GardenHERBShop: Pure VCO
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI
Showing posts with label Pure VCO. Show all posts
Showing posts with label Pure VCO. Show all posts

Monday, 22 December 2014

pendedahan dr seorang doktor: keajaiban kelapa (minyak kelapa dara, santan)



dr azman ismail -" kembali kepada kelapa untuk kesihatan optimum". kalau malas baca pun baca yang bawah sekali je.
note: boleh beli softgel vco ngan saya rm 30 sahaja utk 90 softgels
--------------------------------------------------------------------------------------------------
10 tahun lepas saya mula terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam nasihat-nasihat tentang pemakanan yang saya berikan sebagai seorang doktor.
Saya, seperti juga kebanyakan doktor-doktor lain, kerap menasihatkan pesakit dan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan lemak dan minyak, terutamanya lemak tepu.
Kepada pesakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan strok terutamanya, minyak dan lemak tepu adalah No, No, No.
Kalau minyak kelapa dan santan lagilah besar NO,NO, NO nya.
Namun sesuatu berlaku 10 tahun lalu....saya dapat rasakan kesihatan saya sendiri semakin berubah dan stamina menurun serta saya mula naik berat badan meskipun menjaga diet dan bejoging.Ujian darah menunjukkan saya mula menghidapi Sindrom Metabolik (Metabolic Syndrome).
Memanglah 10 tahun lepas saya di awal 40an namun adakah setiap orang yang mencapai usia 40an harus berasa begitu ?
Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
Saya telah membaca artikel-artikel dan buku-buku perubatan sejak remaja lagi, terutamanya apabila bonda saya terkena serangan strok ketika saya masih di sekolah rendah.Saya juga makan mengikut panduan apa yang disebut....Piramid Makanan.

Lalu, berdasarkan gerak hati itu, saya mula membuat penyelidikan saya sendiri untuk memahami apa yang berlaku pada diri saya dan untuk memahami mengapa aruah bonda saya dan ramai adik-beradiknya terkena diabetes, serangan sakit jantung dan strok.
Penjelasan yang biasa diberikan para doktor yang dihubungi, kerapnya ialah faktor pemakanan sebagai faktor penyebab terbesar. 

Namun, tidak jelas apa yang tidak kena tentang pemakanan dalam masyarakat kita.
Seterusnya ramai doktor, mengambil pandangan doktor-doktor Barat yang bertaklid buta dengan Hipotesis Lipid (Lipids Hypothesis) saintis Amerika;Ancel Keys, kerap menyatakan bahawa makanan orang Melayu yang terdiri dari lemak tepu seperti santan dan minyak kelapalah punca sakit jantung, obesiti, strok, diabetes dsb.

Masalah dengan andaian sebegini ialah orang Melayu dan lain-lain bangsa yang ada budaya kelapa telah ribuan tahun menggunakan lemak tepu dari kelapa tanpa terkena apa-apa masalah kesihatan yang disebut penyakit-penyakit moden seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok dsb.

Di akhir-akhir ini baru penyakit-penyakit tersebut banyak menyerang, ketika penggunaan minyak kelapa dan santan telah berkurangan dengan banyak sekali.
Begitu juga pada keluarga aruah bonda saya, penggunaan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan misalnya, jauh lebih banyak di masa dulu, pada generasi ibubapa mereka...namun ibubapa mereka tidak pula habis terkena diabetes, strok, sakit jantung dsb.
Jelas ada andaian-andaian yang bertentangan dengan logik dan pemerhatian yang wajar dalam mengatakan lemak tepu bertanggung jawab atas ledakan penyakit-penyakit moden ini.
Akhirnya, setelah beberapa tahun menyelidik, memerhati dan berbincang, saya mula faham dengan lebih jelas hubungan makanan dengan kesihatan. 
Barulah saya fahami bahawa yang membawa kepada sakit jantung, strok dan kanser misalnya, adalah inflammatory diet (iaitu pemakanan yang membawa kepada proses keradangan) dan pemakanan yang sihat ialah non - inflammatory diet (iaitu pemakanan yang mencegah proses keradangan).
Inflammatory diet termasuklah makanan yang tinggi zat Omega 6, tinggi gula dan refined carbohydrates.
Non - inflammatory diet pula ialah pemakanan yang seimbang lemak Omega 3 dan lemak Omega 6, kaya dengan lemak tepu alamiah yang juga bersifat anti-keradangan seperti lemak kelapa, lemak haiwan yang makan makanan seperti yang difitrahkan Allah kepada haiwan itu dsb.

