GardenHERBShop: saya mahu konsisten solat subuh
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Wednesday 30 May 2012

saya mahu konsisten solat subuh


Hari ni adalah hari yang sangat takde mood. Tak tahu kenapa.  Oleh itu, saja takde keje nak ceramah kat diri sendiri tentang solat subuh  sebab terbaca pasal ni tadi. Nak bagi motivasi kat diri sendiri yang liat nak bangun. Maklumlah, tak keje kan.
                Waktu subuh terlalu lah besar kelebihannya. Saidina Umar yang ditikam dengan parah dan kritikal sekali, tapi bila dikejutkan time subuh dia bangun jugak lalu berkata “tidak akan mendapat keuntungan dalam islam bagi mereka yang meninggalkan solat” T_T. solat subuh berjemaah pula menjadi penanda aras bagi keteguhan agama islam. Waktu subuh juga dipilih oleh sahabat2 Rasulullah seperti Khalid Alwalid, Yusuf bin tashifin (panglima perang muslim), panglima Qutuz, salehuddin AlAyubi dan Sultan Muhammad Al faith untuk memulakan agenda2.
                Bukan tokoh2 muslim sahaja, tokoh2 berjaya  zaman sekarang seperti Oprah, Bill Gates semuanya mengutamakan waktu pagi untuk kerja mereka. Jika ingin berjaya, hendaklah kita meneladani orang yang berjaya. Ini prinsip dalam memburu kejayaan.
                Jom tgk hadis dan ayat AlQuran yang ada menceritakan tentang waktu subuh.
“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi” – Riwayat al-tirmizi
“pada waktu perang Badar, Rasulullah solat subuh pada awal fajar, kedudukan baginda pada saat itu sangat hamper dengan musuh lalu baginda memerangi mereka” –Riwayat al-Nasa’i
Allah telah bersumaph dengan kuda2 yang digunakan dalam jihad di jalan Allah pada waktu Subuh.: “Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan kuku kakinya dan kuda yang menyerang dengan tiba2 pada waktu subuh” (surah al-Adiyat 100: 1-3)
                Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal takut punch card merah, ramai pelajar mampu bangun awal takut cikgu marah. Tapi bukan mudahuntuk bangun dari tidur semata2 untuk solat subuh. Kita terpaksa berperang dengan diri sendiri untuk itu.
                “ Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila di aberwuduk lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia kan terbawa lembap dan malas.” –Riwayat al Bukhari dan muslim.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang mengimami solat bersama orang lain. Kemudia beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu terika, mendatangi kaum yang tuidak hadir solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
                Jelaslah, hanya orang yang berjaya mengalahkan musuh batinnya sahaja (syaitan dan hawa nafsu) akan diberi kekuatan dan bantuan oleh Allah bagi mengalahkan musuh zahirnya (Yahudi, Nasrani dan orang munafik). Inilah kunci kejayaan Rasulullah dan para sahabat menewaskan musuh islam. Mana mungkin umat yang gagal mengangkat selimut untuk bangun solat subuh secara berjemaah mempunyai kemampuan untuk mengerahkan tenaga dan seluruh upayanya untuk membangunkan islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan Negara? Pendeta Yahudi pernah menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan orang islam kecuali apabila berlaku satu keadaan, yakni apabila jumlah Jemaah umat islam yang solat subuh menyamai jumlah Jemaah solat jumaat.
                Bukan sahaja berjaya dalam medan perang, umat yang menjaga solat subuhberjemaah juga akan berjaya dalam bidang perniagaan. Contohnya, Sakhr al-Ghamidi yang kaya raya selepas mendengar kata-kata Rasulullah tentang keberkatan pada waktu pagi.
                Jelaslah, umat yang kuat adalah umat yang berjaya bangun awal pagi dan solat subuh (berjemaah kalau lelaki). Memang bukan senang nak buat semua tu… 
Source: Solusi isu 36

minggu depan en saiful balik! yeayyy

No comments:

Post a Comment