Assalamualaikum…
novel cinta berkat |
Aku memang suka
membaca dari kecil tapi aku tak suka baca buku pelajaran. Aku suka baca buku
yang santai dan mudah faham. Tapi bila masuk sekolah menengah, aku jadi kurang
membaca buku2 santai. Masuk mrsm, boleh dikatakan tak lansung. Masuk u pun
sama. Seingat aku, aku penah baca satu novel, Ombak rindu masa kat u. itu je. Minat
membaca jadi tersekat sebab buku study pun aku tak sempat nak habiskan. Bila dah
keje, ada la start balik baca sikit2. Tapi bila dah jadi suri rumah ni, husband
keje beli buku je. Dalam sebulan tu kadang2 sampai 5-6 biji buku. Hoho. Memang bes..
Hari ni nak review pasal satu buku
sari Fatimah syarha mohd noordin. Sapa tak kenal? Aku start minat tulisan dia masa
baca majalah solusi. Bagi aku penulis ni seorang manusia yang memperjuangkan
cinta suci. Ya, bukan cinta kotor dan penuh dosa yang banyak sangat berleluasa
sekarang ni. tulisan dia memang banyak pasal ni. pasal hubungan cinta antara
lelaki dn perempuan yang halal hanya selepas berkahwin. Dia juga banyak
menitikberatkan pasal cinta yang agung, iaitu cinta kepada Allah. Aku sangat
menghargai usaha dia ni sebab nya kan walaupun kita dah di ajar dengan ilmu
agama (ada tu yang tahfiz lg) tapi tetap tak patuh syariat bila bab hubungan
dengan bukan mahram. Sebab apa jadi gitu? Sebab cinta itu fitrah. Kita ingin
mencinta dan dicintai. Tanpa kita sedar, apa yang kita buat tu mengundang
kebencian Allah. Hidup pun tak berkat. Jadilah tak bahagia.
So,
kita kena sentiasa ada guide dan nasihat pasal ni. bila kita tersasar sikit, kita
baca then kita insaf balik (manusia=insan=pelupa). Oleh itu, buku2 macam ni
sangat sesuai khasnya untuk remaja2 di luar sana. E’eh, bertazkirah pulak hari
ni. aku bukan nak cakap aku baik ye. aku memang manusia yang very2 tak perfect.
Tapi apa aku cakap ni reality hidup yang terpaksa diakui kebenarannya.
Buku
ni menceritakan kisah cinta antara Dr Muslih dengan isterinya, Qani’ah. Walaupun
penulis tak cakap kat sini. Tapi aku yakin 100% yang dia cerita pasal diri dia
dengan suaminya Dr Farhan hadi. Bila baca ni, kita rasa bahagianya cinta yang
berlandaskan syariat ni.
Tapi
kelemahan buku ni, nipis je, penghayatan pun jadi kurang. Pastu, dia macam kurang
dialog,jadi kurang hidup watak2 tuh. Tapi apa2 pun, objektif penulis dah sampai
bagi aku.
Ni
aku nak taip antara nasihat menarik dalam buku ni. Antara je la, nak tahu lebih
lanjut, beli 12 hengget
Ramai kenalanku mengadu bahawa perkahwinan
mereka tidak bahagia. Ada kalangan mereka yang berkonflik dengan pasangan sejak
awak pernikahan.ada juga yang merajuk dengan pasangan pada awal pernikahan
hanya kerana urusan teknikal seperti rombongan lambat sampai. Sesetengahnya,
mengadu suaminya tidak mempedulikan hak batinnya, padahal sebelum kahwin, ‘perkara’
itulah yang menjadi seolah-olah tumpuan utamanya melalui usikan dan perbualan.
Aku juga
hairan melihat pasangan yang asyik bertelagah ketika bercinta tapi akhirnya
tekad untuk berumahtangga. Bila dah kahwin, gaduhnya lebih besar dan pihak
isterilah yang selalu nya jadi mangsa. Setiap hari makan hati berulam jantung. Tak
kurang ada yang sampai bercerai setelah baru setahun jagung berumah tangga.
Bila bermuhasabah,
rupa-rupanya jalan yang mereka lalui untuk tiba ke gerbang perkahwinan
bercampur aduk antara yang halal dan yang haram. Kurang sensitive dengan
perkara2 yg boleh melalaikan hati drp hubungan dengan Allah. Tidak bahagia di
dunia, di akhirat lebih sengsara.
Aku menasihatkan
mereka supaya MENAIKTARAFKAN perkahwinan itu dengan taubat. Jangan sesekali
menyesali jodohmu tapi sesalilah dosa-dosamu. Ingat, usah sekali-kali mengambil
langkah mudah untuk bercerai. Apa puN yang terjadi, berusahalah yang terbaik
untuk mempertahankan ikatan suci itu.
Oleh
itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumahtanggamu dengan maksiat. Sebelum
berkahwin, jodoh untuk mu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan
akhlak yang akan mendampingimu. Nama di dia telah pun tercatat di lohmahfuz
untuk mu namun peribadinya ditentukan oleh peribadi mu. Allah tidak akan
menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan
peribadinya soleh, soleh dan solehahkan lah diri mu.
Gigih aku taip. Peringatan
utk diri sendiri dah semua.
pemilik cintaku @surabaya |
No comments:
Post a Comment