GardenHERBShop: January 2013
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Tuesday 8 January 2013

Memori : Kelas tingkatan 1 ummu aiman



Hari ni takde kerja. tetiba teringat zaman mula2 masuk sekolah menengah dulu. Aku duk asrama. Banyak masalah aku kat asrama tu menyebabkankan aku kurang sabar lalu keluar tanpa apa2 notis. Ingat nak masuk balik tapi tak masuk2 sampai ketua dorm marah. Haha. Masalah pertama, makanan. Tak bes lansung makanan kat asrama tu. Serius aku bukan yang cerewet tapi memang takleh masuk tekak aku. Dahla aku ni ada masalah underweight. Pastu pulak, kena time bulan puasa, hari2 aku muntah, memang flat habis. Kakak senior yang tolong lapkan. Yuck. Lama2 dia pun menyampah ngan aku. Masalah kedua, masalah hantu. Adui, banyak sangat cerita hantu kat asrama tu. Tapi takde sapa kena pun. Biasala, cerita jelebih. Memang tiap2 malam tido ketakutan. Kena pulak, katil aku katil atas. Diorang kalau takut hantu diorang tido kat bawah beramai2. Sesak gila. Lemas aku. Las2 aku tido sorang2 kat atas dalam ketakutan. Hehe. Memang aku penakut teramat. Masalah ketiga, masalah air. Yang ni memang menyakitkan hati. Seksa jiwa raga nak mandi, nak buang apa semua. Pagi punyala beratur lama. Oh, tak besnya. Bayangkan tetiba tgh ber*k, takde air, geli tahap kronik. Sampai tandas kotor gile penuh ngan taik2 yang tak dapat di basuh. Hoho, horror nya. 

            Dan masalah yang buat aku rasa takde guna sekolah adalah masalah mengantuk yang tak dapat dikawal lansung. Masuk kelas je aku memang tido. Betul2 tido. Yang paling aku berani tido mati time kelas bahasa arab, ustaz wan hasan. Ustaz ni kelakar tapi baik. Dia bia je aku tido. Tak tau nape ngantuk sangat, nak kata tak cukup tido, takde la sangat. Mungkin makanan kot. Ada satu cerita kelakar yang aku ingat, masa kelas sejarah, pn paridah yang ajar masa tu. Dia buat teka teki hari tu. Dia akan point la sapa yang kena jawab.  Soalan dia “siapakah ketua pedagang portugis yang mula datang2 ke melaka?” lebih kurang gitu lah soalannya. Tetiba dia suh aku jawab. Masa tu tgh syok tido, kawan2 kejut, aku terpinga2. Diorang bisik jawapan kat aku “lopez  dani! lopez!” aku denga kuih lapis, so, aku jawabla KUIH LAPIS, bergegar kelas orang gelak kat aku. Hukhuk. Rasa sangat bangang! Tahap kebolehupayaan otak aku semakin membimbangkan. Macamana boleh terfikir kuih lapis yang takde kena mengena ngan subjek sejarah. DAMN!!

            Cukuplah! Aku pun keluar asrama. Walaupun rumah aku jauh dan takdelah seselesa mana (duk umah nenek masa tu), tapi masalah2 tu tak membelenggu aku. Walaupun aku bukan lah belajar mana kt umah, tapi sekurang2 nya aku tak tido dalam kelas lalu menyebabkan prestasi aku naik dari duk asrama. Aku telah berjaya membuat satu keputusan yang bijak dengn cepat. Alhamdulillah. tp kan, aku sayang sekolah tu. manusia yang aku kenal semua baik2 belaka. sebab tu walau jauh berulang alik, tetap setia.

a
sekolah aku 1996-1998


Thursday 3 January 2013

Direct breastfeeding bagi suri rumah: menyenangkan atau menyusahkan?



Assalamualaikum…

Pejam celik Nisa dah setahun 7 bulan dan sampai sekarang dia masih direct breastfeed. Niat asal memang nak follow ikut apa yang dicadangkan dalam alQuran   (menyusu sampai 2 tahun). Tetapi bila pregnantkan yang second, aku jadi goyah. Huhu.. bukan tak tau tentang tandem nursing tp ntah macam tak berminat ngn tandem nursing. Haha. Oleh itu, aku beli macam2 susu formula untuk nisa bagi dia minum tapi dia reject. Setitik pun dia tak nak telan. Risau aku ngan dia. yela, bila kita pregnant, of kos susu akan kurang sebab kurang makan (morning sickness) dan factor hormone. Takut la dia kurang zat. Tapi Alhamdulillah, lepas tu dia jadi terlampau-lampau kuat makan. Jadi, sedikit sebanyak dia dapat nutrient dari makanan yang dia makan tu. Lepas tu, sebulan yang lepas jugak dia dah berjaya minum susu tapi kena tambah milo sikit. sampai sekarang, dia akan minum susu bergelas2. Buat je, dia akan habiskan. Tapi aku tak bagi pakai botol. Sebab malas nak basuh. Aku bagi pakai gelas biasa je. Senang dan takdelah dia ketagih susu sangat. Budak minum susu banyak sangat, tak elok jugak. Nanti makan kurang… Dia minum pun sangat terer. Tak tumpah lansung! So, aku kira macam setel la masalah pemakanan dia.

            Dia jugak dah tak kisah tak bf lama mana pun.  Cuma yang menjadi masalahnya, bila dia nak tido, habit dia nak nyusu jugak. kalau tak dia tak nak tido. Itulah yang jadi masalah. Tapi boleh je train Cuma aku tak betul2 train lg. biarlah dia sampai umur 2 tahun baru bagi stop. Lagipun time nak tido je dia nyusu. Kesian nisa! hakikatnya, aku yang tak ready lagi nak wean off. 

Kesedaran tentang breastfeeding (bf) ni dah lama. Since sebelum kawen. Masa kerja dulu, almost semua ibu2 muda yang aku kenal kat R&D tu bfing anak diorang. Selalu tgk diorang ngepam. So, environment tu buat aku tak pk lagi susu lain selain susu ibu. 

Khasiat susu ibu tak payah cerita kat sini la kan? semua orangt dah tau. Ni nak cerita apa yang menyenangkan dan menyusahkan bila breast feeding anak kita. ni semua applicable untuk surirumah macam aku. Yang bekerja lain pulak kekdahnya

1.      Amat praktikal untuk full timehousewife. Sebab banyak direct feeding. Kalau career mummy kena pam. Leceh sikit.
2.      Sangat senang untuk travel. Tak perlu bawak bakul besa godang isi susu, termos dll
3.      Tak perlu bancuh susu. Paling malas tgh malam la kan.  suami pun suka tak tergannggu tido dia
4.      Anak tak di serang sembelit atau masalah taik2 yang tidak diingini
5.      Kurang terkena jangkitan kuman/ virus. Tak dapat dipertikaikan lagi. Anak yang minum susu ibu kebal jangkitan. Penyakit berjangkit je la. Penyakit lain akak tak tahu
6.      Kebanyakan anak yang menyusu susu ibu lebih suka minum plain water. So, takde masalah nak bagi diorang minum plain water nanti
7.      Kebanyakan anak yang menyusu susu ibu lebih banyak makan sebab dia dah biasa rasa pelbagai jenis makanan melalui susu ibu yang diminumnya. Jadi, dia kurang kebergantungan pada susu bila dia besar nanti

Tapi ada jugak yang menyusahkan tau:
1.      Bila anak demam dan ibu demam. Aduh, yang ni memang haru bagi aku. Bila baby demam, dia akan menyusu je macam tak nak lepas. Pastu ibu pula tak sihat, makan pun tak lalu. Las2, muntah, terdehidrat macam apa je rasa. 

2.      Susah nak tinggal anak ngan orang lain ( yang ni bagi ibu yang direct feed shj)
3.      Banyak masa di gunakan untuk bf ni sebenarnya kalau dikira2
4.      Bila habit anak menyusu baru tido, ia akan mengundang masalah.
5.      Bila pergi mana2, pastikan ada bilik kita utk jaga privacy. Nangis aku masa gi kenduri paksedara husband hari tu. Tido kat hall n bilik beramai2. (bisalah kenduri kan, ramai la) Dengan nisa nya demam. 4 hari lak tu. Tekanan!! Malu tau tak? jadi sangat x seronok sebab takde privacy!! Las2, aku pun jadi tak sihat. telan panadol berbiji2… total 6 biji panadol. Orang lain duk seronok, aku moody huhu. Patutnya, masatu la nak mengeratkan persaudaraan. 

Apa2 pun, masalah 1 dan 2 tu boleh atasi kalau ibu sediakan ebm banyak2. Macam aku yang full time hw ni, memenag tak sedioakan ebm sebab malas. Jadinya dengan apa yang berlaku, telah mengajar aku
1.      Apa2 pun, kena pam, sediakan jugak ebm n ajar anak hisap botol. Kita tak tahu apa yang berlaku pada kita. sediakan paying sebelum hujan
2.      Jangan jadikan menyusu sebagai habit bila anak nak tido. Nanti melalak kalau terpaksa tido ngan orang lain

Itu je la aku cerita untuk rekod diri sendiri.apa2 pun, lain budak, lain peel nya. kita kena banyak try n error. tak dapat dinafikan bf ni banyak cabaran. banyak kali percubaan untuk campur ngan fm, tapi nisa reject. aku pun takdelah anti fm sebab masing2 ada alasan tersendiri. sapa yang anti bf pun aku tak ambik pusing. pendapat masing2. 

masa ni haru jugak