Assalamualaikum..
Ingin
cantik dan sihat? Jawapannya ialah makan buah. Buah sememang nya sangat sedap.
Kepelbagaian warnanya menunjukkan kepelbagain nutriennya. Menurut pemerhatian
aku, buah yang kaler lebih kureng sama mempunyai khasiat yang juga lebih kurang
sama. Contohnya, mangga dan labu yang bewarna kuning mempunyai beta carotene
yang tinggi. Mungkin beta karotene itu sendiri yang bewarna kuning/oren
(memandai2 :p). Oleh itu, kita kena makan berbagai warna buah untuk mendapatkan
kepelbagaian khasiat/nutrient/vitamin.
kulit yang sihat dan cantik juga boleh dicapai melalui pemakanan buah.
Sebab tu kulit aku tak berpa nak cantik sebab kurang makan buah. Bukan tak
suka, tapi dari kecik mama aku jarang beli pastu malas nak kupas! Walaupun dah di
ambang 30 an, tapi rasanya nak amalkan pemakanan buah ni sebab lebih baik
lambat dari tidak lansung (better late than never). Lagi satu, aku nak galakkan
lah anak2 aku ni makan buah dari kecik. Jangan jadi macam umi dia yang dah
banyak kali kena eczema baru nak insaf.
Actually, kulit yang cantik jugak ikut genetic kan.
Kalau
kita tengok makanan kesihatan dan kecantikan yang berlambak kat pasaran
kebanyakannya mengandungi ekstrak buah. Memang buah itu penting! Walaupun ianya
sedap, tapi tetap jugak kurang pengambilannya dalam diet kita. Kenapa? Mengikut
analisi aku sendirik sebabnya adalah
- Sebab terlupa
- Malas nak kupas
- Tak dihidangkan semasa makan
- Tak beli
Oleh
itu, langkah2 mengatsi nya adalah:
- Pastikan rumah sentiasa ada buahan. Kupas, Potong kecik2 masuk dalam berkas letak dalam peti ais (utk kekalkan kesegaran). So, bila kita/ahli family kita bukak peti boleh terus nampak dan terus makan. Then, takda lah isu terlupa atau malas nak kupas,
- Jangan lupa hidangkan buah setiap kali waktu makan. Sebelum makan makanan utama, makan buah dulu.
- Selalu ingatkan ahli keluarga dan diri sendiri supaya beli buah bila ternampak orang jual. Bukan mahal pun.
- Selalu ingatkan diri/ahli keluarga tentang khasiat buah-buahan.
Untuk
anak2 kecil pula, galakkan diorang makan buah.
Tak payah nak berjimat bab makanan berkhasiat. Cara2nya:
- Kita kena jadi contoh teladan. Kalau kita makan, anak akan ikut.
- Time sarapan, masukkan buah yang kalerful tuh dalam bijiran mereka. Pasti berselera
- Kalau makan kat luar pun, pastikan menu yang kita pilih ada buahan. Contoh: kerabu mangga, kerabu betik, jus oren, jus tembikai
- Masa beli buah, Tanya anak dia suka buah apa dan belikan. Hidang buah dengan cara yang kreatif.
- Tak semestinya makan begitu sahaja. Boleh makan jugak dengan yogurt atau coklat.
- Kalau ada kawasan untuk tanam buah, ajak nak tanam sama. Biar dia jaga, siram dan baja sendiri. Bila buah masak, biar dia petik. Mesti dia excited habis!
Jom
makan buah banyak2. Overdose pun takpe sebab kandungan gula nya adalah asli.
Kalau gula lain, boleh buat anak kita terlebih aktif. Natural is always better.
Contohnya, VCO yang saya jual ini. Sila klik pada image2 di sebelah kanan blog.
:P
ready to eat: rambutan
ready to ngap: mangga
honeydew
Banyak
lagi gamba buah nak upload tapi tak tau napa takleh nak transfer gamba dari
henfon ni. henfon ni suka sangat wat perangai. Rasanya sebab dah pening selalu
kena tekan kuat gila ngan nisa. dia nampak kita duk touch screen dia nak wat
jugak. tapi dia bukan touchscreen dia lenyekscreen.
nisa tidur atas papa. abaikan baju yang tak berlipat . lagi 23 hari
No comments:
Post a Comment