GardenHERBShop: Ramadhan 2012
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Friday, 3 August 2012

Ramadhan 2012


Assalamualaikum…

gambar hiasan

Hari ni adalah 15 ramadhan. Dah separuh bulan dah puasa. Bila tak pegi terawih tak terasa sangat bulan ramadhan.  Nak pergi ngan nisa nya macam susah. Sebenanya boleh je. Mama aku cakap kat masjid tu budak 2 bulan pun diorang bawak. Mungkin ada sesetengah  orang berpendapat wanita duk umah sudah. Masjid bia orang laki je pergi. Tapi bagi aku elok pegi, rasa lebih puas dari solat kat umah. Sebab pernah duk asrama/kolej kan dulu. Tiap2 malam solat terawih, rasa bes sangat. Apa2 pun memebebel je lebih aku ni. yang sebenarnya, aku malas. Tapi kan, dulu aku ada jiran yang anak 2. Sorang 2 tahun sorang 5 bulan. Dia selalu bawak gi masjid. Macam2 dugaan ngan budak2 tuh. Tapi aku boleh bayangkan kenangan tu mesti seronok bila diorang ingat balik. Pastu, boleh dekatkan anak2 ngan masjid sejak kecik lagi dll. Ekceli, budak2 suka main dalam masjid. Tapi orang2 tua kenalah sporting, jangan lah marah budak2. Jadikan masjid mesra kanak2. Hehe

            Macamana persiapan raya? Aku sangatlah ala kadar. Sebab nya memang aku tak suka over2. Semua nya aku suka simple. Baju raya berapa pasang? Satu je sebab tak sempat jahit. Aku tak pernah beli baju yang ready made kecuali tahun lepas. Memang tak suka tak suka tak suka. Walaupun orang nampak cantik tapi aku yang memakainya sangatlah tak bes. Kain senteng. Biasalah, aku kan saiz PanAsia mana nak sama ngan saiz standard orang Malaysia :p. So, walaupun baju selai je, aku sanggup lagi recycle baju tahun2 lepas dari beli ready made. Baju nisa lak, biasa2 jugak. ada 5 pasang. 1 baju kurung, 1 gown, 3 passang seluar ngan tshirt. Brand pun biasa2 je. Cuma, baju husband belum beli lagi. Tak sempat hari tu. Tapi takpe, baju melayu berlambak kat mana2. 

            Persiapan juadah raya pulak, ringkas jugak. biskut buat sendiri je. Plan nya nak buat 4 jenis yang mudah2, cornflake madu, akmond London, choc chip, tart nenas. Yang dah siap cornflake madu ngan almond London sikit. Rasa macam nak buat 2 jenis je pulak. Warm warm chicken shit! Tgklah nanti macamana. Yang lemah nya bila buat biskut raya sendiri ni, aku suka makan. Serius! Cornflake buat 2 balang besar, satu balang dah licin. Geram pulak ingat balik.  

Bila diingatkan pasal raya, takdelah aku teruja sangat. Nape ye? Aku sebenanya seorang manusia yang tak suka menziarah-ziarah rumah orang terutamanya rumah saudara-mara. Sebab? Aku rasa rendah diri. Malu pun ada. Sebab? Tak tahu lah. sebenanya bukan aku sorang, ramai dah orang2 kita sekarang ni jenis yang tak pergi lansung umah saudara mara. Situasi ini tak boleh dibiarkan. Nanti lama2 anak2 kita pun tak suka nak ziarah umah orang. Hari raya tgk tv je. Sedara mara haram tak kenal. Tak bes la kan. lagipun, ziarah menziarahi tu lah mengeratkan silaturrahim.  Ceramah2 pun dah banyak cerita pasal silaturrahim ni.
Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)

 “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

Dan yang paling bes sekali, sapa2 yang nak rezeki nya banyak, cepat dapat kerja, cepat kaya dsb, jomlah kita eratkan silaturahim sebabnya dalam hadis dah gitau
Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim)

Rezeki ni luas. Bukan duit saja. Kesihatan yang baik rezeki, masa yang lapang rezeki, dapat beli brang murah rezeki, anak tak buat perangai pun rezeki. Macam2 lah kan.. 

Sebenanya apa yang aku tulis kat sini adalah nasihat untuk diri sendri. Mesti orang kata aku ni bajet ustazah kan. cakap la apa2, ana tak kisah :p. 

rindulah



No comments:

Post a Comment