Assalamualaikum
Alhamdulillah
atas sambutan menggalakkan ke atas produk Vegourz baby oil kami. Banyak feedback2
positif yang kami dapat yang sesetengah nya kami abadikan dalam facebook page
kami. Sudah tentu khasiatnya adalah dari kandungan utamanya iaitu minyak kelapa
dara extra.
Kalau disebut
minyak kelapa dara untuk baby, ramai yang mengetahui khasiatnya dalam merawat
rashes, eczema dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa minyak
kelapa boleh juga menghalang serangga (nyamuk dan sebagainya) dari menyerang kulit
yang dipakai minyak kelapa. Wlaupun bukan 100% tapi ia banyak membantu. Cubalah.
Kesannya juga akan bertambah bila dicampurkan essential oil (serai wangi lemon
atau lavender). InsyaAllah kami akan menambahbaik produk kami dari masa ke
semasa
Lagi satu, untuk
kulit yang digigit serangga, sapukan vegourz baby oil/vegourz extra vco pada
tempat gigitan, memang cepat hilang !!
Bagaimana menghilangkan
kegatalan yang disebabkan oleh gigitan serangga?
Gigitan
dari serangga/pepijat menyebabkan reaksi alergi pada permukaan kulit. Ini
adalah kerana bahan kimia yang dilepaskan
oleh serangga tersebut semasa menggigit kita. Bahan kimia ini lah yang
menyebabkan kegatalan.
Walaubagaimanapun,
gigitan tersebut tidaklah menyebabkan penyakit dan tidak menimbulkan masalah
kesihatan. (Tetapi jika symptom dari gigitan tersebut bertambah teruk,
dinasihatkan jumpalah doctor). Bila digigit serangga contohnya nyamuk atau
semut, kita dinasihatkan untuk tidak menggaru kerana akan menyebabkan kulit
jadi luka seterusnya boleh menjadinya infeksi pada kulit. Tetapi, menahan dari
menggaru itu bukanlah satu tugas yang mudah J
Langkah
pertama dalam mengurangkan gatal adalah dengan membasuh kawasan yang terlibat
di dalam air suam dan kemudian takap ais untuk melegakan keradangan.
Ada pelbagai
krim dan salap Medicated di pasaran yang boleh melegakan gatal . Walau
bagaimanapun, untuk rawatan yang berkesan anda perlu mencuba minyak kelapa dara.
Anda boleh sapu minyak tersebut terus kepada kulit dan urut perlahan-lahan.
Minyak
kelapa dara memiliki banyak manfaat kerana ia bertindak sebagai anti radang,
anti jangkitan dan pelembap untuk kulit. Apabila kita sapu minyakkelapa dara,
kita akan rasa kelegaan segera. Selain
itu, minyak kelapa dar juga menggalakkan proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Satu
lagi rawatan yang berkesan ia dengan mencampurkan minyak kelapa dara dengan
minyak lavender (enam titik), minyak oregano (lima titis) ke dalam minyak
kelapa dara (dua auns). Masukkan campuran tersebut ke dalam botol semburan dan
sapu setiap beberapa jam.
Menggunakan
minyak kelapa dara adalah satu rawatan semula jadi yang menbantu dalam
melegakan kegatalan oleh gigitan serangga/pepijat. Anda boleh menggunakan
minyak ini seberapa kerap yang diperlukan tanpa sebarang kesan sampingan
Whatsapp 0177099723
untuk tempahan
rujukan:http://virgincoconutoiluses.com/relieve-bug-bite-itchiness-using-virgin-coconut-oil/