GardenHERBShop: Book Review: Art of Deception
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Thursday 21 June 2012

Book Review: Art of Deception


Assalamualaikum…

Skrg ni En Saiful baru beli satu lagi buku. Sebenarnya aku tak berapa minat sangat genre buku yang husband aku baca. Tapi lepas belek2 buku ni, buku ni memang menarik sangat. Banyak perkara yang aku anggap sebagai teori konspirasi, penulis buku ni huraikan setiap peristiwa yang berlaku dengan bukti dan fakta yang lengkap.



Buku ini ditulis bagi membongkar segala penipuan Amerika dan pertubuhan rahsia dibelakangnya satu persatu. Buku ni ditulis oleh Jerry D. Gray bekas United States Air Force, yang kini sudah memeluk Islam dan aktif menjalankan kegiatan dakwah. Beliau kini aktif bergerak ke seluruh Indonesia dan Malaysia untuk menyampaikan ceramah untuk mengajak umat Islam supaya sedar yang hari ini umat Islam sudah tertipu dengan agenda Yahudi dan Amerika.


Secara umumnya buku ini menerangkan penipuan besar peristiwa 911, matlamat New World Order, Organisasi rahsia milik New World Order. Dan yang paling menarik adalah baru aku tahu yang dalam buku ini ada dinyatakan bahawa Napoleon Bonaparte seorang Islam. Ada beberapa buku yang ditulis tentang ini salah satu nya adalah 'Napoleon And Islam' by C. Cherfils. (Boleh wat kajian lanjut pasal ni. Terlalu sedikit maklumat pasal ni).

Digalakkan untuk memiliki buku ini untuk kajian dan peringatan diri sendiri dan ahli keluarga. Semoga memberi pengetahuan yang baru buat kita. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment