Assalamualaikum..
Bye2 2012 dan
selamat datang 2013. Tahun 2012 adalah tahun yang sangat seronok untuk aku.
biasalakan, hidup manusia ni ada tahun happy ada tahun sedih. Slah satu sebab
kenapa aku hepy ialah sebab tak keje dan boleh melayan anakanda tersayang. Walaupun begitu, aku dapat belajar satu benda yang bagi aku penting sebenarnya untuk
semua orang iaitu PROMOSI. Sebelum ni belajar sikit2 tu pun teori je. Kali ni,
memang belajar secara praktikal macamana nak mempromosikan sesuatu. Dan sebab
tu jugaklah blog syok sendiri ni di create.
Pernah tak baca buku ‘Rich dad poor
dad’ by Robert TKiyosaki? Buku tu dah lama sebenanya tapi glamor. Ramai yang
dah baca. Dia cerita macamana nak urus kewangan kita supaya hidup kita bebas
tak terbelenggu dek hutang. Dalam tu dia ada cerita tentang kepentingan
promosi. Kemahiran yang perlu ada oleh semua orang. Robert kata tak kira apa
pun pekerjaan kita kita mesti pandai mempromosikan sesuatu (tak kisahla diri
kita, barangan atau perkhidmatan).
Sekarang ni, produk Shaklee sangat
meletup oleh kerana ramai nya yang jadi ahli dan mempromosikan produk kesihatan
dari US ni. aku pun terpengaruh n dah beli pun. Memang hebat penangan pengedar2
nya yang rata2 dari golongan pberpendidikan tinggi.Tak dinafikan memang produk
tu bagus ikut pengalaman aku guna. Tapi bila baca satu komen di wall seorang
kawan yang juga pengedar Shaklee ni, aku
jadi tak setuju. Yang komen tu kata “apa
la ko duk sibuk sangat promot benda ni. kita belajar tinggi2, buat la ikut
kepakaran kita. bab jual2 tu bagi la yang tak sekolah tinggi.” Huh, apa ko ingat
keje promote2 sale2 ni senang/bodoh snagat ke? Dah tu kerja engineer tu
intelligent sangat? Sepanjang aku keje sebagai engineer 2 tahun, banyak je
keje2 bodoh (budak darjah 1 pun boleh buat) aku buat. Takdelah semua nya
gempak. Adatlah tu. Kerja2 promotion dan sale ni lagi menguji minda dan emosi.
Aku rasa lah. so, jangan hina or kutuk. Lagipun, 9/10 dari rezeki kat atas muka
bumi ni kan dari perniagaan.
Macam aku, walaupun produk yang aku
jual ni tak glamor n tak lah untung besa tapi aku suka sebab mencabar dan boleh
tolong pasarkan produk orang islam yang dikilangkan sendiri. Dan yang paling
penting sekali aku percaya kepasa produk organic ni memang bagi long term
effect yang bagus.
Perancangan tahun ni, aku nak
belajar banyak benda lagi. Masak, fotographer, jahit dan juga pendidikan awal
kanak2. Belaja sikit2 la kan. takde la nak kena bagi expert semua. Sekang ni
masa untuk kumpul skill. Duit tu nanti2 la fikir. Sementara ada penaja ni (en
saiful), kita upgrade skill dulu. Bila dah banyak skill aku belajar, nanti2
senang lah aku buat duit pastu bagi en saiful lak belaja. Hehe. Tapi aku tak
nak amik phd. Tak minat sebab takleh nak apply dalam kehidupan harian. Lagipun,
dulu ada tolong member2 yang ambik phd. Tak bes dan sangat memboringkan…
Lain2
perancangan bisnes tahun ni adalah zero sebab nak tumpu kat benda lain. Yeehaa..
tapi bisnes run cam biasa. Terima kasih pada yang membeli. Suka sebab blog yang tak seberapa ni boleh bagi
pendapatan jugak sedikit sebanyak. Mission completed!!