dr azman ismail -" kembali kepada
kelapa untuk kesihatan optimum". kalau malas baca pun baca yang bawah
sekali je.
note: boleh beli
softgel vco ngan saya rm 30 sahaja utk 90 softgels
--------------------------------------------------------------------------------------------------
10 tahun lepas saya mula terfikir bahawa
ada sesuatu yang tidak kena dalam nasihat-nasihat tentang pemakanan yang saya
berikan sebagai seorang doktor.
Saya, seperti juga kebanyakan doktor-doktor lain, kerap menasihatkan pesakit dan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan lemak dan minyak, terutamanya lemak tepu.
Kepada pesakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan strok terutamanya, minyak dan lemak tepu adalah No, No, No.
Kalau minyak kelapa dan santan lagilah besar NO,NO, NO nya.
Namun sesuatu berlaku 10 tahun lalu....saya dapat rasakan kesihatan saya sendiri semakin berubah dan stamina menurun serta saya mula naik berat badan meskipun menjaga diet dan bejoging.Ujian darah menunjukkan saya mula menghidapi Sindrom Metabolik (Metabolic Syndrome).
Memanglah 10 tahun lepas saya di awal 40an namun adakah setiap orang yang mencapai usia 40an harus berasa begitu ?
Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
Saya telah membaca artikel-artikel dan buku-buku perubatan sejak remaja lagi, terutamanya apabila bonda saya terkena serangan strok ketika saya masih di sekolah rendah.Saya juga makan mengikut panduan apa yang disebut....Piramid Makanan.
Saya, seperti juga kebanyakan doktor-doktor lain, kerap menasihatkan pesakit dan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan lemak dan minyak, terutamanya lemak tepu.
Kepada pesakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan strok terutamanya, minyak dan lemak tepu adalah No, No, No.
Kalau minyak kelapa dan santan lagilah besar NO,NO, NO nya.
Namun sesuatu berlaku 10 tahun lalu....saya dapat rasakan kesihatan saya sendiri semakin berubah dan stamina menurun serta saya mula naik berat badan meskipun menjaga diet dan bejoging.Ujian darah menunjukkan saya mula menghidapi Sindrom Metabolik (Metabolic Syndrome).
Memanglah 10 tahun lepas saya di awal 40an namun adakah setiap orang yang mencapai usia 40an harus berasa begitu ?
Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
Saya telah membaca artikel-artikel dan buku-buku perubatan sejak remaja lagi, terutamanya apabila bonda saya terkena serangan strok ketika saya masih di sekolah rendah.Saya juga makan mengikut panduan apa yang disebut....Piramid Makanan.
Lalu, berdasarkan gerak hati itu, saya mula membuat penyelidikan saya sendiri untuk memahami apa yang berlaku pada diri saya dan untuk memahami mengapa aruah bonda saya dan ramai adik-beradiknya terkena diabetes, serangan sakit jantung dan strok.
Penjelasan yang biasa diberikan para doktor yang dihubungi, kerapnya ialah faktor pemakanan sebagai faktor penyebab terbesar.
Namun, tidak jelas apa yang tidak kena tentang pemakanan dalam masyarakat kita.
Seterusnya ramai doktor, mengambil pandangan doktor-doktor Barat yang bertaklid buta dengan Hipotesis Lipid (Lipids Hypothesis) saintis Amerika;Ancel Keys, kerap menyatakan bahawa makanan orang Melayu yang terdiri dari lemak tepu seperti santan dan minyak kelapalah punca sakit jantung, obesiti, strok, diabetes dsb.
Masalah dengan andaian sebegini ialah orang Melayu dan lain-lain bangsa yang ada budaya kelapa telah ribuan tahun menggunakan lemak tepu dari kelapa tanpa terkena apa-apa masalah kesihatan yang disebut penyakit-penyakit moden seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok dsb.
Di akhir-akhir ini baru penyakit-penyakit tersebut banyak menyerang, ketika penggunaan minyak kelapa dan santan telah berkurangan dengan banyak sekali.
Begitu juga pada keluarga aruah bonda saya, penggunaan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan misalnya, jauh lebih banyak di masa dulu, pada generasi ibubapa mereka...namun ibubapa mereka tidak pula habis terkena diabetes, strok, sakit jantung dsb.
