GardenHERBShop: komponen dalam VCO untuk kesihatan rambut
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Thursday, 10 May 2012

komponen dalam VCO untuk kesihatan rambut

ASID LAURIC: Salah satu sebab yang paling UTAMA di sebalik kejatuhan rambut dan keguguran rambut adalah tindakan mikrob atas kulit kepala dan akar rambut. Jadi, untuk melindunginya, apa yang kita perlukan adalah agen antimikrobial. Hadir Asid Laurik dalam Minyak Kelapa adalah salah satu daripada agen ini. Ia pada dasarnya ialah trigliserida yang menghasilkan monoglyceride yang dipanggil Monolaurin. Monolaurin ini mempunyai bahan antimikrob yang SANGAT bagus.

ASID CAPRIC: Ini adalah satu lagi trigliserida yang hadir dalam minyak kelapa, yang mana, seperti Asid Laurik, ia menghasilkan satu lagi monoglyceride dipanggil Monocaprin, mempunyai sifat-sifat antimikrobial yang serupa dengan monolaurin.

VITAMIN E: Hampir setiap orang mengetahui kepentingan vitamin E untuk kulit dan rambut. Ia memastikan kulit kepala dan kulit sihat manakala rambut diremajakan

MOISTURE RETAINING CAPACITY: Minyak Kelapa mempunyai Moisture Retaining Capacity  (kapasiti mengekalkan kelembapan) yang  tinggi, kerana ia tidak dapat dipecahkan dengan juga tidak mudah tersejat, SANGAT STABIL!!. Ia tidak membiarkan lembapan rambut hilang seterusnya memastikan rambut dilembabkan dan lembut. Ini mencegah pecahnya rambut. Minyak kelapa adalah perapi yang jauh lebih baik untuk rambut daripada mana-mana satu sintetik yang terdapat di pasaran.

ANTI KELEMUMUR: Kepelbagaian asid lemak yang terdapat di dalam Minyak Kelapa menjadikan ia sebagai  agen anti kelemumur  yang sangat baik dan menghilangkan kelmumur dengan cara yang lebih baik daripada mana-mana syampu anti kelemumur. Pemakaian  kerap boleh membantu anda menyingkirkan dandruffs buat SELAMA-LAMANYA.
                                                        
(Di copy dan di translate dari www.organicfacts.net)

No comments:

Post a Comment