GardenHERBShop: Snek sihat: buah
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Sunday 20 May 2012

Snek sihat: buah


Assalamualaikum..

Ingin cantik dan sihat? Jawapannya ialah makan buah. Buah sememang nya sangat sedap. Kepelbagaian warnanya menunjukkan kepelbagain nutriennya. Menurut pemerhatian aku, buah yang kaler lebih kureng sama mempunyai khasiat yang juga lebih kurang sama. Contohnya, mangga dan labu yang bewarna kuning mempunyai beta carotene yang tinggi. Mungkin beta karotene itu sendiri yang bewarna kuning/oren (memandai2 :p). Oleh itu, kita kena makan berbagai warna buah untuk mendapatkan kepelbagaian khasiat/nutrient/vitamin.  kulit yang sihat dan cantik juga boleh dicapai melalui pemakanan buah. Sebab tu kulit aku tak berpa nak cantik sebab kurang makan buah. Bukan tak suka, tapi dari kecik mama aku jarang beli pastu malas nak kupas! Walaupun dah di ambang 30 an, tapi rasanya nak amalkan pemakanan buah ni sebab lebih baik lambat dari tidak lansung (better late than never). Lagi satu, aku nak galakkan lah anak2 aku ni makan buah dari kecik. Jangan jadi macam umi dia yang dah banyak kali kena eczema baru nak insaf.  Actually, kulit yang cantik jugak ikut genetic kan. 

Kalau kita tengok makanan kesihatan dan kecantikan yang berlambak kat pasaran kebanyakannya mengandungi ekstrak buah. Memang buah itu penting! Walaupun ianya sedap, tapi tetap jugak kurang pengambilannya dalam diet kita. Kenapa? Mengikut analisi aku sendirik sebabnya adalah
  1. Sebab terlupa 
  2. Malas nak kupas 
  3. Tak dihidangkan semasa makan 
  4. Tak beli
Oleh itu, langkah2 mengatsi nya adalah:
  1.  Pastikan rumah sentiasa ada buahan. Kupas, Potong kecik2 masuk dalam berkas letak dalam peti ais (utk kekalkan kesegaran). So, bila kita/ahli family kita bukak peti boleh terus nampak dan terus makan. Then, takda lah isu terlupa atau malas nak kupas, 
  2. Jangan lupa hidangkan buah setiap kali waktu makan. Sebelum makan makanan utama,  makan buah dulu. 
  3. Selalu ingatkan ahli keluarga dan diri sendiri supaya beli buah bila ternampak orang jual. Bukan mahal pun.
  4.  Selalu ingatkan diri/ahli keluarga tentang khasiat buah-buahan.

Untuk anak2 kecil pula, galakkan diorang makan buah.  Tak payah nak berjimat bab makanan berkhasiat. Cara2nya:
  1.  Kita kena jadi contoh teladan. Kalau kita makan, anak akan ikut.  
  2. Time sarapan, masukkan buah yang kalerful tuh dalam bijiran mereka. Pasti berselera 
  3. Kalau makan kat luar pun, pastikan menu yang kita pilih ada buahan. Contoh: kerabu mangga, kerabu betik, jus oren, jus tembikai 
  4. Masa beli buah, Tanya anak dia suka buah apa dan belikan. Hidang buah dengan cara yang kreatif. 
  5. Tak semestinya makan begitu sahaja. Boleh makan jugak dengan yogurt atau coklat. 
  6. Kalau ada kawasan untuk tanam buah, ajak nak tanam sama. Biar dia jaga, siram dan baja sendiri. Bila buah masak, biar dia petik. Mesti dia excited habis!
Jom makan buah banyak2. Overdose pun takpe sebab kandungan gula nya adalah asli. Kalau gula lain, boleh buat anak kita terlebih aktif. Natural is always better. Contohnya, VCO yang saya jual ini. Sila klik pada image2 di sebelah kanan blog. :P
 ready to eat: rambutan


ready to ngap: mangga


honeydew

 Banyak lagi gamba buah nak upload tapi tak tau napa takleh nak transfer gamba dari henfon ni. henfon ni suka sangat wat perangai. Rasanya sebab dah pening selalu kena tekan kuat gila ngan nisa. dia nampak kita duk touch screen dia nak wat jugak. tapi dia bukan touchscreen dia lenyekscreen. 

nisa tidur atas papa. abaikan baju yang tak berlipat . lagi 23 hari

No comments:

Post a Comment