Hari ni adalah hari yang sangat takde mood.
Tak tahu kenapa. Oleh itu, saja takde
keje nak ceramah kat diri sendiri tentang solat subuh sebab terbaca pasal ni tadi. Nak bagi motivasi
kat diri sendiri yang liat nak bangun. Maklumlah, tak keje kan.
Waktu
subuh terlalu lah besar kelebihannya. Saidina Umar yang ditikam dengan parah
dan kritikal sekali, tapi bila dikejutkan time subuh dia bangun jugak lalu
berkata “tidak akan mendapat keuntungan dalam islam bagi mereka yang
meninggalkan solat” T_T. solat subuh berjemaah pula menjadi penanda aras bagi
keteguhan agama islam. Waktu subuh juga dipilih oleh sahabat2 Rasulullah
seperti Khalid Alwalid, Yusuf bin tashifin (panglima perang muslim), panglima
Qutuz, salehuddin AlAyubi dan Sultan Muhammad Al faith untuk memulakan agenda2.
Bukan
tokoh2 muslim sahaja, tokoh2 berjaya
zaman sekarang seperti Oprah, Bill Gates semuanya mengutamakan waktu
pagi untuk kerja mereka. Jika ingin berjaya, hendaklah kita meneladani orang
yang berjaya. Ini prinsip dalam memburu kejayaan.
Jom
tgk hadis dan ayat AlQuran yang ada menceritakan tentang waktu subuh.
“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu
pagi” – Riwayat al-tirmizi
“pada waktu perang Badar, Rasulullah solat
subuh pada awal fajar, kedudukan baginda pada saat itu sangat hamper dengan
musuh lalu baginda memerangi mereka” –Riwayat al-Nasa’i
Allah telah bersumaph dengan kuda2 yang
digunakan dalam jihad di jalan Allah pada waktu Subuh.: “Demi kuda perang yang
berlari kencang dengan terengah-engah, dan kuda yang mencetuskan api dengan
pukulan kuku kakinya dan kuda yang menyerang dengan tiba2 pada waktu subuh”
(surah al-Adiyat 100: 1-3)
Ramai
golongan pekerja sanggup bangun awal takut punch card merah, ramai pelajar
mampu bangun awal takut cikgu marah. Tapi bukan mudahuntuk bangun dari tidur
semata2 untuk solat subuh. Kita terpaksa berperang dengan diri sendiri untuk
itu.
“
Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika tidur. Dengan
setiap lilitan syaitan membisikkan ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila
dia bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila di
aberwuduk lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah
lilitan ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia kan
terbawa lembap dan malas.” –Riwayat al Bukhari dan muslim.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya solat
yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka
mengetahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi
kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh
melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan
seseorang mengimami solat bersama orang lain. Kemudia beberapa orang lelaki
berangkat bersamaku dengan membawa kayu terika, mendatangi kaum yang tuidak
hadir solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka. (Riwayat al Bukhari dan
Muslim)
Jelaslah,
hanya orang yang berjaya mengalahkan musuh batinnya sahaja (syaitan dan hawa
nafsu) akan diberi kekuatan dan bantuan oleh Allah bagi mengalahkan musuh
zahirnya (Yahudi, Nasrani dan orang munafik). Inilah kunci kejayaan Rasulullah
dan para sahabat menewaskan musuh islam. Mana mungkin umat yang gagal
mengangkat selimut untuk bangun solat subuh secara berjemaah mempunyai
kemampuan untuk mengerahkan tenaga dan seluruh upayanya untuk membangunkan
islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan Negara? Pendeta Yahudi pernah
menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan orang islam kecuali apabila berlaku
satu keadaan, yakni apabila jumlah Jemaah umat islam yang solat subuh menyamai
jumlah Jemaah solat jumaat.
Bukan
sahaja berjaya dalam medan perang, umat yang menjaga solat subuhberjemaah juga
akan berjaya dalam bidang perniagaan. Contohnya, Sakhr al-Ghamidi yang kaya
raya selepas mendengar kata-kata Rasulullah tentang keberkatan pada waktu pagi.
Jelaslah,
umat yang kuat adalah umat yang berjaya bangun awal pagi dan solat subuh
(berjemaah kalau lelaki). Memang bukan senang nak buat semua tu…
Source: Solusi isu 36
Source: Solusi isu 36
minggu depan en saiful balik! yeayyy