GardenHERBShop: Baby food
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Wednesday 16 May 2012

Baby food


Assalamualaikum…
Aku ada seorang anak yang bernama Nisa Imtiyaz Mohd Saiful. Sebelum ni, aku memang takda pengalaman lansung menjaga baby yang yang kecil mahupun yang besar. Oleh itu, aku mengalami sedikit tekanan bila terpaksa menjaganya seorang. :P Semasa dia berumur 2 minggu, papanya terpaksa bekerja untuk 4 minggu. Memang aku stress sebab mama aku kerja. tak tahu nak handle ini budak. Mujurlah, ada ibu saudaraku yang datang membantu.  Selepas seminggu, pengasuh yang aku cari2 selama ni sampai. Dia datang pagi dan balik petang. Lega la jugak. So, kesimpulannya aku memang takda pengalaman dan terlalu banyak aku kena belaja pasal penjagaan baby ni. 

Sebenarnya nak cerita pasal pemakanan Nisa selama aku jaga. Bukan niat nak bagi panduan kat org, jauh sekali nak berlagak sebagai pakar pemakanan. Niat nak tulis ni sebab untuk merekodkan apa yang aku dah bagi kat dia supaya bila free aku boleh baca ( memang aku sorang je baca blog ss aku ni :P). 

Pasti semua kaum2 ibu inginkan yang terbaik untuk anak2. Macam2 planning dibuat untuk kesejahteraan si anak. Macam aku kalau boleh nak bagi makanan yang sihat, mudah dan yang paling penting berkhasiat untuk Nisa. Bila dibaca2 kat buku atau internet tentang kebaikan breastmilk dan homemade baby food untuk anak, aku pun nak jugak bagi nisa macam tu.  Sebab? Mostly dah tau kan keburukan susu formula dan solid food yang di jual di pasaran. (tapi jangan sedih bila korang dah terrrrbagi anak korang selain dari tu sebab kita hanya merancang). Oleh kerana kekangan waktu menyebabkan kita terlupa  akan planning2 kita itu dan terpaksa menyumbat anak kita dengan susu formula atau solid food yang berada di pasaran. Walaupun itu bukan yang terbaik, tapi tidaklah menjadi suatu kesalahan. (baik juga, Cuma bukan yang terbaik). Pemakanan yang baik adalah sangat penting. You are what you eat. 

Aku  juga seorang yang agak malas nak masak hari2 semata2 nak bagi baby makan seciput dua. Oleh kerana kemalasanku itu, aku ada membeli berkotak2 dan bertin2 baby food yang dijual di pasaran. Tapi direject oleh anak aku sebab memang tak kena dengan selera dia. oleh itu, aku yang tidak berpengalaman ini telah merancang satu sistem pemakanan homemade yang mudah dan yang terpenting berkhasiat. ( tak perlu rujuk mana2 resepi). Oleh kerana kekurangan ilmu aku dalam pemakanan ini, aku banyak merujuk web wholesomebabyfood.momtastic.com

First sekali, perlu diketahui berapa usia anak kita. Kalau dirujuk, ada beberapa stage baby food. Ini penting untuk dipastikan atas beberapa factor seperti allergic, penghadaman dll. Oleh itu, ada baik nya kita bagi anak kita makanan yang dibenarkan ikut peringkat umur anak kita. Untuk carta makann mengikut umur, boleh didownload kat website tu ye.

Selepas aku dapat carta tu, aku divide kan kat 3 kategory iaitu cereal, protein, vegetables and fruit. Banyak sangat senarai makanan dalam carta tu kan? Sampai kita sendiri pun tak tahu menatang apa lah. Tapi korang pilihla makanan yang sesuai ngan kita punya tempatla. Tak perlu la nak mngwesternkan anak kita. Susah kita nanti nak sediakan makanan western je nanti. Kampung2 je sudah…

Contoh (untuk bayi 8-10 bulan) !
Cereal – nasi, beras perang dll
Protein – ayam, daging, ikan bilis dll
Sayur – bayam, kankung, carrot, kentang dll
Buah – labu, pisang, kurma, kismis dll

Selepas tu, ambil satu makanan dalam setiap category dan rebus saja semua. Then, blend! Simpan lah dalam peti ais tu. aku simpan maximum 2 hari je(sila rujuk website di atas utk cara penyimpanan dan tempohnya)


nasi perang + ikan bilis + bayam merah + labu untuk nisa.

Selama aku gunakan kaedah ni, dia makan ok je. aku pernah juga buat puree buah tapi direject. So, aku campur je semua kategori dan blend. Kalau nak tau lebih lanjut tentang satu2 makanan, boleh la baca. Terdapat sayur dan buah yang mengandungi kandungan nitrat yang tinggi dan macam tak sesuai di simpan.
            Untuk finger food pulak, masa nisa umur 7 bulan setengah aku dah start kasi tapi asyik choking je. Pastu jadi malas. Umur dia 10 bulan lebih baru kasi balik then ok. Tak choking lagi. Finger food yang aku kasi adalah pisang, roti, biskut baby bytes dan buah2 yang dah di bake atau direbus (carrot, epal). 


biskut beras baby bytes yang tak manis. biskut rusk tu manis sangat.

Tapi sekarang dia dah 11 bulan, dah 2 minggu tak masak makanan untuk dia. dia dah tak nak bubur. dia makan apa yang kami makan. Aku suap je sesuka hati. Cili pun dia pernah makan. Budu dalam nasi kerabu pun dia telan. Banyak pulak dia makan dan tak choke pun. Tapi junk food, air bikarbonat dll tu memang tak kasi lah. 

Ini pengalaman aku. Mungkin ada yang tak setuju. Setiap budak lain dia punya penerimaan. As long as diorang ok, ok la kot. 



No comments:

Post a Comment