GardenHERBShop: July 2012
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Monday 30 July 2012

Untuk ibu selepas bersalin: khasiat serai wangi


Assalamualaikum…


Hari ni nak bercerita tentang satu lagi khasiat herba yang biasa sangat kita dengar, iaitu serai wangi. Sebenarnya, saya bukanlah pakar bab herba2. Saya Cuma mencari info dan post kan kat sini. 
Mandian menggunakan daun herba selepas bersalin sangat2 popular di kalangan orang melayu kita. kalau di Kelantan mandi akar kayu herba ni di panggil mandi teresat. Sampai sekarang pun, generasi2 muda masih mengamalkannya. Tahukah anda kandungan utama mandian herba selepas bersalin ni adalah serai wangi. Sebabnya serai wangi dan aroma bau yang terkandung di dalamnya membawa banyak khasiat.

 Khasiat Serai Wangi

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi dan dicampur gandarusa serta daun sirih sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan.  

herba yang digunakan untuk wanita selepas bersalin


Serai Wangi juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.  Di beberapa negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. 
Antara khasiatnya yang lain adalah:
-Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin
- Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
-Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress.
-Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk.

 Masalahnya?

Serai wangi mana nak cari! Terutama kat bandar2 memang susah kita nak cari kan. Jadi, terpaksalah kita beli mandian herba yang dah dikeringkan. Saya dah beli 2 jenis mandian herba yang dikeringkan, kedua2nya tidak memberikan aroma serai wangi yang berkhasiat itu. Yela, bile dah dikeringkan lama2 kan.

Penyelesaiannya?


Ini dia pati serai wangi yang senang digunakan dimana2 dan pada bila2 masa. Hanya campurkan pada air mandian anda. Kalau yang ada tab lagi bes boleh berendam. Ni baru betul2 rasa fresh. Cubalah titikkan 15-20 titik. Memang bes.

UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI

Saturday 28 July 2012

AROMATIC BODY MASSAGE OIL GONDANG EMAS


AROMATIC BODY MASSAGE OIL GONDANG EMAS
SAIZ: 60ML
HARGA RUNCIT: RM 20
HARGA PROMOSI: RM17

Deskripsi produk
Body massage oil gondang emas merupakan minyak ekstrak dari pati gondang emas, herba serai wangi, minyak kayu putih serta herba lain berasaskan minyak kelapa dara. Ia adalah halal dan mengikut syarak islam. Minyak herba pati gondang emas sesuai untuk sakit lumpuh, sakit sendi, mengurangkan stress, patah tulang, terseliuh, membuang angin, batuk, sengal-sengal badan, gout, kejang otot, senggugut dan melawaskan haid. Juga boleh disapu pada gigitan serangga, melecur, luka-luka dan kudis.


Ingredients: virgin coconut oil (VCO), gondang emas extract, citronella extract, eucalyptus extract, camphor, menthol, methyl salicylate.

UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI

BOLEH KLIK PADA LINK INI UNTUM MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PRODUK INI
***

Monday 23 July 2012

Book review: Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul


Assalamualaikum…
novel cinta berkat

Aku memang suka membaca dari kecil tapi aku tak suka baca buku pelajaran. Aku suka baca buku yang santai dan mudah faham. Tapi bila masuk sekolah menengah, aku jadi kurang membaca buku2 santai. Masuk mrsm, boleh dikatakan tak lansung. Masuk u pun sama. Seingat aku, aku penah baca satu novel, Ombak rindu masa kat u. itu je. Minat membaca jadi tersekat sebab buku study pun aku tak sempat nak habiskan. Bila dah keje, ada la start balik baca sikit2. Tapi bila dah jadi suri rumah ni, husband keje beli buku je. Dalam sebulan tu kadang2 sampai 5-6 biji buku. Hoho. Memang bes.. 

            Hari ni nak review pasal satu buku sari Fatimah syarha mohd noordin. Sapa tak kenal? Aku start minat tulisan dia masa baca majalah solusi. Bagi aku penulis ni seorang manusia yang memperjuangkan cinta suci. Ya, bukan cinta kotor dan penuh dosa yang banyak sangat berleluasa sekarang ni. tulisan dia memang banyak pasal ni. pasal hubungan cinta antara lelaki dn perempuan yang halal hanya selepas berkahwin. Dia juga banyak menitikberatkan pasal cinta yang agung, iaitu cinta kepada Allah. Aku sangat menghargai usaha dia ni sebab nya kan walaupun kita dah di ajar dengan ilmu agama (ada tu yang tahfiz lg) tapi tetap tak patuh syariat bila bab hubungan dengan bukan mahram. Sebab apa jadi gitu? Sebab cinta itu fitrah. Kita ingin mencinta dan dicintai. Tanpa kita sedar, apa yang kita buat tu mengundang kebencian Allah. Hidup pun tak berkat. Jadilah tak bahagia. 

