Dah
lama tak cerita pasal diri sendiri, hehe. Hari ni nak update secepat yang
boleh. Maklumlah bulan puasa busy sikit. Alhamdulillah usia baby noora dah 2
bulan lebih. Hari ni nak bercerita tentang masalah sembelit yang membelenggu ibu2
lepas bersalin sehingga membawa kepada penyakit buasir. Hehe..
Masa
bersalin kali pertama dulu, doctor tak kasi ubat apa2. Lepastu kan, takde orang
pulak nak nasihatkan saya tentang sembelit ni. so, saya relak2 jela ingat kan
tak kena kat diri sendiri. Sekali ya Allah seksa yang terrrrrrrrramat. Sungguh tak
sanggup nak lalui nya lagi. Lepas sembelit kali pertama yang azab itu, saya pun
makan buah2 untuk bagi fiber sikit kan bagi kurang sembelit. Tetapi sepertinya
mcm sudah terlambat. Sembelit berlaku jugak lepas tu tapi kurang sikit lah.
saya ni jenis yang tak di ajar makan ubat dari dulu. Jadi, tak terpk lak nk gi
mintak ubat kat klinik.
Lepastu,
bila pregnant kali kedua ni, saya jadi sangat berhati2 dan berjaga2. Yela, kita
kena learn from mistake. Don’t let the banana cook 2 times. Oleh itu, saya dah
set dalam diri jangan ikut petua pantang larang melayu yang ntahapapapapa tu. Iaitu,
pertama, kurangkan minum air kononnya takut kat bawah tu berair. Kedua, jangan
makan buah takut sejuk angin n bermacam2 lagi ketakutan2 yang telah dimomokkan
kepada kita. dan Alhamdulillah mama saya pun jenis kurang percaya dengan
pantang larang melayu yang tidak berdasarkan research itu. Jadi, takde bankangan, pendebatan dan
penggahan pendapat. Saya ada dengar prof dr muhaya cakap, kita orang melayu ni
banyak sangat pantang larang. Kejap2 “aku memang pantang kalau…” pastu “pantang
nenek moyang aku kalau…”. Sebabtu kita lemah katanya. Sikit2 takut sikit2
risau. Makan ni takut makan ni risau. Dia kata lagi, kalau patient dia tanya, “dr,
lepas operate ni nak kena pantang apa” dia kata, “pantang makan takde Cuma kena
pantang jangan tinggal solat jangan derhaka dll” hehe.. paham tak saya tulis
ni. Tak paham takpe.
Oleh
yang demikian, saya minum air bergelen2 lagi banyak dari biasa. Sebab nya kita
menyusu kan, kena consume air yang lebih, kalau tak macamana susu nak cukup. Saya
ada sepupu yang sangat ketat pantang nya, las2 susu lansung tak keluar. Terpaksa
bg ank susu formula. ..one more, Jangan risau pasal takut berair kea pa. takde
apanya. Kalau jadi gak, pegi beli ektrak kacik Fatimah. Don’t worry be happy.
Untuk
buah lak, saya masih elakkan buah2 yang berbiasa utk 3 minggu pertama sebab
mama takkasi dan dia ada reason utk tu. So, saya ikut je. Buah2 tu addalah
kelapa, nangka pastu saya dah tak ingat. So, saya makan macam2 buah sepanjang
berpantang. Anngur yg paling bagus utk elak sembelit. Alhamdulillah, rasa
sangat sihat berbanding previous pantang. Dulu, asyik telan panadol je. Rasa seram
sejuk macamana ntah. Memang tak bes lah.
Lepastu,
saya juga dibekalkan pil ubat sembelit oleh dr. kalau ikut kena makan hari2
tapi saya tak ikut sangat. Rasa macam 2 hari tak membuang, baru saya telan. So,
Alhamdulillah, tak kena sembelit kali ni.
Kesimpulan,
saya dapat menjalani pantang dengan aman dan harmoni menggunakan petua2 di atas
dan bantuan sikit ubat dan suplemen. Sebenarnya,
saya pun tak tahu apa yang saya pantang. Masa pregnant pun, saya tak pntang
apa2, saya siang ikan, saya pukul lipan sampai mati, halau katak dll. Apa yang
penting, jangan takut dan jangan risau kalau niat kita baik. Kalau memang saja
nak menzalimi binatang of kos la tak baik kan. percaya pada Allah. Jangan percaya
pada sumpahan2 binatang kea pa. takkan berlaku apa2 pun melainkan dengan izin
Allah. Takkan sebab siang ikan, tuhan nak bagi kita anak sumbing. Takkan sebab
pukul lipan yang bahaya Allah nak bagi anak cacat. Fikir la guna akal ok. Kalau
dapat pun, tu semua ujian bukan sebab kita langgar pantang.
Oh ya, sapa2
yang ada buasir boleh cuba extra virgin coconut oil ya (boleh tgk kat katalog
:P)
Sekian dari saya
yang dah melalut