GardenHERBShop: March 2015
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Tuesday 3 March 2015

Minyak kelapa dara sebagai anti serangga dan mengurangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Assalamualaikum

Alhamdulillah atas sambutan menggalakkan ke atas produk Vegourz baby oil kami. Banyak feedback2 positif yang kami dapat yang sesetengah nya kami abadikan dalam facebook page kami. Sudah tentu khasiatnya adalah dari kandungan utamanya iaitu minyak kelapa dara extra.
Kalau disebut minyak kelapa dara untuk baby, ramai yang mengetahui khasiatnya dalam merawat rashes, eczema dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa minyak kelapa boleh juga menghalang serangga (nyamuk dan sebagainya) dari menyerang kulit yang dipakai minyak kelapa. Wlaupun bukan 100% tapi ia banyak membantu. Cubalah. Kesannya juga akan bertambah bila dicampurkan essential oil (serai wangi lemon atau lavender). InsyaAllah kami akan menambahbaik produk kami dari masa ke semasa

Lagi satu, untuk kulit yang digigit serangga, sapukan vegourz baby oil/vegourz extra vco pada tempat gigitan, memang cepat hilang !!

Bagaimana menghilangkan kegatalan yang disebabkan oleh gigitan serangga?

Gigitan dari serangga/pepijat menyebabkan reaksi alergi pada permukaan kulit. Ini adalah kerana bahan kimia yang dilepaskan  oleh serangga tersebut semasa menggigit kita. Bahan kimia ini lah yang menyebabkan kegatalan.

Walaubagaimanapun, gigitan tersebut tidaklah menyebabkan penyakit dan tidak menimbulkan masalah kesihatan. (Tetapi jika symptom dari gigitan tersebut bertambah teruk, dinasihatkan jumpalah doctor). Bila digigit serangga contohnya nyamuk atau semut, kita dinasihatkan untuk tidak menggaru kerana akan menyebabkan kulit jadi luka seterusnya boleh menjadinya infeksi pada kulit. Tetapi, menahan dari menggaru itu bukanlah satu tugas yang mudah J

Langkah pertama dalam mengurangkan gatal adalah dengan membasuh kawasan yang terlibat di dalam air suam dan kemudian takap ais untuk melegakan keradangan.
Ada pelbagai krim dan salap Medicated di pasaran yang boleh melegakan gatal . Walau bagaimanapun, untuk rawatan yang berkesan anda perlu mencuba minyak kelapa dara. Anda boleh sapu minyak tersebut terus kepada kulit dan urut perlahan-lahan.

Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kerana ia bertindak sebagai anti radang, anti jangkitan dan pelembap untuk kulit. Apabila kita sapu minyakkelapa dara, kita akan rasa  kelegaan segera. Selain itu, minyak kelapa dar juga menggalakkan proses penyembuhan dengan lebih cepat.

Satu lagi rawatan yang berkesan ia dengan mencampurkan minyak kelapa dara dengan minyak lavender (enam titik), minyak oregano (lima titis) ke dalam minyak kelapa dara (dua auns). Masukkan campuran tersebut ke dalam botol semburan dan sapu setiap beberapa jam.
Menggunakan minyak kelapa dara adalah satu rawatan semula jadi yang menbantu dalam melegakan kegatalan oleh gigitan serangga/pepijat. Anda boleh menggunakan minyak ini seberapa kerap yang diperlukan tanpa sebarang kesan sampingan


Whatsapp 0177099723 untuk tempahan

rujukan:http://virgincoconutoiluses.com/relieve-bug-bite-itchiness-using-virgin-coconut-oil/