GardenHERBShop: Sharing: Mengatasi sembelit untuk ibu lepas bersalin
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Monday, 22 July 2013

Sharing: Mengatasi sembelit untuk ibu lepas bersalin



Dah lama tak cerita pasal diri sendiri, hehe. Hari ni nak update secepat yang boleh. Maklumlah bulan puasa busy sikit. Alhamdulillah usia baby noora dah 2 bulan lebih. Hari ni nak bercerita tentang masalah sembelit yang membelenggu ibu2 lepas bersalin sehingga membawa kepada penyakit buasir. Hehe..

Masa bersalin kali pertama dulu, doctor tak kasi ubat apa2. Lepastu kan, takde orang pulak nak nasihatkan saya tentang sembelit ni. so, saya relak2 jela ingat kan tak kena kat diri sendiri. Sekali ya Allah seksa yang terrrrrrrrramat. Sungguh tak sanggup nak lalui nya lagi. Lepas sembelit kali pertama yang azab itu, saya pun makan buah2 untuk bagi fiber sikit kan bagi kurang sembelit. Tetapi sepertinya mcm sudah terlambat. Sembelit berlaku jugak lepas tu tapi kurang sikit lah. saya ni jenis yang tak di ajar makan ubat dari dulu. Jadi, tak terpk lak nk gi mintak ubat kat klinik.



Lepastu, bila pregnant kali kedua ni, saya jadi sangat berhati2 dan berjaga2. Yela, kita kena learn from mistake. Don’t let the banana cook 2 times. Oleh itu, saya dah set dalam diri jangan ikut petua pantang larang melayu yang ntahapapapapa tu. Iaitu, pertama, kurangkan minum air kononnya takut kat bawah tu berair. Kedua, jangan makan buah takut sejuk angin n bermacam2 lagi ketakutan2 yang telah dimomokkan kepada kita. dan Alhamdulillah mama saya pun jenis kurang percaya dengan pantang larang melayu yang tidak berdasarkan research itu.  Jadi, takde bankangan, pendebatan dan penggahan pendapat. Saya ada dengar prof dr muhaya cakap, kita orang melayu ni banyak sangat pantang larang. Kejap2 “aku memang pantang kalau…” pastu “pantang nenek moyang aku kalau…”. Sebabtu kita lemah katanya. Sikit2 takut sikit2 risau. Makan ni takut makan ni risau. Dia kata lagi, kalau patient dia tanya, “dr, lepas operate ni nak kena pantang apa” dia kata, “pantang makan takde Cuma kena pantang jangan tinggal solat jangan derhaka dll” hehe.. paham tak saya tulis ni. Tak paham takpe.


Oleh yang demikian, saya minum air bergelen2 lagi banyak dari biasa. Sebab nya kita menyusu kan, kena consume air yang lebih, kalau tak macamana susu nak cukup. Saya ada sepupu yang sangat ketat pantang nya, las2 susu lansung tak keluar. Terpaksa bg ank susu formula. ..one more, Jangan risau pasal takut berair kea pa. takde apanya. Kalau jadi gak, pegi beli ektrak kacik Fatimah. Don’t worry be happy.

Untuk buah lak, saya masih elakkan buah2 yang berbiasa utk 3 minggu pertama sebab mama takkasi dan dia ada reason utk tu. So, saya ikut je. Buah2 tu addalah kelapa, nangka pastu saya dah tak ingat. So, saya makan macam2 buah sepanjang berpantang. Anngur yg paling bagus utk elak sembelit. Alhamdulillah, rasa sangat sihat berbanding previous pantang. Dulu, asyik telan panadol je. Rasa seram sejuk macamana ntah. Memang tak bes lah. 

Lepastu, saya juga dibekalkan pil ubat sembelit oleh dr. kalau ikut kena makan hari2 tapi saya tak ikut sangat. Rasa macam 2 hari tak membuang, baru saya telan. So, Alhamdulillah, tak kena sembelit kali ni. 

Kesimpulan, saya dapat menjalani pantang dengan aman dan harmoni menggunakan petua2 di atas dan bantuan  sikit ubat dan suplemen. Sebenarnya, saya pun tak tahu apa yang saya pantang. Masa pregnant pun, saya tak pntang apa2, saya siang ikan, saya pukul lipan sampai mati, halau katak dll. Apa yang penting, jangan takut dan jangan risau kalau niat kita baik. Kalau memang saja nak menzalimi binatang of kos la tak baik kan. percaya pada Allah. Jangan percaya pada sumpahan2 binatang kea pa. takkan berlaku apa2 pun melainkan dengan izin Allah. Takkan sebab siang ikan, tuhan nak bagi kita anak sumbing. Takkan sebab pukul lipan yang bahaya Allah nak bagi anak cacat. Fikir la guna akal ok. Kalau dapat pun, tu semua ujian bukan sebab kita langgar pantang.

Oh ya, sapa2 yang ada buasir boleh cuba extra virgin coconut oil ya (boleh tgk kat katalog :P)
Sekian dari saya yang dah melalut 


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Adakah anda mengalami:

    1)SEMBELIT?
    2)BUASIR?
    3)PERUT SEBU?
    4)PERUT BUNCIT?
    Jom Greenfit ! Greenfit dapat membuang Koprostasis (pengumpulan najis lama di dalam saluran usus).

    Berminat? SMS/Whatsapp 019-9210321 (Mohd Hanis Aman)

    Testimoni: https://www.facebook.com/greenfit4urhealth

    ReplyDelete