Sunday, 6 May 2012

Offshore

Ok, hari ni kita cerita pasal suami yang kerja offshore. Nak bercerita sebab tak ramai yang ada pengalaman macam aku.  First of all, Apakah keburukan suami yang kerja offshore? Pertama, masa bersama keluarga adalah terhad. Dalam kes suami saya, 35 hari kerja dan 35 hari cuti sepenuh masa. (tapi masa berkualiti kami banyak :) ). Kedua, urusan keluarga semasa suami bekerja adalah 100% terletak di bahu isteri (that’s why aku duk kampong). Ketiga, rindu-rinduan. Keempat, terdapat kemungkinan anak tidak rapat dengan anak. Tapi nisa rapat je ngan papa dia.

                Then, kita tgk kebaikan bekerja offshore pulak. Pertama, gaji yang berganda dari onshore. (yang ni tak jugak, banyak jugak kerja darat yg lumayan) Kedua, cuti lama gila. Boleh duduk melepak2. (yang ni memang bes) Ketiga, jimat sikit sebab time kerja sebulan tuh, tak keluar duit satu sen pun utk minyak, makan dsb. Keempat, boleh travel time bukan peak hour. Tak payah nak berebut2 ngan org lain nak book tiket or hotel sebab cuti 6 bulan goyang kaki dalam masa setahun. kelima, boleh merasa souvenier dr negeri org sebab dia travel around the world.

                Ada jugak penyibuk2 yang duk ckp2 pasal kerja husband tu. lantak ko la. bagi aku, kita sebagai umat islam kalau nak maju dalam semua bidang  tak sepatutnya kolot dengan memilih kerja tertentu dengan alasan kerja tak berapa nak islamik (ceh, pandai2 je nak tentukan kerja orang islamik ke tak). yang penting halal dan patuh syariah. Kalau semua umat islam jadi lecturer, sapa nak korek minyak tgh2 laut tu? Kalau semua pompuan jadi surirumah, sapa nak jadi babysitter, pakar o&g, kaunselor masalah rumah tangga, ustazah? Pendakwah zaman Melaka dulu belayar berbulan2 nak sebarkan agama islam. Diorang pun tinggalkan anak bini jugak. Itulah namanya pengorbanan. Apa2 kerja pun terletak pada niat dan hati.

Adakah saya happy dengan kehidupan sekarang? of kos! Dulu masa husband kerja darat, masa tu lagi la kurang sebab kerja memanjang. Balik rumah malam, penat dan tido. Bagi saya, kita yang pilih nak happy ke tak. hidup ni penuh dugaan dan pengorbanan. Jom sama2 kita happy kan diri walau apapun terjadi. Kami ada perancangan tersendiri tentang masa depan kami. moga Allah makbulkan. Aminnn.. love




No comments:

Post a Comment