GardenHERBShop: Kegunaan VCO untuk ibu-ibu (sebelum dan selepas bersalin)
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Tuesday, 9 April 2013

Kegunaan VCO untuk ibu-ibu (sebelum dan selepas bersalin)




google image: coconut oil and pregnancy

Kelebihan minyak kelapa dara (VCO) adalah banyak. Contohnya untuk  penjagaan kulit, penjagaan rambut, mengekalkan tahap kolesterol, mempertingkatkan imuniti, membaiki penghadaman dan metabolism serta banyak lagi khasiat. Semua khasiat2 ini adalah kerana kehadiran asid laurik dan asid2 lemak yg lain dalam minyak kelapa tu sendiri.

Minyak kelapa sememangnya kaya dengan asid laurik, struktur molekul yang unik yang merupakan anti-virus, anti-bakteria dan anti-kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga terdapat dalam susu ibu manusia. Itulah sebabnya bayi yang diberikan susu badan mempunyai sistem imun yang lebih baik. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disyorkan untuk mengambil 2 - 3 sudu besar VCO setiap hari untuk mendapat jumlah  asid laurik yang mencukupi.

Di sini saya nk senaraikan kegunaan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil atau VCO

Kegunaan sebelum bersalin:
1.      Bila diminum, boleh jadi sebagai minyak selusuh (bertindak sebagai pelincir). Disyorkan minum dari minggu ke 37 sebyk 1 sudu besar, 3 kali setiap hari. Pastu, minum dengan banyak semasa nak bersalin.
2.      Untuk di urut pada perineum bagi mengelakkan koyakan ketika bersalin (episiotomy). Bermula dari minggu ke 30.
3.      Mengelakkan dari sembelit 

Kegunaan selepas bersalin
1.      Untuk mengelakkan atau memudarkan kesan regangan (stretch mark)
2.      Untuk disapukan pada putting payudarda bagi mengelakkan rekahan (cracked nipple). Kalau bayi termakan takpe sebab ianya boleh dimakan. So, better dari krim nipple yang dijual dipasaran.
3.      Dijadikan sebagai baby oil/baby lotion. Jauh lagi baik dari baby oil yang dijual dipasaran yang 100% menggunakan mineral oil. Boleh elak ruam bila disapu pada punggung bayi. 

Pendek kata, VCO ni memang wajib ada bagi semua ibu2 yang bakal melahirkan dan telah melahirkan. insyaAllah, kita akan ceritakan lebih lanjut berkenaan kegunaan2 di atas di lain masa. Dapatkan pure VCO dengan harga yang sangat istimewa ini..

extra virgin coconut oil


Sila klik di sini untuk cara2 membeli

1 comment:

  1. Wife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.

    ReplyDelete