Assalamualaikum
Kereta
buat hal. Terbatuk2 tersengguk dan tersedu-sedan mungkin sedih tuan dia dah
kembali bekerja. Atau mungkin juga saja nak menyusahkan aku yang memang malas
gila nak keluar bila husband ku takda
(miss u bb :p) Sape yang kena gi repair? Akak jugak. so, petang ni terpaksa
juga keluar hantar kereta pastu terus ikut
mama ukur langsir kat pasir tumbuh. Beginilah hidupku yang tak dapat2 lagi keje
sampai sekarang. aku malas nak bersedihkan. Baikla hepi kan diri n think
positif je. Duk umah pun bukan nya pernah boring sampai tak tahu nak buat apa. Serius
banyak keje surirumah ni benonya. Kalau keje boleh la melepak2 kat tempat keje.
Tapi kan ramai rupanya yang bercita2 nak jadi suri rumah. Apa2 je la. Aku just
follow the flow. Mintakjela keje kalau takdapat nggapaapa. Mungkin ini yang
terbaik. Ye, inilah fasa hidup yang terbaik pernah aku rasa setakat ini. tapi
biasalah kan manusia. Tak penah nya puas dengan apa yang ada. Risau tak tentu
pasal mengenai masa depan. Padahal Allah kan ada.
Pada 8 julai
yang lepas, husband I dah bertolak ke Amsterdam untuk meneruskan kerjaya nya.
35 hari kat sana pastu balik untuk beraya selama 35 hari jugak. yeay! Makanya banyak
jugak la masa free untuk aku berblog.
bye bye |
KL to Amsterdam |
Dua malam sebelum dia bertolak, en
saiful ada buat milkshake yang sangat2 sedap.
STRAWBERRY MILKSHAKE
Balik dari
Cameron highland hari tu, ada la beli sikit buah strawberry.
Tak tahu nak
buat apa.
So, Saja2 nak
try buat strawberry milk shake sendiri.
Rasa dia memang
sebijik ngan yang aku minum kat the big red strawberry farm
the big red strawberry farm |
Bahan-bahan:
7-8 biji buah
strawberry
2 gelas susu
segar
4-5 sudu besar
gula
Ais kiub
(sesedap rasa) kalau nak ais lebih, letak la lebih.
Masukkan je
semua bahan-bahan diatas dalam blender pastu blend je sampai hancur…pastu
strawberry milk shake boleh la dihidangkan..
strawberry milk shake |
KURMA MILKSHAKE
Alang2 dah beli
freshmilk besar godang, buat la yang ni pulak.Yang ni memang the best. Memang sumber
pemakanan sunnah. Boleh gantikan segala energizing protein drink dan segala
bagai drink shake yang sedang laris di pasaran sekarang. lagi sedap dan segar
uolls. Nak dekat puasa ni wajiblah kekal bertenaga ye. tambah2 untuk ibu2. Juga
sesuai untuk tenaga suami isteri. Harap faham apa yang aku maksudkan.Tapi kena
rajin lah. kalau malas dan takde masa, baik gi beli ESP Shaklee.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
Fresh milk+
kurma+ almond + kismis + honey
Campurkan semua
bahan sesedap rasa dan sesuka hati. Pastu blend.
minuman tenaga: kurma+almond+honey+kismis milkshake |
Memang nak
pengsan aku minum sebab sedap sangat. Selamat mencuba kawan2
No comments:
Post a Comment