GardenHERBShop: 6 larangan untuk si rambut kerinting
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Saturday 27 August 2016

6 larangan untuk si rambut kerinting


 “Kadang-kala kita terlalu sibuk untuk mengubah apa yang ada pada kita tanpa kita cuba memahami nya, menjaganya dengan baik dan mengelakkan sesuatu yang menyakitinya. Bukan saja pada manusia begitu juga pada apa2 yang kita sayangi termasuklah rambut kita.
Jom kita tengok apakah perkara2 yang perlu dielakkan untuk rambut kerinting. Kami senaraikan 6 perkara yang sangat kritikal untuk anda elak jika ingin mendapatkan rambut kerinting yang sihat dan cantik.

Pertama: sikat rambut ketika kering!
Rambut kerinting sangat senang untuk kusut dan antara perkara yang paling teruk anda lakukan adalah menyikat rambut anda ketika ia kering!
Menyikat rambut yang kering boleh menyebabkan rambut rosak dan bercabang!
Bila rambut anda kering, semburkan sedikit air dan kunci air tersebut dengan menyapu VEGOURZ HAIR TONIC selepas itu.
Gunakan tangan atau sikat yang bergigi jarang sahaja ok!
Usaha tersebut membantu anda mengekalkan rambut yang panjang dan sihat.

Kedua: gunting ketika rambut basah
Takda masalah pun sebenarnya gunting bila2. Tapi jika anda menggunting rambut ketika basah, bila dia dah kering, stye rambut anda akan jadi lain. Sangat lain
 So, jangan gunting rambut dalam keadaan basah. Dan lagi satu, jangan guna razor untuk rambut kerinting kerana rambut anda akan mengalami kerosakan pramatang dan paten pertumbuhan rambut akan jadi ganjil.

Ketiga: shampoo terlalu kerap!
Rambut kerinting secara semulajadinya adalah kering. Bila shampoo minyak semulajadi pada rambut akan hilang dan membuatkan rambut jadi kering dan mengerbang. Bila anda shampoo (seminggu sekali je ye) tumpukan pada kulit kepala sahaja . Yang hujung2 rambut tu biar sabun lalu macamtu je. Tak payah gosok2
Apa pun shampoo yang anda guna, focus pada akar saja dan biarkan air bilasan mengalir pada hujung rambut.
Lagi satu seeloknya larutkan shampoo di dalam cawan berisi air dahulu baru tuang pada rambut
Pernah dengar tak no-poo atau low-poo? Semua tu kaedah2 mencuci rambut tanpa shampoo yang di cadangkan untuk rambut kerinting untuk menjaga minyak semulajadi pada rambut demi mengekalkan rambut yang cantik. (kami tak gunakan teknik itu. Terpulang pada anda ikut keselesaan)

Keempat: tidak melakukan rawatan minyak panas
Rawatan minyak panas menggunakan minyak semulajadi tertentu dapat menghilangkan dan menghalang kerosakan pada rambut. Dengan pembelian produk kami, kami akan ajar anda langkah demi langkah

Kelima: tidak mengunci kelembapan rambut
Sentiasa sapu produk rambut yang melembap dan anti mengerbang
Penting sangat kerana rambut kerinting cenderung kering dan mengerbang. Vegourz hair tonic lah jawabnya. Selain dari melembap, ada banyak lagi kebaikan lain
Sembur air sikit lepastu sapu vegourz hair tonic. Marvellous!

Keenam: jangan lawan kekerintingan rambut anda.
Peluk dan sayangilah dia seadanya. Jangan ubah ok.
Kalau anda rebonding, anda ubah dia. Anda paksa dia berubah, anda tidak menyayangi dan tidak menghargai.
Yang terpenting, sayangi rambut anda
setkan dalam minda  bahawa rambut kerinting adalah cantik jika kita jaga dia betul2. Kita tahu dia cenderung kering. So, kita kena rawat dan lembapkan selalu. Kalau rambut kerinting ni tak cantik, takkan jadi trend kan?

Akhir kata,
“Embrace your curls, and treat them well”
“Hargai kekerintingan rambut anda dan jaga dia betul2”
kami membantu anda menyihatkan, melembutkan dan meluruskan rambut semulajadi


dengan setiap pembelian produk rambut vegourz, anda akan dapat
-          Hair tonic
-          Extra vco
-          Panduan mudah penggunaan untuk mendapatkan keberkesanan 100%


Kami sudah beroperasi 4 tahun dan sangat komited memastikan anda dapat hasil yang terbaik

No comments:

Post a Comment