So, kita kena sentiasa ada guide dan nasihat pasal ni. bila kita tersasar sikit, kita baca then kita insaf balik (manusia=insan=pelupa). Oleh itu, buku2 macam ni sangat sesuai khasnya untuk remaja2 di luar sana. E’eh, bertazkirah pulak hari ni. aku bukan nak cakap aku baik ye. aku memang manusia yang very2 tak perfect. Tapi apa aku cakap ni reality hidup yang terpaksa diakui kebenarannya. 

Buku ni menceritakan kisah cinta antara Dr Muslih dengan isterinya, Qani’ah. Walaupun penulis tak cakap kat sini. Tapi aku yakin 100% yang dia cerita pasal diri dia dengan suaminya Dr Farhan hadi. Bila baca ni, kita rasa bahagianya cinta yang berlandaskan syariat ni. 

Tapi kelemahan buku ni, nipis je, penghayatan pun jadi kurang. Pastu, dia macam kurang dialog,jadi kurang hidup watak2 tuh. Tapi apa2 pun, objektif penulis dah sampai bagi aku. 

Ni aku nak taip antara nasihat menarik dalam buku ni. Antara je la, nak tahu lebih lanjut, beli 12 hengget
Ramai kenalanku mengadu bahawa perkahwinan mereka tidak bahagia. Ada kalangan mereka yang berkonflik dengan pasangan sejak awak pernikahan.ada juga yang merajuk dengan pasangan pada awal pernikahan hanya kerana urusan teknikal seperti rombongan lambat sampai. Sesetengahnya, mengadu suaminya tidak mempedulikan hak batinnya, padahal sebelum kahwin, ‘perkara’ itulah yang menjadi seolah-olah tumpuan utamanya melalui usikan dan perbualan.
            Aku juga hairan melihat pasangan yang asyik bertelagah ketika bercinta tapi akhirnya tekad untuk berumahtangga. Bila dah kahwin, gaduhnya lebih besar dan pihak isterilah yang selalu nya jadi mangsa. Setiap hari makan hati berulam jantung. Tak kurang ada yang sampai bercerai setelah baru setahun jagung berumah tangga.
            Bila bermuhasabah, rupa-rupanya jalan yang mereka lalui untuk tiba ke gerbang perkahwinan bercampur aduk antara yang halal dan yang haram. Kurang sensitive dengan perkara2 yg boleh melalaikan hati drp hubungan dengan Allah. Tidak bahagia di dunia, di akhirat lebih sengsara.
            Aku menasihatkan mereka supaya MENAIKTARAFKAN perkahwinan itu dengan taubat. Jangan sesekali menyesali jodohmu tapi sesalilah dosa-dosamu. Ingat, usah sekali-kali mengambil langkah mudah untuk bercerai. Apa puN yang terjadi, berusahalah yang terbaik untuk mempertahankan ikatan suci itu.
            Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumahtanggamu dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untuk mu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama di dia telah pun tercatat di lohmahfuz untuk mu namun peribadinya ditentukan oleh peribadi mu. Allah tidak akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehahkan lah diri mu.
Gigih aku taip. Peringatan utk diri sendiri dah semua.

pemilik cintaku @surabaya

Tuesday 17 July 2012

Our dream house


Assalamualaikum…

Hari ni ganti puasa lagi. Lagi  4 hari. Memang tak sempat dah sebab ramadhan lagi 4 hari. Banyak tahun ni nak kena ganti sebab campur ngan tahun lepas2 yang tak sempat nak ganti. Tak pelah bayar fidyah lagi. Apa susah. Dah cuba nak ganti tapi dah tak sempat nak buat camana. Breastfeeding ni memang menguji aku untuk puasa. Lagi satu sebab badan aku yang tersangat kurus sekang ni. so, takde lemak tersimpan jadi cepat lapar. Tengah hari tadi gi inject nisa untuk setahun. Memang delay sebulan lebih dah. 

