tu, baca lah doa. Cthnya:
            “Ya Allah Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat, rezki yang luas dan ubat dari segala penyakit”
2)      Lepas minum air tadi , ambil satu sudu minyak zaitun kemudian 2 sudu pati delima,
Last sekali
Ambil segelas air suam, masukkan 1 sudu madu,1 sudu kecil minyak habbatussauda, minyak kelapa dara dan beberapa helai za’faran… pastu biar perut berehat selama 1jam setengah hingga 2 jam
Then, barulah boleh makan apa sahaja yang kita suka
Satu lagi, lepas makan tu, makan cuka tamar/khal untuk buang segala yang bahaya dan tidak diperlukan dalam badan kita. makan sikit je sebab dia berasid.
selain dari tu, ustazah ada cerita pasal kulit kayu manis. boleh tgk video tu la
Itu saja dari usatzah tu
Emm… macam menarik je kan? hehe saya adalah sangat berminat.
SHARING IS LOVING
Jom kesayangan semua, kita pakat2 sihat dan bertenaga. Sape2 yang suka nak ubah dengan suntik2 ke plastic surgery ke, biarkan mereka dengan kebodohan mereka. Allah Maha hebat mencipta alam semulajadi untuk kegunaan kita. Cuma kita kena research sahaja.
P/s: untuk kelapa dara, boleh dapatkan dengan saya. dihasilkan menggunakan buah kelapa tempatan secara homemade, tradisional atau dalam bahasa skemanya 'wet process' iaitu proses yang paling menghasilkan minyak kelapa dara yang paling bermutu tinggi

1 comment:

  1. BUAT DUIT LUMAYAN DENGAN HANYA SHOPPING ATAU BERIKLAN PRODUK ANDA DI LAMAN SOSIAL spshOPS.. Boleh promosi produk di samping dapat duit. Register free di laman web : https://www.spshops.com/Ainulmardhiah

    ReplyDelete