GardenHERBShop: 2016
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Saturday, 27 August 2016

6 larangan untuk si rambut kerinting


 “Kadang-kala kita terlalu sibuk untuk mengubah apa yang ada pada kita tanpa kita cuba memahami nya, menjaganya dengan baik dan mengelakkan sesuatu yang menyakitinya. Bukan saja pada manusia begitu juga pada apa2 yang kita sayangi termasuklah rambut kita.
Jom kita tengok apakah perkara2 yang perlu dielakkan untuk rambut kerinting. Kami senaraikan 6 perkara yang sangat kritikal untuk anda elak jika ingin mendapatkan rambut kerinting yang sihat dan cantik.

Pertama: sikat rambut ketika kering!
Rambut kerinting sangat senang untuk kusut dan antara perkara yang paling teruk anda lakukan adalah menyikat rambut anda ketika ia kering!
Menyikat rambut yang kering boleh menyebabkan rambut rosak dan bercabang!
Bila rambut anda kering, semburkan sedikit air dan kunci air tersebut dengan menyapu VEGOURZ HAIR TONIC selepas itu.
Gunakan tangan atau sikat yang bergigi jarang sahaja ok!
Usaha tersebut membantu anda mengekalkan rambut yang panjang dan sihat.

Kedua: gunting ketika rambut basah
Takda masalah pun sebenarnya gunting bila2. Tapi jika anda menggunting rambut ketika basah, bila dia dah kering, stye rambut anda akan jadi lain. Sangat lain
 So, jangan gunting rambut dalam keadaan basah. Dan lagi satu, jangan guna razor untuk rambut kerinting kerana rambut anda akan mengalami kerosakan pramatang dan paten pertumbuhan rambut akan jadi ganjil.

Ketiga: shampoo terlalu kerap!
Rambut kerinting secara semulajadinya adalah kering. Bila shampoo minyak semulajadi pada rambut akan hilang dan membuatkan rambut jadi kering dan mengerbang. Bila anda shampoo (seminggu sekali je ye) tumpukan pada kulit kepala sahaja . Yang hujung2 rambut tu biar sabun lalu macamtu je. Tak payah gosok2
Apa pun shampoo yang anda guna, focus pada akar saja dan biarkan air bilasan mengalir pada hujung rambut.
Lagi satu seeloknya larutkan shampoo di dalam cawan berisi air dahulu baru tuang pada rambut
Pernah dengar tak no-poo atau low-poo? Semua tu kaedah2 mencuci rambut tanpa shampoo yang di cadangkan untuk rambut kerinting untuk menjaga minyak semulajadi pada rambut demi mengekalkan rambut yang cantik. (kami tak gunakan teknik itu. Terpulang pada anda ikut keselesaan)

Keempat: tidak melakukan rawatan minyak panas
Rawatan minyak panas menggunakan minyak semulajadi tertentu dapat menghilangkan dan menghalang kerosakan pada rambut. Dengan pembelian produk kami, kami akan ajar anda langkah demi langkah

Kelima: tidak mengunci kelembapan rambut
Sentiasa sapu produk rambut yang melembap dan anti mengerbang
Penting sangat kerana rambut kerinting cenderung kering dan mengerbang. Vegourz hair tonic lah jawabnya. Selain dari melembap, ada banyak lagi kebaikan lain
Sembur air sikit lepastu sapu vegourz hair tonic. Marvellous!

Keenam: jangan lawan kekerintingan rambut anda.
Peluk dan sayangilah dia seadanya. Jangan ubah ok.
Kalau anda rebonding, anda ubah dia. Anda paksa dia berubah, anda tidak menyayangi dan tidak menghargai.
Yang terpenting, sayangi rambut anda
setkan dalam minda  bahawa rambut kerinting adalah cantik jika kita jaga dia betul2. Kita tahu dia cenderung kering. So, kita kena rawat dan lembapkan selalu. Kalau rambut kerinting ni tak cantik, takkan jadi trend kan?

Akhir kata,
“Embrace your curls, and treat them well”
“Hargai kekerintingan rambut anda dan jaga dia betul2”
kami membantu anda menyihatkan, melembutkan dan meluruskan rambut semulajadi


dengan setiap pembelian produk rambut vegourz, anda akan dapat
-          Hair tonic
-          Extra vco
-          Panduan mudah penggunaan untuk mendapatkan keberkesanan 100%


Kami sudah beroperasi 4 tahun dan sangat komited memastikan anda dapat hasil yang terbaik

Tuesday, 16 August 2016

shampoo yang sesuai untuk pengguna vegourz

berapa kali kena shampu??

