GardenHERBShop: set rambut sihat
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI
Showing posts with label set rambut sihat. Show all posts
Showing posts with label set rambut sihat. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Rahsia penjagaan rambut pelakon terkenal Bollywood terbongkar!

Pelakon Bollywood terkenal dengan rambut yang cantik, lebat dan beralun. Sejak kecil mereka telah dipakaikan minyak rambut yang berasaskan kelapa sebagai regim harian mereka. Kita ambil contoh salah seorang pelakon terkenal sekarang yang memang diwarwarkan mempunyai rambut yang sangat sihat, Chitrangada Sigh

Chitrangada singh

Pelakon Bollywood,  Chitrangada Singh bergantung kepada minyak rambut kelapa untuk rambut yang sihat berkilat. Beliau amat suka menyuburkan rambutnya dengan minyak kelapa, terutama apabila cuaca panas dan lembab. rejim penjagaan rambut adalah sangat penting bagi mana-mana wanita. Terutama ketika angin monsun, rambut menuntut penjagaan tambahan dan perhatian. “Minyak rambut berasaskan kelapa memberikan lembapan kepada rambut saya dan khasiat untuk terus hidup dengan keadaan cuaca dan kepelbagaian produk kimia yang saya terpaksa pakai untuk rambut, 'berkata Chitrangada
Oleh kerana beliau dimiliki oleh industri glamor, rambut Chitrangada ini terdedah kepada pelbagai produk penggayaan rambut dan rawatan.'Sebagai seorang pelakon, rambut saya akan melalui banyak rawatan dan produk yang berbeza bagi mendapatkan kepelbagaian watak yang berlainan. Walaupun saya suka melakukan semua ini kepada rambut saya, saya memastikan saya selalu merapikan rambut saya dengan minyak rambut yang berasaskan kelapa. Saya percaya bahawa selagi rambut yang indah adalah menjadi tren, oiling akan sentiasa kekal dalam fesyen, 'katanya.
Pelakon itu telah mengikuti rejim ini sejak zaman kanak-kanak beliau. “Sepanjang zaman kanak-kanak saya, saya masih ingat bagaimana ibu saya selalu menjaga rambut saya dengan memastikan rambut saya disapu dengan minyak rambut kelapa. Ini adalah salah satu amalan yg telah dimasukkan dalam rejim saya, "kata pelakon berusia 37 tahun itu, yang baru-baru ini telah melancarkan buku Aparna Santhanam yang bertajuk 'Let’s Talk hair' atas kerjasama dengan Parachute Advansed Knowledge centre. Selain daripada pemakaian minyak kelapa yang konsisten, Chitrangada suka memastikan rambutnya bersih. 'Anda perlu menjaga rambut anda dengan lebih bersih semasa hujan kerana kelembapan boleh membawa kepada rambut yang tidak sihat dan tidak bermaya. Gunakan syampu yang ringan tiga kali seminggu dan keringkan dengan tuala, 'katanya.

oleh itu, jom kita biasakan diri kita dengan minyak rambut berasaskan 100% minyak kelapa dan lebih penting lagi untuk anak2 kita kerana kesa jangka panjang nya sangat menakjubkan

Kami menawarkan satu set unruk rambut sihat yang mengandungi



1.      Perapi rambut – minyak rambut untuk kegunaan harian
2.      Extra vco – untuk rawatan minyak panas sekali seminggu

Sila klik link ini untuk mengetahui kenapa anda perlu memliki minyak rambut berasaskan 100% minyak kelapa dari kami

Ikuti pengalaman saya ketika mula2 terjebak dengan perapi rambut vigourz ini di sini.

Untuk testimoni, sila ke facebook kami


Saturday, 19 April 2014

Mencegah, melambatkan dan menghilangkan uban

Assalamualaikum

Cuba anda ingat, sesiapa yang anda kenal, yang amalkan minyak kelapa secara berterusan, berpanjangan dan istiqomah dari muda sampai ke tua, adakah mereka mempunyai uban? Tidak bukan! Satu lagi keajaiban minyak kelapa untuk rambut yang mana2 produk komersial takkan dapat menandingi, mengelakkan uban!  Dengan syarat: pakai berterusan tanpa jemu. Ciri menarik ni sudah cukup buat saya berfikir, minyak kelapa memang Allah ciptakan untuk rambut. Mengapa semua ni terjadi? Dipercayai kandungan antioksidan yang terkandung didalamnya. Wallahu’alam


chitrangata sigh, bintang terkenal bollywood telah mendedahkan rahsia kecantikan rambutnya- MINYAK KELAPA!