Maka akhirnya saya bertemu dengan rahsia kehebatan ciptaan Allah dan rahmat pengurniaan Allah yang cukup besar, iaitu kelapa.
Rupa - rupanya meskipun ada berbagai lemak alamiah namun yang paling istimewa ialah lemak tepu kelapa.
Ia paling istimewa kerana ia paling baik untuk kesihatan. 
Minyak kelapa dan santan adalah terdiri, antaranya dari zat Medium Chain Fatty Acids (MCFA) seperti Asid Laurik.
MCFA hanya ada dalam jumlah yang banyak secara alamiah pada susu ibu dan minyak kelapa sahaja.Salah satu kehebatan susu ibu ialah kandungan MCFA nya.MCFA memang penuh kebaikan kesihatan ...maka itu juga salah satu kehebatan minyak kelapa. 
Minyak kelapa juga merupakan minyak makan yang paling stabil di dunia.Tidak ada minyak yang lebih stabil darinya.Maka kerana itu ia tidak menghasilkan radikal bebas (free radicals) bila dipanaskan dan oleh itu ia bersifat anti-penuaan, anti tumor.
Ia juga membantu zat Omega 3 masuk berhimpun di dalam tisu badan manusia.
Omega 3 seperti DHA, sangat sukar didapati dalam diet kita dan sukar pula untuk masuk ke dalam tisu kita apabila dimakan.
Minyak kelapa membantu dan mempermudahkan proses masuknya zat Omega 3 ini kedalam tisu, lantas menyebabkan kebaikan Omega 3 itu dapat digunakan oleh badan untuk kesihatan yang optima seperti berat badan yang unggul, tekanan darah yang normal, kelikatan darah yang normal dan fungsi organ yang baik.
Selain dari itu semua, minyak kelapa juga bersifat anti-alergi, anti-parasit, anti-virus, anti-bakteria, memudahkan penyerapan vitamin dan galian, baik untuk kesihatan jantung, paru-paru, otak dan saraf dan banyak lagi kebaikannya.
Maka saya sekarang berpendapat, salah satu cara yang paling mudah, kos efektif, ekonomikal dan mesra alam untuk kita mengatasi ledakan penyakit-penyakit moden seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya ialah dengan kita menggunakan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan dalam makanan harian kita sebanyak yang boleh. Malangnya industri kelapa kita di Malaysia, telah lama nyawa-nyawa ikan.
Minyak kelapa tidak lagi boleh didapati dengan mudah pada harga yang munasabah.
Untuk itu, kita perlu sama-sama menghidupkan kembali industri kelapa di negara kita secara besar-besaran. 
InsyaAllah kita di kawasan Parlimen Kuala Kedah akan sama-sama memulakannya.
(Penutup: sejak mengamalkan pengambilan lemak tepu dari kelapa ini, kesihatan saya juga jauh bertambah baik, Alhamdulillah).

Monday, 24 March 2014

Petua kecantikan makanan sunnah by ustazah norhafizah musa

Selepas satu kejadian dalam hidup saya, saya jadi yakin dengan pemakanan sunnah. Terlalu yakin. Tapi sekarang dah x amalkan pun sebab nya tak tahu nak makan yang mana satu dan bagaimana nak makan. Kandungan entry ni saya ambil dari video ustazah norhafizah musa tentang petua kecantikan dengan makanan sunnah. Sebenarnya saya taklah obsess sangat nak cantik. Cantik menurut saya bukan lah, kulit yang cerah, tinggi lampai, hidung mancung dan sebagainya. Bukan. Cantik yang saya maksudkan adalah mempunyai kulit yang lembap, bebas cela, rambut yang bebas kerosakan, BMI normal, sihat dan bertenaga. Tu definisi cantik yang sebenar. kalau ada semua tu, anda adalah cantik! Apa sahaja rupa yang Allah bagi kita terima dengan setinggi2 kesyukuran. Tak perlu ubah.
 Untuk sapa2 yang malas nak tgk video (saya lebih suka word dari video), boleh baca note saya ni
Satu ketika, ustazah ni berkenalan dgn seorang pakar sakit puan. Dr ni dah berkhidmat lama kat arab Saudi. Mula2 tu, dia tanya ustazah, macamana ustazah jaga badan dari segi pemakanan. sebenarnya, dr ni nak bagi pandangan. Dia sangat obsess dengan benda yang nak masuk dalam badan. Sebab dia terpengaruh sangat dengan wanita madinah. Dia pernah jumpa sorang wanita yang bersalin secara pembedahan sampai 9/11 org. sebenarnya had untuk  bersalin secara pembedahan ni bergantung kepada kesihatan kita la. Sebab tu  ada yang anak 3, dr dah tak bagi beranak. Tapi ada jugak yang boleh sampai 5. So, kira sangat hebat lah kan kalau dah boleh sampai 9. Dalam kes ni, Factor pemakanan sunnah membantu pemulihan mereka dengan sangat cepat. Lepas tu, Dr tu suh ustzah tgk kulit dia, memang kulit dr ni sangat cantik dan lembap. so, dia bagi lah petua kat ustzah ni
CARA-CARA NYA
1)      Pertamanya,  bangun tidur, minum air suam. Ni memang terbukti. Utk kecerdasan akal jugak. lebih kurang 600ml atau lebih. Air suhu biasa pun boleh rasanya. Sebelum minum tu, baca lah doa. Cthnya:
            “Ya Allah Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat, rezki yang luas dan ubat dari segala penyakit”
2)      Lepas minum air tadi , ambil satu sudu minyak zaitun kemudian 2 sudu pati delima,
Last sekali
Ambil segelas air suam, masukkan 1 sudu madu,1 sudu kecil minyak habbatussauda, minyak kelapa dara dan beberapa helai za’faran… pastu biar perut berehat selama 1jam setengah hingga 2 jam
Then, barulah boleh makan apa sahaja yang kita suka
Satu lagi, lepas makan tu, makan cuka tamar/khal untuk buang segala yang bahaya dan tidak diperlukan dalam badan kita. makan sikit je sebab dia berasid.
selain dari tu, ustazah ada cerita pasal kulit kayu manis. boleh tgk video tu la
Itu saja dari usatzah tu
Emm… macam menarik je kan? hehe saya adalah sangat berminat.
SHARING IS LOVING
Jom kesayangan semua, kita pakat2 sihat dan bertenaga. Sape2 yang suka nak ubah dengan suntik2 ke plastic surgery ke, biarkan mereka dengan kebodohan mereka. Allah Maha hebat mencipta alam semulajadi untuk kegunaan kita. Cuma kita kena research sahaja.
P/s: untuk kelapa dara, boleh dapatkan dengan saya. dihasilkan menggunakan buah kelapa tempatan secara homemade, tradisional atau dalam bahasa skemanya 'wet process' iaitu proses yang paling menghasilkan minyak kelapa dara yang paling bermutu tinggi

Wednesday, 30 October 2013

SET UNTUK BAYI / ECZEMA


Sebagai losyen untuk kegunaan selepas mandi

Untuk diminum (1 sudu sehari) sebagai immune booster dan juga disapukan pada kawasan kulit yang bermasalah

3) VCO SOAP
Digunakan sebagai sabun ketika mandi /membersihkan badan

HARGA= RM 81!!
Pos RM 6 (SM) / RM 9 (SS)

(klik pada text untuk mengetahui maklumat lanjut tentang setiap produk)

Cara penggunaan yang betul dan berkesan akan di terangkan selepas order sampai…




Sunday, 15 September 2013

Rawatan jerawat yang terbaik (best acne treatment)




Ok, tahu tak minyak kelapa ni memang minyak yang ajaib. Salah satu keajaibannya adalah ia dapat merawat dan mencegah jerawat dengan sangat berkesan dan terbaek. Memang awesome!!  Sangat2 terbaik tapi kenapa ramai yang tak tahu. Sebabnya minyak kelapa ni kan semulajadi. Ramai yang boleh produce. Tak macam krim jerawat yang lain, ada nilai2 komersial. Masing2 ada formula tersendiri dan masing2 nak pertahankan cakap dia punya lagi baik. padahal banyak bahan kimia je. Kulit jadi kering dan tak berseri lagi. 


