GardenHERBShop: Merawat kutu di kepala (head lice treatment)
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Thursday, 11 July 2013

Merawat kutu di kepala (head lice treatment)


Kutu di kepala adalah salah satu penyakit yang sering dialami semasa kanak2 yang disebabkan oleh serangga yang ditemui secara ekslusifnya di kepala!

google image

Kepercayaan dulu2 sering mengatakan kutu ni disebabkan oleh kanak2 yang pengotor atau tak hygiene. Sebenarnya tidak sama sekali! Kutu boleh menjangkiti manusia tidak kira cara hidup, umur, bangsa dan status ekonomi. Walaubagaimanapun, ia adalah masalah kesihatan umum yang serius kerana sebahagian kutu boleh membawa organisme yang menyebabkan penyakit lain termasuk demam yang berulang.

Sejak dulu sampai sekarang, ibubapa selalunya akan membeli shampoo kutu yang sangat tinggi kandungan chemicalnya untuk melindungi anak kesayangan mereka. Kita tidak sedar bahawa salur darah di kepala adalah sangat berdekatan dengan kulit kepala dan kulit kepala akan menyerap apa saja yang mengenainya sehingga 80%! Shampoo kutu mengandungi kimia toksik yang berat dan telah diketahui menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Jom cek apa bahan kimia yang selalu digunakan untuk rawatan kutu tu dan dia punya kesan sampingan
Pyrethrums and pyrethroids: sejenis pestisid boleh menyebabkan pneumonia, lumpuh otot, kematian akibat masalah pernafasan, muntah dan athma

Permethrin: sejenis insecticide yang mempunyai kesan sampingan yang sama dengan yang atas
Carbaryl: yang selalu sangat di temui dalam rawatan kutu, formulasi nya pelbagai tapi sangat toksik kepada sistem saraf dan sistem pernafasan lalu menyebabkan loya, kejang perut, muntah, dan air liur berlebihan. simptom lain pada dos yang tinggi adalah kabur penglihatan, kesan pada koordinasi, peluh berlebihan dsb.

Fuh, semuanya racun uolls. Dan kajian terbaru mendapatu kutu sebenarnya menjadi lebih berdaya tahan kepada shampoo kutu konvensional ni sebab dia bermutasi dan menjadi kebal. Konsep nya sama dengan antibiotic la. Selalu sangat makan nanti bacterial jadi kebal. Sebab tu kalau setakat demam/sakit biasa2 tak digalakkan makan antibiotik

Jadi, apa yang ibubapa perlu lakukan. Tentunya minyak kelapa!

Satu percubaan klinikal telah menunjukkan kehebatan minyak kelapa sebagai alternative semulajadi kepada rawatan kutu konvensional.

Kajian ni mendapati minyak kelapa mempunyai kadar kejayaan sebanyak 90 % dalam erawat kutu. Fastastic!

So, macamana nak guna minyak kelapa untuk rawat kutu ni?
1.      Mulakan dengan mengeluarkan seberapa banyak kutu yang boleh dengan menyikat rambut. Untuk ini, urut kulit kepala dan rambutdengan sedikit minyak kelapa. Guna cukup2 je juz utk seliputi rambut jangan bagi berminyak sangat.

2.      Guna sikat kutu dan tarik sikat tu dari kulit kepala hingga ke hujung rambut. Matikan kutu2 yang ada kat sikat tu atau basuh saja dan ulang balik sekurang2 nya 2 kali.
sikat kutu
3.      Lepas sikat, shampoo rambut menggunakan shampoo biasa dan tumpukan pada tepi telinga dan dekat leher sebab kawan ni selalu ada kutu.
4.      Lepas shampoo, bilas dan lapkan rambut, sapukan minyak kelapa yang mencukupi pada rambut. Biarkan seberapa lama yang boleh (sekurang2 kurangnya 12 jam. Kalau perlu, boleh sapukan lagi minyak pada kulit kepala utk bagi lembap. Kalau apply di malam hari, gunakan shower cap atau lindungi bantal dengan tuala yang tebal.
5.      Sikat lagi lepas tu dan buang kutu yang dijumpai.  Masa ni, sepatutnya banyak yang dah lari/mati.
6.      Ulang sekali atau 2 kali seminggu
Oleh itu, sememangnya minyak kelapa boleh merawat kutu. Tapi kalau kita cegah lagi bagus kan.
Sumber: http://www.hybridrastamama.com/2012/09/coconut-oil-and-head-lice.html

Jom dapatkn ni untuk merawat dan mencegah kutu di kepala anda.




1 comment:

  1. Very nice post. Natural treatment is best way to rid from head lice.

    Natural Lice Treatment

    ReplyDelete