Selain dari itu, minyak kelapa juga boleh menghilangkan uban pada rambut! Dalam buku Gottlieb yang bertajuk [alternatives cures: More than 1000 of the most effective natural home remedies]menyatakan, “ 2 sudu besar thistle oil dicampur dengan 5 sudu besar minyak kelapa diurut pada kulit kepala akan membantu menghilangkan uban (reverse grey)”

Tapi kenapa kita masih mencari alternative lain untuk penjagaan rambut kita? pertama, kita terlalu mudah terpengaruh dengan iklan komersial. Kedua, bau nya yang tidak menyenangkan. Ketiga, packing produk yang tidak menarik dan kekampungan.

Kami telah menghasilkan satu formula100% minyak kelapa dara (diproses secara tradisional tanpa melibatkan pemanasan/haba)yang dicampurkan herba untuk menghilangkan bau kelapa dan ditambahi khasiat herba untuk penyuburan rambut. Pembungkusan juga dibuat dalam botol spray yag menarik untuk dibawa kemana2 sahaja. Kami namakan “perapi rambut Vigourz”

Perapi ini boleh dipakai bila2 masa (dipakai harian) kerana baunya agak menarik (herba), tidak seperti minyak kelapa asli yang biasanya dicadangkan untuk pemakaian pada waktu malam dan perlu dibilas keesokan hari.

Kami juga mendatangkan satu lagi produk iaitu EXTRA VIRGIN COCONUT OIL yang boleh diminum dan juga digunakan untuk perawatan rambut. Cara penggunaan kedua2 produk ini kami akan ceritakan selepas order sampai kepada anda.


Klik disini untuk maklumat lanjut

Ikuti pengalaman saya ketika mula2 terjebak dengan perapi rambut vigourz ini di sini.

Untuk testimony, sila ke facebook kami



Thursday, 11 July 2013

Merawat kutu di kepala (head lice treatment)


Kutu di kepala adalah salah satu penyakit yang sering dialami semasa kanak2 yang disebabkan oleh serangga yang ditemui secara ekslusifnya di kepala!

google image

Kepercayaan dulu2 sering mengatakan kutu ni disebabkan oleh kanak2 yang pengotor atau tak hygiene. Sebenarnya tidak sama sekali! Kutu boleh menjangkiti manusia tidak kira cara hidup, umur, bangsa dan status ekonomi. Walaubagaimanapun, ia adalah masalah kesihatan umum yang serius kerana sebahagian kutu boleh membawa organisme yang menyebabkan penyakit lain termasuk demam yang berulang.

Sejak dulu sampai sekarang, ibubapa selalunya akan membeli shampoo kutu yang sangat tinggi kandungan chemicalnya untuk melindungi anak kesayangan mereka. Kita tidak sedar bahawa salur darah di kepala adalah sangat berdekatan dengan kulit kepala dan kulit kepala akan menyerap apa saja yang mengenainya sehingga 80%! Shampoo kutu mengandungi kimia toksik yang berat dan telah diketahui menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Jom cek apa bahan kimia yang selalu digunakan untuk rawatan kutu tu dan dia punya kesan sampingan
Pyrethrums and pyrethroids: sejenis pestisid boleh menyebabkan pneumonia, lumpuh otot, kematian akibat masalah pernafasan, muntah dan athma

Permethrin: sejenis insecticide yang mempunyai kesan sampingan yang sama dengan yang atas
Carbaryl: yang selalu sangat di temui dalam rawatan kutu, formulasi nya pelbagai tapi sangat toksik kepada sistem saraf dan sistem pernafasan lalu menyebabkan loya, kejang perut, muntah, dan air liur berlebihan. simptom lain pada dos yang tinggi adalah kabur penglihatan, kesan pada koordinasi, peluh berlebihan dsb.

Fuh, semuanya racun uolls. Dan kajian terbaru mendapatu kutu sebenarnya menjadi lebih berdaya tahan kepada shampoo kutu konvensional ni sebab dia bermutasi dan menjadi kebal. Konsep nya sama dengan antibiotic la. Selalu sangat makan nanti bacterial jadi kebal. Sebab tu kalau setakat demam/sakit biasa2 tak digalakkan makan antibiotik

Jadi, apa yang ibubapa perlu lakukan. Tentunya minyak kelapa!

Satu percubaan klinikal telah menunjukkan kehebatan minyak kelapa sebagai alternative semulajadi kepada rawatan kutu konvensional.

Kajian ni mendapati minyak kelapa mempunyai kadar kejayaan sebanyak 90 % dalam erawat kutu. Fastastic!

So, macamana nak guna minyak kelapa untuk rawat kutu ni?
1.      Mulakan dengan mengeluarkan seberapa banyak kutu yang boleh dengan menyikat rambut. Untuk ini, urut kulit kepala dan rambutdengan sedikit minyak kelapa. Guna cukup2 je juz utk seliputi rambut jangan bagi berminyak sangat.