Ok, Jerawat ni biasanya dialami oleh remaja. Selalunya jerawat akan mula berkurang bila kita dah semakin dewasa. Tapi ada jugak yang jerawatnya tak hilang2 sampai ke tua. Jerawat ni sebenarnya oleh pemakanan yang tidak betul, genetic, hormone, tekanan dan juga jangkitan.


Kenapa saya cakap minyak kelapa ni cara rawatan yang terrbaik untuk jerawat? 

1.      Minyak kelapa mengandungi sifat2 antibakteria, antikulat, anti-oksida dan anti-mikrob yang membantu melawan jangkitan jerawat dan membantu mencegah kerosakan. ciri2 penyembuhan dan melawan jangkitan yang kuat ini adalah sama dengan ciri-ciri yang terdapat dalam susu ibu. (susu ibu kan kita dah tahu memang superb dalam melawan jangkitan dan menyalurkan antibodi pada bayi). Ciri-ciri ini juga membantu untuk melawan jerawat yang disebabkan oleh jangkitan dan membantu untuk menyembuhkan dan menyuburkan kulit serta memastikan ia sihat.

2.      Minyak kelapa membantu untuk menenangkan keradangan yang sering dialami oleh jerawat yang teruk, dan membantu untuk mengurangkan kulit yang merah dan kering.

3.      Asid lauric, caprylic dan capric, dan Vitamin K dan E yang terdapat dalam minyak kelapa membantu mencegah parut jerawat daripada membentuk dan membantu untuk mengurangkan parut2 yang sedia ada. Sesiapa yang ada parut jerawat perlu sapu minyak kelapa pada parut dan parut jerawat akan berkurangan dari masa ke masa

4.      Menggunakan minyak kelapa boleh mengurangkan jerawat yang sedia ada dan mencegah pertumbuhan jerawat

5.      membuat kulit secara keseluruhan sihat, lebih padat dan lebih bertenaga. 

6.      membantu untuk membuang sumbatan pada pori2 kulit (unclog pores)

7.      meningkatkan metabolisme yang mana peningkatan metabpolisme dapat membantu mengimbangi hormon yang menyebabkan jerawat.  untuk ini kita kena minum/makan

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak sangat ubat atau rawatan jerawat di pasaran. Kebanyakan nya menggunakan bahan kimia yang kuat/keras yang  bertindak dengan membuang minyak/lembapan pada kulit lalu kulit pun jadi kering dan tidak bermaya. minyak kelapa adalah semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang sering mengeringkan kulit.

Rawatan jerawat menggunakan minyak kelapa adalah yang terrrbaik untuk jerawat. minyak kelapa adalah 100% semula jadi, dan tidak mengandungi bahan kimia, pengawet atau bahan tambahan. Bukan itu saja, minyak kelapa membantu untuk menguatkan kulit, menjadikan ia lebih sihat dan berseri. Rawatan jerawat menggunakan minyak kelapa yang terbaik adalah yang menggunakan minyak kelapa yang organic dan virgin.  So, jawapan nya adalah minyak kelapa yang saya jual ni. virgin dan organic. Kita panggil dia extra virgin coconut oil (VCO)
extra virgin coconut oil


So, bagaimana cara nak guna VCO ni untuk treatment jerawat?
Memang ada cara yang khusus ya untuk rawat jerawat dengan vco ni. saya dah kumpul data2 mereka yang berjaya merawat jerawat ni  (melalui pembacaan blog peribadi luar Negara dan disesuaikan dengan iklim Negara kita). insyaAllah sape2 yang beli produk untuk jerawat ni dengan saya, saya akan consult anda dengan betul. Tentang cara penggunaan vco utk jerawat ni, satu perkara saya nak bagitahu , Ketika pertama kali menggunakan minyak kelapa untuk jerawat, ia boleh menyebabkan peningkatan dalam jerawat kerana ia menarik kekotoran daripada kulit. Walau bagaimanapun, selepas sapu minyak kelapa dalam masa satu atau dua minggu, jerawat akan berkurangan dan selalunya akan hilang sepenuhnya. Ingin dapatkan lebih tips, hubungi saya ya.


