GardenHERBShop: Our dream house
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Tuesday, 17 July 2012

Our dream house


Assalamualaikum…

Hari ni ganti puasa lagi. Lagi  4 hari. Memang tak sempat dah sebab ramadhan lagi 4 hari. Banyak tahun ni nak kena ganti sebab campur ngan tahun lepas2 yang tak sempat nak ganti. Tak pelah bayar fidyah lagi. Apa susah. Dah cuba nak ganti tapi dah tak sempat nak buat camana. Breastfeeding ni memang menguji aku untuk puasa. Lagi satu sebab badan aku yang tersangat kurus sekang ni. so, takde lemak tersimpan jadi cepat lapar. Tengah hari tadi gi inject nisa untuk setahun. Memang delay sebulan lebih dah. 

Hari ni nak cerita tentang angan2 kami tentang rumah idaman. E’eh, Blog ni dah jadi blog peribadi lak. Mula2 ingat nak buat blog lain untuk peribadi punya. Tapi fikir punya fikir bisnes ni hanyalah sambil-sambilan.  Just jual apa yang aku suka pakai  dan tolong mempromote produk tempatan yang sangat berkualiti ini. oleh itu, diumumkan bahawa ini adalah blog harian aku dan bisnes2 tu hanyalah selingan.  

            Tahun lepas husband aku ada membeli satu lot tanah di kawasan pinggir Bandar di daerah bachok. Tujuan asal beli tu hanyalah nak mensecurekan duit simpanan. Yelah, kalau simpan dalam bentuk duit kat bank, terdedah kat inflasi. Kalau beli emas takut hilang pulak. Tapi kan duit kat bank ngan emas fizikal tu kena simpan jugak. bila2 terdesak senang nak guna. Kalau ada yang lebih2 tu barulah boleh simpan dalam bentuk tanah.  

Tanah yang kami beli tu nampak bes. Dah macam taman, dikelilingi oleh rumah2 orang kiri, kanan, belakang, depan. Pendek kata, memang sesuai dan tak takut kalau nak buat rumah kat situ. Harga nya juga memang cepat sangat naik. (nilai rumah kat Kelantan aku tgk lagi mahal dari johor. So, very good prospect) Dah ramai offer nak beli tau. Untung sangat kalau jual. Tapi husband tak nak jual lagi. Dia plan nak buat rumah tanpa loan. So, kalau terdesak2 or sesak2, kami dah ada rumah yang bukan bank punya. Maklumla, kerja macam husband aku ni memang kena beringat. Kalau tak beringat memang boleh bangkrup sebab gaji tak tetap dan pencen takde (harapkan epf lah).  ala senang cerita ala2 bisnesman gitu, auwww.

Ramai orang tanya memang nak menetap kat sini ke? Sebenarnya kami tak de idea kat mana kami nak menetap. Tgk rezeki la kan. Tapi kami rasa kami perlu memiliki rumah untuk masa depan. Sekurang2 kami ada asset. Kalau ditakdirkan kami dapat kerja mana2, rumah kat kampong ni bolehlah dijual atau disewa . Aku rasa tak jadi masalah memandangkan tanah tu hanyalah 2.8 km dengan UMK kampus bachok, dekat ngan pejabat2 kerajaan, 15 km dari Bandar baru kubang kerian dan 20 km dari Bandar kota bharu. Lagi satu, kalau lah bachok jadi pusat pendaratan minyak/gas seperti yang diperjuangkan sekarang ni, memang besla kalau bagi sewa or jual. Berangan tak abis2… tapi kan aku pelik gila ngan orang Kelantan yang tak sokong isu royalty dan isu pendaratan gas tu dapat kat Kelantan. Kita yang untung oi. Don’t be stupid! Aku tak sokong mana2 parti politik. Tapi kalau isu yang mendatangkan keuntungan dan peluang pekerjaan untuk rakyat sini, kenapa nak gaduh sama2 oghe kito. Bersatu lah walau dari parti apa sekalipun untuk kita mendapatkan keuntungan iteww.  (suka hati aku je)

Bila imbas balik zaman2 dulu, aku pernah gitau mama aku yang aku memang tak nak duk Kelantan. Memang 100% tak nak! Aku lagi suka kehidupan aku kat negeri lain. :p Tapi siapalah kita untuk menidakkah takdir Allah pada kita J. pejam celik dah setahun lebih aku duk melepak kat kampung. Pekerjaan husband sebagai offshore man membuatkan aku terus menyebekkan diri di kampung. Bila dah ada anak ni, takde masa pun nak rasa boring or apa2. Seronok je rasa duk kampung. Kalau tgk statistic pertukaran guru, Kelantan adalah negeri paling wanted sekali. Aku patut rasa bersyukur dengan diri aku sekarang. Buat apa nak kejar sangat keinginan kita sebab belum tentu keinginan kita tu terbaik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu.” {Al-Baqarah:216}
“Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”{An-Nisa:19}

Kembali kepada topic asal, Langkah pertama yang dia buat ialah melukis/dapatkan pelan rumah.  Checked. Then, bina model untuk dapatkan gambaran sebenar rumah tu. Taraaa dah 90% siap. Bumbung je takde. Ini semua kerja husband aku. Aku memang tak ambik tahu lansung. Gamba ni aku yang ambik sebab tu hampeh.
first floor

second floor

keluasan rumah dan keluasan tanah yang sebenar mengikut skala 1:50


Sampai di sini saja perkembangan tentang rumah idaman kami. Haha. Terpaksa ditangguhkan atas sebab takde bajet lorr. Sebarang kesulitan amat di kesali. Uk alah, tajuk macam gempaq.  ini je?

Note: terlupa nak tayang hadiah besday anak umi yang ke setahun ini.

Nisaku yang kelakar

No comments:

Post a Comment