GardenHERBShop: June 2013
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Sunday 23 June 2013

Cara mencegah dan merawat Eczema



Dari segi perubatan, eczema ni sejenis penyakit genetik kulit dan merupakan penyakit keturunan. Maknanya, jika ibubapa ada eczema, kemungkinan anak pun ada penyakit eczema. Eczema ni tiada ubat,diulangi tiada ubat! ubat yang diberi hanyalah sebagai antibiotik pada kulit, supaya tiada jangkitan kuman dan mengubati luka-luka pada kulit eczema. Pendek kata, melegakan symptom eczema sahaja. Dan ubat-ubatan itu juga mengandungi bahan kimia steroid yang akan menipiskan kulit. 

Dah kenapa saya suka sangat nak ambil tahu pasal eczema ni? sebab saya lah penghidap tegar eczema dari umur 2 tahun. Percaya atau tidak, penggunaan krim steroid dalam jangka masa yang panjang itu telah memberi masalah kepada saya. Saya kehilangan thumprint (cap jari) saya. Sesiapa yang kenal saya memang mengetahi masalah besar yang saya hadapi ini. Pergi bukak akaun masalah, nak keluar kwsp masalah dan pelbagai lagi masalah yang melambat kan urusan. huhu.. nanti saya cerita panjang di lain entry..

Sekarang ni saya nak pendekkan cerita nak bagi berita baik untuk pesakit Eczema! . Minyak kelapa adalah terkenal dengan fungsinya untuk mencegah dan merawat eczema. Untuk tujuan itu, kita hendaklah mengambil nya secara dalaman (minum) dan luaran (sapu). langkah2 ini jika dilakukan memang berkesan.Dan semestinya, mencegah itu lebih baik dari merawat. So, kalau dah rasa ada keturunan eczema, pun boleh ambil langkah2 ni ok.

PERTAMA: hentikan penggunaan sabun mandian / shower gel yang dijual dipasaran. Ini kerana kandungan chemical dalam sabun mandian tersebut sememangnya meningkatkan alahan eczema pada kulit. Maknanya, bila kita guna sabun mandian tersebut, alahan eczema akan mula timbul ke permukaan kulit. Bila terkena dengan sesuatu yang kita alah, contohnya alahan dengan debu, kita akan mudah rasa gatal dan mula menggaru.Gunalah sabun mandian VCO dari hujung kepala hingga ke kaki. 

Kadang-kadang ada juga pesakit yang mengalami eczema di kulit kepala. Caranya ialah buihkan di tapak tangan dan lumurkan keseluruh badan. Sabun keseluruhan kulit terutama sekali di tempat yang memang selalu kena eczema. Tunggu 2 minit, kemudian baru bilas dengan air. Ia akan menyerap masuk ke dalam struktur kulit, merawat dari dalam kulit dan mematikan kuman di permukaan kulit. 

Sabun VCO dikayakan dengan vitamin B, C dan Vitamin E untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Ia juga merawat ruam dan gatal pada kulit. Disamping itu, sabun VCO ni mencerahkan dan menghaluskan kulit. Jangan risau, sabun VCO ni 100% ORGANIK, bayi seawal 3 bulan sudah boleh menggunakan sabun ini. Baunya juga sangat harum!
vco soap


KEDUA:  selepas mandi dan kulit dikeringkan, boleh gunakan VEGOURZ BABY OIL yang 100% organik dan minyak yang digunakan adalah 100% minyak kelapa dara tanpa campuran minyak lain. Gunakan sebagai losyen untuk sapu keseluruhan kulit. Langkah ni penting untuk bg kulit sentiasa lembap kerana salah satu faktor penting untuk merawat eczema ialah kesan pelembapan (moisturising effect). 

Untuk pengetahuan semua, minyak bayi atau baby oil yang berada dipasaran mengandungi minyak mineral yang merupakan hidrokarbon dan tidak mempunyai apa2 khasiat untuk kulit. Anda boleh juga gunakan EXTRA VIRGIN COCONUT OIL sebagi losyen tapi baunya agak kurang mnarik (bau kelapa).

Vegourz Baby Oil


KETIGA: minum EXTRA VIRGIN COCONUT OIL. Orang yang mempunyai ekzema boleh mencerna 2-5 sudu besar minyak kelapa setiap hari untuk membantu meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan, meningkatkan sistem imun dan membantu untuk melawan jangkitan. Boleh diambil secara terus atau dimasukkan dalam makanan. Memang gejala eczema akan berkurangan! Bagi ekzema yang teruk, minyak kelapa boleh digunakan beberapa kali sehari.  Dalam pemilihan minyak kelapa yang terbaik adalah pastikan ianya virgin, organic dan unrefined. Untuk bayi2 yg masih menyusu, si ibu perlulah mengambil nya. ia juga dapat mempertingkatkan kualiti susu ibu kerana kandungan asid laurik nya yang sama dengan susu ibu. Pengambilan minyak kelapa dara untuk bayi adalah 1-2 sudu besar sehari.

Vegourz Extra Virgin Coconut Oil

KEEMPAT: tukar diet! Banyakkan makan buah dan sayuran yang berserat tinggi. Ikan2 seperti ikan salmon dsb juga baik kerana mengandungi asid lemak omega. Makan juga makanan probiotik seperti Gam Arab.
Elakkan makanan berproses, terutamanya gula putih dan juga awasi gula yang tersembunyi dalam makanan.
KELIMA:  elakkan apa2 yang boleh mencetuskan eczema anda. Eczema ni sebenarnya penyakit yang terpendam. Bila ada sesuatu yang trigger dia, baru dia datang. Contoh, detergen dll.  Kalau boleh pakai kain kapas dan elakkan kain2 dari bahan sintetik jika anda alah (kalau tak alah takpe). Elakkan losyen yang ada perfume dan alcohol kerana boleh mengeringkan.yang paling penting elakkan sentuhan kulit dengan sabun basuh atau sabun basuh pinggan tu ye. kulit akan jadi lebih kering dan merengsa. oleh itu, pakai sarung tangan getah. kalau alah juga dengan latex/getah (saya la tu)? saya ada cadangan. boleh pm ye.