Jap, belum habis lagi, sabun ni boleh dijadikan sebagai facial cleanser untuk menghilangkan jerawat. memang berasaskan kelapa dara dan ada campuran herba2 terutamanya kunyit.

sebagai pencuci muka

Sekarang ni semua nak organic kan? Jom2 cuba. Jangan beli produk jerawat yang bagi kulit menggelupas dan putih melepak tu. Memang cantik tapi serius kejap je awak kesan dia. Bila dah stop, kulit makin teruk, berjeragat dan bermacam2 masalah lagi. Kalau kita continue pakai pulak, kulit akan jadi terlalu nipis, jadi berkedut dan berjeragat juga. Pecayalah. Sebab tu sekarang ni orang tekankan semulajadi tu terbaik.. Cuma kta kena bersabr menanti hasil.satu set kat bawah ni rm 49 sahaja.

set merawat jerawat semulajadi


UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI

Sunday, 23 June 2013

Cara mencegah dan merawat Eczema



Dari segi perubatan, eczema ni sejenis penyakit genetik kulit dan merupakan penyakit keturunan. Maknanya, jika ibubapa ada eczema, kemungkinan anak pun ada penyakit eczema. Eczema ni tiada ubat,diulangi tiada ubat! ubat yang diberi hanyalah sebagai antibiotik pada kulit, supaya tiada jangkitan kuman dan mengubati luka-luka pada kulit eczema. Pendek kata, melegakan symptom eczema sahaja. Dan ubat-ubatan itu juga mengandungi bahan kimia steroid yang akan menipiskan kulit. 

Dah kenapa saya suka sangat nak ambil tahu pasal eczema ni? sebab saya lah penghidap tegar eczema dari umur 2 tahun. Percaya atau tidak, penggunaan krim steroid dalam jangka masa yang panjang itu telah memberi masalah kepada saya. Saya kehilangan thumprint (cap jari) saya. Sesiapa yang kenal saya memang mengetahi masalah besar yang saya hadapi ini. Pergi bukak akaun masalah, nak keluar kwsp masalah dan pelbagai lagi masalah yang melambat kan urusan. huhu.. nanti saya cerita panjang di lain entry..

Sekarang ni saya nak pendekkan cerita nak bagi berita baik untuk pesakit Eczema! . Minyak kelapa adalah terkenal dengan fungsinya untuk mencegah dan merawat eczema. Untuk tujuan itu, kita hendaklah mengambil nya secara dalaman (minum) dan luaran (sapu). langkah2 ini jika dilakukan memang berkesan.Dan semestinya, mencegah itu lebih baik dari merawat. So, kalau dah rasa ada keturunan eczema, pun boleh ambil langkah2 ni ok.

PERTAMA: hentikan penggunaan sabun mandian / shower gel yang dijual dipasaran. Ini kerana kandungan chemical dalam sabun mandian tersebut sememangnya meningkatkan alahan eczema pada kulit. Maknanya, bila kita guna sabun mandian tersebut, alahan eczema akan mula timbul ke permukaan kulit. Bila terkena dengan sesuatu yang kita alah, contohnya alahan dengan debu, kita akan mudah rasa gatal dan mula menggaru.Gunalah sabun mandian VCO dari hujung kepala hingga ke kaki. 

Kadang-kadang ada juga pesakit yang mengalami eczema di kulit kepala. Caranya ialah buihkan di tapak tangan dan lumurkan keseluruh badan. Sabun keseluruhan kulit terutama sekali di tempat yang memang selalu kena eczema. Tunggu 2 minit, kemudian baru bilas dengan air. Ia akan menyerap masuk ke dalam struktur kulit, merawat dari dalam kulit dan mematikan kuman di permukaan kulit. 

Sabun VCO dikayakan dengan vitamin B, C dan Vitamin E untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Ia juga merawat ruam dan gatal pada kulit. Disamping itu, sabun VCO ni mencerahkan dan menghaluskan kulit. Jangan risau, sabun VCO ni 100% ORGANIK, bayi seawal 3 bulan sudah boleh menggunakan sabun ini. Baunya juga sangat harum!
vco soap


KEDUA:  selepas mandi dan kulit dikeringkan, boleh gunakan VEGOURZ BABY OIL yang 100% organik dan minyak yang digunakan adalah 100% minyak kelapa dara tanpa campuran minyak lain. Gunakan sebagai losyen untuk sapu keseluruhan kulit. Langkah ni penting untuk bg kulit sentiasa lembap kerana salah satu faktor penting untuk merawat eczema ialah kesan pelembapan (moisturising effect). 

Untuk pengetahuan semua, minyak bayi atau baby oil yang berada dipasaran mengandungi minyak mineral yang merupakan hidrokarbon dan tidak mempunyai apa2 khasiat untuk kulit. Anda boleh juga gunakan EXTRA VIRGIN COCONUT OIL sebagi losyen tapi baunya agak kurang mnarik (bau kelapa).

Vegourz Baby Oil


KETIGA: minum EXTRA VIRGIN COCONUT OIL. Orang yang mempunyai ekzema boleh mencerna 2-5 sudu besar minyak kelapa setiap hari untuk membantu meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan, meningkatkan sistem imun dan membantu untuk melawan jangkitan. Boleh diambil secara terus atau dimasukkan dalam makanan. Memang gejala eczema akan berkurangan! Bagi ekzema yang teruk, minyak kelapa boleh digunakan beberapa kali sehari.  Dalam pemilihan minyak kelapa yang terbaik adalah pastikan ianya virgin, organic dan unrefined. Untuk bayi2 yg masih menyusu, si ibu perlulah mengambil nya. ia juga dapat mempertingkatkan kualiti susu ibu kerana kandungan asid laurik nya yang sama dengan susu ibu. Pengambilan minyak kelapa dara untuk bayi adalah 1-2 sudu besar sehari.

Vegourz Extra Virgin Coconut Oil

KEEMPAT: tukar diet! Banyakkan makan buah dan sayuran yang berserat tinggi. Ikan2 seperti ikan salmon dsb juga baik kerana mengandungi asid lemak omega. Makan juga makanan probiotik seperti Gam Arab.
Elakkan makanan berproses, terutamanya gula putih dan juga awasi gula yang tersembunyi dalam makanan.
KELIMA:  elakkan apa2 yang boleh mencetuskan eczema anda. Eczema ni sebenarnya penyakit yang terpendam. Bila ada sesuatu yang trigger dia, baru dia datang. Contoh, detergen dll.  Kalau boleh pakai kain kapas dan elakkan kain2 dari bahan sintetik jika anda alah (kalau tak alah takpe). Elakkan losyen yang ada perfume dan alcohol kerana boleh mengeringkan.yang paling penting elakkan sentuhan kulit dengan sabun basuh atau sabun basuh pinggan tu ye. kulit akan jadi lebih kering dan merengsa. oleh itu, pakai sarung tangan getah. kalau alah juga dengan latex/getah (saya la tu)? saya ada cadangan. boleh pm ye.


KEENAM: senaraikan apa2 yang kita alah. Contoh, polyester blouse takleh pakai nanti gatal, sabun Palmolive pun takleh, gincu Maybelline allergic bla bla bla. Dan bila dah nampak allergic stop! Jangan pakai lagi ok!


Set Eczema (EVCO + Baby Oil + Sabun VCO)

Sudah ramai pesakit ECZEMA yang sembuh dengan menggunakan produk ni. Bukan hanya untuk eczema sahaja, untuk ruam-ruam kulit dan gatal pun boleh. Setakat ni, kesemua pengguna pakej untuk eczema ni memberi feedback yang positif, tiada lagi yang memberi komen yang negatif. Alhamdulillah. 

Jika anda berminat, sila klik di sini untuk cara2 order.