Jelas ada andaian-andaian yang bertentangan dengan logik dan pemerhatian yang wajar dalam mengatakan lemak tepu bertanggung jawab atas ledakan penyakit-penyakit moden ini.
Akhirnya, setelah beberapa tahun menyelidik, memerhati dan berbincang, saya mula faham dengan lebih jelas hubungan makanan dengan kesihatan.
Barulah saya fahami bahawa yang membawa kepada sakit jantung, strok dan kanser misalnya, adalah inflammatory diet (iaitu pemakanan yang membawa kepada proses keradangan) dan pemakanan yang sihat ialah non - inflammatory diet (iaitu pemakanan yang mencegah proses keradangan).
Inflammatory diet termasuklah makanan yang tinggi zat Omega 6, tinggi gula dan refined carbohydrates.
Non - inflammatory diet pula ialah pemakanan yang seimbang lemak Omega 3 dan lemak Omega 6, kaya dengan lemak tepu alamiah yang juga bersifat anti-keradangan seperti lemak kelapa, lemak haiwan yang makan makanan seperti yang difitrahkan Allah kepada haiwan itu dsb.
Maka akhirnya saya bertemu dengan rahsia kehebatan ciptaan Allah dan rahmat pengurniaan Allah yang cukup besar, iaitu kelapa.
Rupa - rupanya meskipun ada berbagai lemak alamiah namun yang paling istimewa ialah lemak tepu kelapa.
Ia paling istimewa kerana ia paling baik untuk kesihatan.
Minyak kelapa dan santan adalah terdiri, antaranya dari zat Medium Chain Fatty Acids (MCFA) seperti Asid Laurik.
MCFA hanya ada dalam jumlah yang banyak secara alamiah pada susu ibu dan minyak kelapa sahaja.Salah satu kehebatan susu ibu ialah kandungan MCFA nya.MCFA memang penuh kebaikan kesihatan ...maka itu juga salah satu kehebatan minyak kelapa.
Minyak kelapa juga merupakan minyak makan yang paling stabil di dunia.Tidak ada minyak yang lebih stabil darinya.Maka kerana itu ia tidak menghasilkan radikal bebas (free radicals) bila dipanaskan dan oleh itu ia bersifat anti-penuaan, anti tumor.
Ia juga membantu zat Omega 3 masuk berhimpun di dalam tisu badan manusia.
Omega 3 seperti DHA, sangat sukar didapati dalam diet kita dan sukar pula untuk masuk ke dalam tisu kita apabila dimakan.
Minyak kelapa membantu dan mempermudahkan proses masuknya zat Omega 3 ini kedalam tisu, lantas menyebabkan kebaikan Omega 3 itu dapat digunakan oleh badan untuk kesihatan yang optima seperti berat badan yang unggul, tekanan darah yang normal, kelikatan darah yang normal dan fungsi organ yang baik.
Selain dari itu semua, minyak kelapa juga bersifat anti-alergi, anti-parasit, anti-virus, anti-bakteria, memudahkan penyerapan vitamin dan galian, baik untuk kesihatan jantung, paru-paru, otak dan saraf dan banyak lagi kebaikannya.
Maka saya sekarang berpendapat, salah satu cara yang paling mudah, kos efektif, ekonomikal dan mesra alam untuk kita mengatasi ledakan penyakit-penyakit moden seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya ialah dengan kita menggunakan lemak tepu dari kelapa seperti minyak kelapa dan santan dalam makanan harian kita sebanyak yang boleh. Malangnya industri kelapa kita di Malaysia, telah lama nyawa-nyawa ikan.
Minyak kelapa tidak lagi boleh didapati dengan mudah pada harga yang munasabah.
Untuk itu, kita perlu sama-sama menghidupkan kembali industri kelapa di negara kita secara besar-besaran.
InsyaAllah kita di kawasan Parlimen Kuala Kedah akan sama-sama memulakannya.
(Penutup:
sejak mengamalkan pengambilan lemak tepu dari kelapa ini, kesihatan saya juga
jauh bertambah baik, Alhamdulillah).