Assalamualaikum…
Berikutan harga perapi rambut yang telah dinaikkan, kami mendapat pertanyaan dari pelanggan berkenaan hal ini.
Kepada
pelanggan yang budiman, Objektif produk kami adalah untuk menampilkan produk
yang 100% semulajadi,
berkesan dan mengikut citarasa pengguna.
Oleh itu, beberapa inovasi dilakukan untuk mencapai objektif utama tersebut.
Untuk pengetahuan semua, semua produk keluaran mesra bioherbs dikeluarkan di
rumah menggunakan kaedah semulajadi tanpa menggunakan apa2 unsur tekanan (haba
etc). oleh itu, minyak kelapa dara (VCO)
mengambil masa yang lama untuk dihasilkan tetapi mutunya adalah tinggi
berbanding yang dihasilkan di kilang.
Dalam pembuatan perapi rambut, terdapat beberapa perubahan sepanjang
ianya dijual. Bagi saya, pengguna berhak tahu tentang perubahan-perubahan ini. Formula2 produk2 ini dihasilkan oleh seorang
lulusan ijazah Sains Kimia (Chemistry) pengkhususan dalam produk hasilan alam
semulajadi (natural Product).
1) Versi
pertama dihasilkan mengunakan 100% minyak kelapa dara dengan campuran herba dan
fragrance. Kelemahan yang dikenalpasti: berbau kelapa. Harga runcit seunit = RM
30.00. Isipadu= 70 ml.
2) Versi
kedua dicampurkan sedikit based oil untuk mencairkan sedikit minyak kelapa dara
bagi menghilangkan baunya. Kelemahan yang dikenalpasti: botol yang nampak agak kecil
3) Versi
ketiga dicampurkan 20% based oil untuk menambah isipadu nya tanpa menaikkan
harga yang banyak. jadi, harga minyak per ml menjadi lebih murah dan lebih mampu
milik. Harga runcit seunit= RM 39.90. isipadu= 130 ml.
Setelah cuba
mendapatkan feedback dari pengguna setia kami, kami sebulat suara membuat
keputusan muktamad untuk tidak lagi mencampurkan perapi rambut VCO tu dengan
apa2 jenis minyak lain untuk memaksimumkan keberkesanan produk. Selain itu, bau
juga semakin menarik dan tidak ada lagi bau kelapa yang tidak menyenangkan. Anda boleh rasai sendiri perbezaan strukturnya. seriuss!
Oleh
itu, harga runcit telah dinaikkan kepada RM 46.90 dengan isipadu 130 ml. Dengan
itu, produk yang 100% semulajadi, berkesan dan mengikut citarasa pengguna dapat
kami tampil kepada anda semua. Walaubagaimanapun, kami masih mengekalkan label
yang sama hingga suatu tempoh yang akan dinyatakan kelak. Terima kasih.
Jom kita tingkatkan kesedaran ke arah alam
semulajadi yang lebih selamat dan berkesan . katakan tidak pada bahan kimia
merbahaya. LET'S GO ORGANIC!!! LET'S SUPPORT LOCAL PRODUCT!!!
setiap versi upgraded perapi rambut VCO akan mempunyai sticker ini |
No comments:
Post a Comment