2.      Guna sikat kutu dan tarik sikat tu dari kulit kepala hingga ke hujung rambut. Matikan kutu2 yang ada kat sikat tu atau basuh saja dan ulang balik sekurang2 nya 2 kali.
sikat kutu
3.      Lepas sikat, shampoo rambut menggunakan shampoo biasa dan tumpukan pada tepi telinga dan dekat leher sebab kawan ni selalu ada kutu.
4.      Lepas shampoo, bilas dan lapkan rambut, sapukan minyak kelapa yang mencukupi pada rambut. Biarkan seberapa lama yang boleh (sekurang2 kurangnya 12 jam. Kalau perlu, boleh sapukan lagi minyak pada kulit kepala utk bagi lembap. Kalau apply di malam hari, gunakan shower cap atau lindungi bantal dengan tuala yang tebal.
5.      Sikat lagi lepas tu dan buang kutu yang dijumpai.  Masa ni, sepatutnya banyak yang dah lari/mati.
6.      Ulang sekali atau 2 kali seminggu
Oleh itu, sememangnya minyak kelapa boleh merawat kutu. Tapi kalau kita cegah lagi bagus kan.
Sumber: http://www.hybridrastamama.com/2012/09/coconut-oil-and-head-lice.html

Jom dapatkn ni untuk merawat dan mencegah kutu di kepala anda.




Wednesday, 22 May 2013

Perapi rambut VCO: Formula improved



Assalamualaikum…


Berikutan harga perapi rambut yang telah dinaikkan, kami mendapat pertanyaan dari pelanggan berkenaan hal ini. 

Kepada pelanggan yang budiman, Objektif produk kami adalah untuk menampilkan produk yang 100% semulajadi, berkesan dan mengikut citarasa pengguna. Oleh itu, beberapa inovasi dilakukan untuk mencapai objektif utama tersebut. Untuk pengetahuan semua, semua produk keluaran mesra bioherbs dikeluarkan di rumah menggunakan kaedah semulajadi tanpa menggunakan apa2 unsur tekanan (haba etc).  oleh itu, minyak kelapa dara (VCO) mengambil masa yang lama untuk dihasilkan tetapi mutunya adalah tinggi berbanding yang dihasilkan di kilang.  Dalam pembuatan perapi rambut, terdapat beberapa perubahan sepanjang ianya dijual. Bagi saya, pengguna berhak tahu tentang perubahan-perubahan ini.  Formula2 produk2 ini dihasilkan oleh seorang lulusan ijazah Sains Kimia (Chemistry) pengkhususan dalam produk hasilan alam semulajadi (natural Product).

1)      Versi pertama dihasilkan mengunakan 100% minyak kelapa dara dengan campuran herba dan fragrance. Kelemahan yang dikenalpasti: berbau kelapa. Harga runcit seunit = RM 30.00. Isipadu= 70 ml.

2)      Versi kedua dicampurkan sedikit based oil untuk mencairkan sedikit minyak kelapa dara bagi menghilangkan baunya. Kelemahan yang dikenalpasti:  botol yang nampak agak kecil


3)      Versi ketiga dicampurkan 20% based oil untuk menambah isipadu nya tanpa menaikkan harga yang banyak. jadi, harga minyak per ml menjadi lebih murah dan lebih mampu milik. Harga runcit seunit= RM 39.90. isipadu= 130 ml.

Setelah cuba mendapatkan feedback dari pengguna setia kami, kami sebulat suara membuat keputusan muktamad untuk tidak lagi mencampurkan perapi rambut VCO tu dengan apa2 jenis minyak lain untuk memaksimumkan keberkesanan produk. Selain itu, bau juga semakin menarik dan tidak ada lagi bau kelapa yang tidak menyenangkan. Anda boleh rasai sendiri perbezaan strukturnya. seriuss!

Oleh itu, harga runcit telah dinaikkan kepada RM 46.90 dengan isipadu 130 ml. Dengan itu, produk yang 100% semulajadi, berkesan dan mengikut citarasa pengguna dapat kami tampil kepada anda semua. Walaubagaimanapun, kami masih mengekalkan label yang sama hingga suatu tempoh yang akan dinyatakan kelak. Terima kasih. Jom kita tingkatkan kesedaran ke  arah alam semulajadi yang lebih selamat dan berkesan . katakan tidak pada bahan kimia merbahaya. LET'S GO ORGANIC!!! LET'S SUPPORT LOCAL PRODUCT!!! 

setiap versi upgraded perapi rambut VCO akan mempunyai sticker ini