Hari ni nak cerita tentang angan2 kami tentang rumah idaman. E’eh, Blog ni dah jadi blog peribadi lak. Mula2 ingat nak buat blog lain untuk peribadi punya. Tapi fikir punya fikir bisnes ni hanyalah sambil-sambilan.  Just jual apa yang aku suka pakai  dan tolong mempromote produk tempatan yang sangat berkualiti ini. oleh itu, diumumkan bahawa ini adalah blog harian aku dan bisnes2 tu hanyalah selingan.  

            Tahun lepas husband aku ada membeli satu lot tanah di kawasan pinggir Bandar di daerah bachok. Tujuan asal beli tu hanyalah nak mensecurekan duit simpanan. Yelah, kalau simpan dalam bentuk duit kat bank, terdedah kat inflasi. Kalau beli emas takut hilang pulak. Tapi kan duit kat bank ngan emas fizikal tu kena simpan jugak. bila2 terdesak senang nak guna. Kalau ada yang lebih2 tu barulah boleh simpan dalam bentuk tanah.  

Tanah yang kami beli tu nampak bes. Dah macam taman, dikelilingi oleh rumah2 orang kiri, kanan, belakang, depan. Pendek kata, memang sesuai dan tak takut kalau nak buat rumah kat situ. Harga nya juga memang cepat sangat naik. (nilai rumah kat Kelantan aku tgk lagi mahal dari johor. So, very good prospect) Dah ramai offer nak beli tau. Untung sangat kalau jual. Tapi husband tak nak jual lagi. Dia plan nak buat rumah tanpa loan. So, kalau terdesak2 or sesak2, kami dah ada rumah yang bukan bank punya. Maklumla, kerja macam husband aku ni memang kena beringat. Kalau tak beringat memang boleh bangkrup sebab gaji tak tetap dan pencen takde (harapkan epf lah).  ala senang cerita ala2 bisnesman gitu, auwww.

Ramai orang tanya memang nak menetap kat sini ke? Sebenarnya kami tak de idea kat mana kami nak menetap. Tgk rezeki la kan. Tapi kami rasa kami perlu memiliki rumah untuk masa depan. Sekurang2 kami ada asset. Kalau ditakdirkan kami dapat kerja mana2, rumah kat kampong ni bolehlah dijual atau disewa . Aku rasa tak jadi masalah memandangkan tanah tu hanyalah 2.8 km dengan UMK kampus bachok, dekat ngan pejabat2 kerajaan, 15 km dari Bandar baru kubang kerian dan 20 km dari Bandar kota bharu. Lagi satu, kalau lah bachok jadi pusat pendaratan minyak/gas seperti yang diperjuangkan sekarang ni, memang besla kalau bagi sewa or jual. Berangan tak abis2… tapi kan aku pelik gila ngan orang Kelantan yang tak sokong isu royalty dan isu pendaratan gas tu dapat kat Kelantan. Kita yang untung oi. Don’t be stupid! Aku tak sokong mana2 parti politik. Tapi kalau isu yang mendatangkan keuntungan dan peluang pekerjaan untuk rakyat sini, kenapa nak gaduh sama2 oghe kito. Bersatu lah walau dari parti apa sekalipun untuk kita mendapatkan keuntungan iteww.  (suka hati aku je)

Bila imbas balik zaman2 dulu, aku pernah gitau mama aku yang aku memang tak nak duk Kelantan. Memang 100% tak nak! Aku lagi suka kehidupan aku kat negeri lain. :p Tapi siapalah kita untuk menidakkah takdir Allah pada kita J. pejam celik dah setahun lebih aku duk melepak kat kampung. Pekerjaan husband sebagai offshore man membuatkan aku terus menyebekkan diri di kampung. Bila dah ada anak ni, takde masa pun nak rasa boring or apa2. Seronok je rasa duk kampung. Kalau tgk statistic pertukaran guru, Kelantan adalah negeri paling wanted sekali. Aku patut rasa bersyukur dengan diri aku sekarang. Buat apa nak kejar sangat keinginan kita sebab belum tentu keinginan kita tu terbaik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu.” {Al-Baqarah:216}
“Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”{An-Nisa:19}

Kembali kepada topic asal, Langkah pertama yang dia buat ialah melukis/dapatkan pelan rumah.  Checked. Then, bina model untuk dapatkan gambaran sebenar rumah tu. Taraaa dah 90% siap. Bumbung je takde. Ini semua kerja husband aku. Aku memang tak ambik tahu lansung. Gamba ni aku yang ambik sebab tu hampeh.
first floor

second floor

keluasan rumah dan keluasan tanah yang sebenar mengikut skala 1:50


Sampai di sini saja perkembangan tentang rumah idaman kami. Haha. Terpaksa ditangguhkan atas sebab takde bajet lorr. Sebarang kesulitan amat di kesali. Uk alah, tajuk macam gempaq.  ini je?