Well, semua syarikat shampu takkan bagitahu benda ni. Kalau di lihat pada label selalunya mereka cadangkan setiap hari.. Pls jangan follow terutama bila anda berambut kerinting dan tebal 

Anda mungkin susah nak dapat kesan yang baik walaupun dah guna produk kami. 

Yang sebetulnya shampu hanya diperlukan bila
✋kepala rasa gatal
✋terdapat kepingan2 kekotoran yang keluar
Itu saja!

Taknak text panjang2, Mengikut kajian, dapat disimpulkan󾮚

Shampu seminggu sekali = terbaik 
Shampu 2 kali seminggu= baik 

Shampu hari2 = sangat tidak baik 
Tidak shampu lansung selama 3 minggu =tidak baik 

Lagi kurang shampu lagi bagus!
Kenapa?
Shampu akan menyingkirkan kelembapan rambut dan kulit kepala anda. Lalu menjadikan ia bermasalah! 

Anda boleh saja memBASUH rambut anda pada setiap hari tapi elakkan menyampu hari2. 

Dengan produk kami, anda tidak perlu risau dengan bau HAPAK. VEGOURZ product mempunyai antibakteria semulajadi yang mengelakkan bau hapak berlaku 

"Curly hair types should take notice of washing hair frequently (especially with harsh sulfates). It strips the hair of the natural oils. You can consider a co-wash (using a conditioner instead of shampoo) or use a sulfate-free shampoo if washing more than twice a week, says Jane Nyachiro of hair brand Jirano.

Kalau masih tak faham boleh inbox atau wa kami 016-7453979

Bila follow ni, anda akan dapat rambut yang anda inginkan selepas menggunakan produk kami

Bila kurang shampu, save la shampu. Jadi bolehlah kalian beli shampu yang mahal2. Ye tak? Saya suka beli shampu kecik dan mahal. sulfate-free misalnya

Monday, 15 August 2016

Panduan mencuci rambut untuk pengguna vegourz

Setiap individu adalah berlainan. Terdapat pelbagai produk dan teknik penjagaan rambut yang diperkenalkan.  Ia memerlukan kesabaran dan keinginan untuk kita memahami  apa yang sesuai untuk rambut kita. Bila bercakap pasal cleanser untuk rambut, ada pelbagai kategori sebenarnya.

Pertama, shampoo!
Shampoo adalah pembersih rambut yang paling popular. Kandungan nya pelbagai. Dikatakan kandungan sulfate didalamnya menyebabkan rambut kering terutamanya untuk yang berambut kerinting. Rambut kerinting sangat cenderung untuk jadi kering.

Kedua, co-wash
Co-wash sebenarnya singkatan dari ”conditioner-wash” bermaksud kita skip shampoo terus dan basuh rambut hanya menggunakan conditioner. Conditioner yang dicadangkan adalah “cleansing conditioner”. Dikatakan cara ini lebih lembut untuk rambut kerinting kerana ianya memelihara minyak semulajadi pada rambut. tetapi keburukannya, kena pilih yg betul2 sesuai kerana walaupun lembap ia boleh membuat kegatalan pada kulit kepala (boleh tutup pori2 jika kandungannya tidak sesuai)

Selain dari dua pembersih tersebut, terdapat banyak lagi kategori seperti “clay”, “diluted castle soap” dan bermacam2 lagi. Terpulang pada anda untuk memilih yang mana. Anda perlu peka dan sabar untuk mencari yang terbaik.

Tapi kalau rasa takda masa nak fikir, boleh ikut cadangan kami.

Cadangan kami
Bagi kami, shampoo juga perlu untuk membuang kotoran dan daki yang terlekat. Tetapi penggunaannya perlu dihadkan. Serta pilihlah shampoo yang lembut yang biasanya ditulis “sulfate-free” dan sebagainya. Penggunaan yang dicadangkan adalah sekali seminggu. Contohnya hari jumaat sahaja.

Selain dari hari jumaat(contohnya), anda boleh membasuh rambut anda hanya dengan menggunakan air sahaja. Pada bilasan terakhir boleh juga isikan gayung dgn air suam yang dititiskan minyak essential. Itu saja.


Boleh guna produk di atas yg mengandungi minyak essential  serai wangi dan minyak kayu putih. Selain mempunyai khasiat yg sangat bagus, ia juga mempunyai khasiat aromatherapy iaitu menenangkan. Baik untuk hilangkan stress dan macam2 lagi. Boleh google

Jangan risau, rambut anda tidak akan berbau hapak bila sapu vegourz hair tonic lepastu kerana produk kami mengandungi antibakteria semulajadi yang tidak menyebabkan bau hapak walaupun rambut anda basah atau anda bertdung seharian

Akhir kata. baca ni





Tuesday, 19 January 2016