Setiap individu adalah
berlainan. Terdapat pelbagai produk dan teknik penjagaan rambut yang
diperkenalkan. Ia memerlukan kesabaran
dan keinginan untuk kita memahami apa
yang sesuai untuk rambut kita. Bila bercakap pasal cleanser untuk rambut, ada
pelbagai kategori sebenarnya.
Pertama, shampoo!
Shampoo adalah
pembersih rambut yang paling popular. Kandungan nya pelbagai. Dikatakan kandungan
sulfate didalamnya menyebabkan rambut kering terutamanya untuk yang berambut
kerinting. Rambut kerinting sangat cenderung untuk jadi kering.
Kedua, co-wash
Co-wash sebenarnya
singkatan dari ”conditioner-wash” bermaksud kita skip shampoo terus dan basuh
rambut hanya menggunakan conditioner. Conditioner yang dicadangkan adalah “cleansing
conditioner”. Dikatakan cara ini lebih lembut untuk rambut kerinting kerana
ianya memelihara minyak semulajadi pada rambut. tetapi keburukannya, kena pilih
yg betul2 sesuai kerana walaupun lembap ia boleh membuat kegatalan pada kulit
kepala (boleh tutup pori2 jika kandungannya tidak sesuai)
Selain dari dua
pembersih tersebut, terdapat banyak lagi kategori seperti “clay”, “diluted castle
soap” dan bermacam2 lagi. Terpulang pada anda
untuk memilih yang mana. Anda perlu peka dan sabar untuk mencari yang terbaik.
Tapi kalau rasa takda masa nak fikir, boleh ikut cadangan kami.
Cadangan kami
Bagi kami, shampoo juga
perlu untuk membuang kotoran dan daki yang terlekat. Tetapi penggunaannya perlu
dihadkan. Serta pilihlah shampoo yang lembut yang biasanya ditulis “sulfate-free”
dan sebagainya. Penggunaan yang dicadangkan adalah sekali seminggu. Contohnya hari
jumaat sahaja.
Selain dari hari jumaat(contohnya),
anda boleh membasuh rambut anda hanya dengan menggunakan air sahaja. Pada bilasan
terakhir boleh juga isikan gayung dgn air suam yang dititiskan minyak essential. Itu saja.
Boleh guna produk di
atas yg mengandungi minyak essential serai wangi dan minyak kayu putih. Selain mempunyai
khasiat yg sangat bagus, ia juga mempunyai khasiat aromatherapy iaitu
menenangkan. Baik untuk hilangkan stress dan macam2 lagi. Boleh google
Jangan risau, rambut
anda tidak akan berbau hapak bila sapu vegourz hair tonic lepastu kerana produk
kami mengandungi antibakteria semulajadi yang tidak menyebabkan bau hapak
walaupun rambut anda basah atau anda bertdung seharian
No comments:
Post a Comment