Note: terlupa nak tayang hadiah besday anak umi yang ke setahun ini.

Nisaku yang kelakar

Saturday 14 July 2012

Pengalaman menggunakan vco pada kulit wajah


muka seposen yang tidak diedit sama sekali (koyaest)

Oleh sebab sekarang ni heboh pasal vco untuk kecantikan dan kemudaan kulit wajah, makanya baru-baru ini, saya mula menggunakan pure vco ni sebagai cleansing oil dan masker saya. I have to tell you ....I LOVE IT! Saya sekarang ni telah pun mempunyai kesedaran yang tinggi tentang  apa yang saya makan dan applykan pada kulit saya. Saya cuba untuk mengurangkan jumlah bahan kimia saya pakai setelah berlaku nya satu peristiwa sedih dalam hidup saya. ok. Off topik

Jadinya saya telah melakukan sedikit pembacan mengenai vco ini.  menurut pembacaan saya,
Ia penuh dengan antioksidan, yang memang luar biasa untuk kulit. Ia bukan sahaja membantu mencegah kedutan tetapi ia juga membantu menyingkirkan kedutan yang sudah ada. Ia tidak menyumbat liang roma. Ia melembutkan kulit, melindungi daripada kerosakan, mempercepatkan penyembuhan dan menjadikan kulit sihat bersinar. Ia membantu merawat pelbagai masalah kulit seperti psoriasis, dermatitis, ekzema dan jangkitan kulit lain

Sebelum tidur saya akan sapukan muka saya dengan vco ini sebagai cleansing oil yang membuang semua kotoran dan make up pada wajah saya. pada waktu pagi pula, saya akan menempekkan muka saya dengan vco (sebagai masker) selama 10 minit. Sambil melakukan kerja-kerja yang lain lepas tu saya basuh lah menggunakan pencuci muka macam biasa. Apa yang sya dapati memang muka saya rasa lebih lembap dan kedutan berkurang (kat area mata). saya juga tidak memerlukan foundation lagi untuk wajah saya sebab nya cela dah kurang sikit. Dan saya juga yakin jika saya terus istiqomah dengan penjagaan wajah saya ini, wajah saya akan awet muda. Hehe. Over confident kan? Kepada yang berumur 25 tahun ke atas wajiblah kita memakai anti aging care untuk bagi kita nampak kekal  muda. VCO ni salah satu dari nya. Selain itu, set skincare yang biasa saya guna saya teruskan macam biasa. Kalau nak putih melepak dan cntik dengan cepat bolehlah beli skincare yang berlambak kat pasaran tapi ada bahan terlarang ( cth: hidrokinondan merkuri). Tapi dah berumur nanti kulit kita akan sangat bermasalah. Biar lambat asal selamat ye.

Okaylah. Tak nak cerita panjang sebab semuanya mesti dah lama tahu pasal vco ini. Cuma kat sini saya nak suggestkan kat korang semua tentang produk vco yang 100% tulen tapi sangat murah berbanding yang lain. Dapatkan lah produk ini hari ini dan bekalkan kulit muka anda dengan segala vitamin dan nutrient yang ada di dalamnya. 

extra virgin coconut oil

Wednesday 11 July 2012

MANDIAN AROMATHERAPY SERAI WANGI



AROMATHERAPY PATI SERAI WANGI
SAIZ: 30ML
HARGA RUNCIT:  RM 20
HARGA PROMOSI: RM17!!

Deskripsi produk

Lebih dikenali sebagai mandian teresat asli di Kelantan. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat. Titiskan 10-20 titik dan tambahkan sedikit garam ke dalam tab mandian berisi air suam. Sebagai mandian bagi wanita lepas bersalin untuk memulihkan badan. Menyegarkan badan yang keletihan dan menyamankan. Menghilangkan pening kepala dan stress, demam, sakit perut, batuk dan sesak nafas. Boleh disapu pada bayi bagi mengelakkan kembong dan bayi lebih selesa.


Ingredient: Pati serai wangi, minyak kayu putih, menthol


UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI