GardenHERBShop: diy: Rawatan minyak panas kat rumah
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Friday 4 May 2012

diy: Rawatan minyak panas kat rumah


pic source: google image

 Kita semua mahu kelihatan cantik setiap masa dan salah satu cara untuk kita meningkatkan penampilan kita adalah menjaga rambut atau mahkota kita dengan baik. Rambut semestinya aurat bagi wanita muslim. Walaupun ianya bahagian yang tertutup untuk tatapan umum tapi menjaganya sangat perlu untuk tatapan suami, adik beradik, rakan2 sejantina supaya sedap mata memandang dan meningkatkan keyakinan diri kita. Kepelbagaian rawatan rambut dan gaya rambut yang terdapat di salon dan spa  menunjukkan bagaimana taksubnya  kita untuk menjadikan rambut kita seindah yang mungkin even kita bertudung. 

     Kami ada satu berita baik di sini. Kepada yang takda masa atau takda uwang untuk buat hair treatment kat saloon, korang boleh buat kat rumah jer. Malah, yang lain pun aku nasihatkan tak perlu habiskan banyak untuk rawatan rambut sebab hair treatment semulajadi dan sama berkesan boleh kita lakukan sendiri. menurut pakar, untuk mendapatkan rambut yang cantik, "Sentiasa gunakan minyak yang suam. Ini kerana ia dapat membantu meresap hingga ke bahagian akar berbanding minyak yang berada pada suhu bilik. Justeru, minyak perlu dipanaskan di dalam mangkuk kecil menggunakan api pada tahap paling rendah sebelum disapu pada rambut."


RAWATAN MINYAK PANAS MENGGUNAKAN VEGOURZ EXTRA VCO!!




     Rambut korang kering dan tidak terurus? Rawatan ini akan membuatkan rambut kita smooth dan shiny. Apa yang anda perlukan adalah VCO.
 
      
Untuk rawatan ini, korang kena pilih virgin coconut oil (VCO). Apa tuh? VCO adalah minyak kelapa yang di hasilkan tanpa penggunaan haba/pemanasan untuk  memastikan semua antioksidan, asid laurik dan lain-lain komponen baiknya kekal.

Untuk hasil terbaik, gunalah Vegourz Extra Virgin Coconut Oil kerana ianya mengandungi vitamin khususnya vitamin E kerana dihasilkan tanpa melalui proses aging. 

generasi pertama produk kami

  

Cara2 nya adalah:

Pertama: Panaskan sedikit VCO dengan meletakkan nya dalam satu bekas yang berisi air panas. Jangan panaskan VCO direct atas api. Panaskan dalam microwave juga takbleh.

 Kedua: Sediakan tuala panas (tuala yang telah direndam dalam air panas/suam dan diperah)

 
ketiga: Selepas VCO tu panas, apply kannya secara sekata pada rambut dan kulit kepala. untuk pastikan ia sekata, divide rambut kita pada beberapa bahagian dan sapu minyak part by part.

keempat: Urut kulit kepala yang dah disapu minyak tuh. 
kelima:  Balut rambut dalam tuala panas dan tunggu selama 30 minit atau paling bagus semalaman. boleh juga guna plastik wrap makanan/shower cap (model lelaki di dalam gambar adalah tidak bersalah sama sekali)
Finally: Bilas rambut dengan syampu kegemaran korang dan rasa kesannya serta merta. 

Hanya perlukan 10- 15 minit untuk semua ni. tak perlu beratur, tak perlu bayar beratus, tak perlu antar anak umah orang. Rawatan rambut semula jadi ini akan memastikan  rambut kita sihat dan menjadikan rambut kita smooth, shiny. Ia juga akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah kebotakan. Sangat berbeza dengan rawatan rambut komersial yang mahal yang boleh buat rambut kita rosak dan kering.
Apa tunggu lagi, WHATSAPP 016-7453979 untuk mendapatkan produk hot untuk rambut  kami (vegourz extra VCO dan Vegourz Hair tonic)

untuk lebih jelas,  boleh tgk video ni. cuma dia campur VCO yang panas tu dengan madu. 


No comments:

Post a Comment