KEENAM: senaraikan apa2 yang kita alah. Contoh, polyester blouse takleh pakai nanti gatal, sabun Palmolive pun takleh, gincu Maybelline allergic bla bla bla. Dan bila dah nampak allergic stop! Jangan pakai lagi ok!


Set Eczema (EVCO + Baby Oil + Sabun VCO)

Sudah ramai pesakit ECZEMA yang sembuh dengan menggunakan produk ni. Bukan hanya untuk eczema sahaja, untuk ruam-ruam kulit dan gatal pun boleh. Setakat ni, kesemua pengguna pakej untuk eczema ni memberi feedback yang positif, tiada lagi yang memberi komen yang negatif. Alhamdulillah. 

Jika anda berminat, sila klik di sini untuk cara2 order.



 


Saturday 22 June 2013

VEGOURZ BABY OIL







SAIZ: 70ML 
HARGA: RM 30

BERASASKAN 100% MINYAK KELAPA DARA TANPA CAMPURAN MINYAK LAIN!!!
DI PEK DALAM BOTOL SPRAY YANG BEGITU PRAKTIKAL UNTUK DIGUNAKAN PADA BAYI

SANGAT MENYIHATKAN KULIT DAN MENYUBURKAN RAMBUT BAYI


Deskripsi produk
Protect your skin from dryness, itching and flaking that comes with it. It is a skin moisturizer to keep your skin feeling soft, smooth and silky all day long. Enriched with vitamin E and active herbs. It healing nappy rashes, eczema’s skin, scars, wound, insect bites and help hair growth.  Baby oil Mommycare has read with Ayatul syifa’ for healthy and beauty.

Fragrance: Strawberry
Usage:
After bath, gently apply and massage to baby skins and hairs.

Ingredients:
Virgin coconut oil, other herbs, fragrance


UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI


Produk ini adalah salah satu produk dalam SET BAYI/ECZEMA 

Saturday 15 June 2013

SABUN MINYAK KELAPA DARA (VCO SOAP)





NET WEIGHT: 40G
HARGA PROMOSI: RM 15
HARGA RUNCIT: RM 20

DESKRIPSI PRODUK
 
Sabun minyak kelapa dara kaya dengan vitamin B, C dan E. Mempercepatkan pertumbuihan sel-sel kulit baru dan memudarkan parut. ia dapat menghilangkan ruam dan gatal pada kulit. Ia mencerah dan menghaluskan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur.



(english)
Virgin coconut oil soap is rich in vitamins B, C and E. Accelerate the growth of new skin cells and brighten your skin. It gets rid of the rash and itching skin. Suitable for all skin types and ages.


INGREDIENTS:
Sodium palmitate, virgin coconut oil and fragrance  


Produk ini adalah salah satu produk dalam SET BAYI/ECZEMA 

UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI 

Monday 10 June 2013

Khasiat Minyak Kelapa Dara


Orang tua, dewasa, remaja, lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi, pesakit kronik, wanita mengandung, wanita bersalin, pasangan yang sukar dapat zuriat; mereka semua boleh mengamalkan MINYAK KELAPA DARA. Pendek kata, semua orang boleh.

Ini kerana, kandungan sifat asid laurik yang semulajadi dalam minyak kelapa dara ini sangat sesuai untuk sel-sel dalam manusia, sejak dari baru lahir hingga ke orang tua. Sifatnya  juga mampu melawan pelbagai penyakit termasuk melawan penyakit kronik seperti kanser, alzheimer, parkinson, lumpuh, jantung, jangkitan kuman dan pelbagai lagi. 

Kecantikan  Luaran:
  • Minyak Kelapa Dara sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah,   serta resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.
  • Minyak Kelapa Dara membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan kadar metabolisme
  • Minyak Kelapa Dara digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai  lemak-lemak dieter yang lain.
  • Minyak Kelapa Dara jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Minyak Kelapa Dara melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan  kulit anda.
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.

Kesihatan Dalaman :
·         Minyak Kelapa Dara meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya).
·         Minyak Kelapa Dara memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.
·         Minyak Kelapa Dara melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes.
·         Minyak Kelapa Dara mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.
·         Minyak Kelapa Dara meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga, melindungi diri dari serangan osteoprosis.
·         Minyak Kelapa Dara memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.
·         Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Meningkatkan Daya Tahan Tubuh :
·         Minyak Kelapa Dara mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon.
·         Minyak Kelapa Dara berfungsi sebagai antioksidan seta mengurangkan radang kronik.
·         Minyak Kelapa Dara membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
·         Minyak Kelapa Dara meredakan gejala-gejala yang dihubungkan degan benign ”Prostatic Hyperplasia”  (pembesaran prostate).
·         Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih.
·         Membantu mencegah sakit Lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat :
·         Minyak Kelapa Dara membunuh virus yang menyebabkan Mononucleosis, Influenza, Hepatitis C, cacar air dan Herpes.
·         Minyak Kelapa Dara membunuh bacteria yang menyebabkan Pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, Meningitis dan Gonorrhea.
·         Minyak Kelapa Dara membunuh kulat yang menyebabkan Cabdida, Jock Itch, kadas dan infeksi yang lain.
·         Minyak Kelapa Dara melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
·         Minyak Kelapa Dara membunuh kulat, bakteria dan virus.
Hubungan Suami Isteri
·         Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic).
·         Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
·         Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).