GardenHERBShop: December 2013
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Tuesday 17 December 2013

VCO untuk eczema – pengalaman sendiri

Assalamualaikum

Kali ni saya lebih nak bercerita tentang pengalaman saya dan beberapa fakta yang saya ambil dari http://extravirginorganiccoconutoil.com/. ok, saya adalah pengidap tegar eczema. Katanya doctor, eczema ni boleh jugak terjadi kalau kita ada genetic  athma atau lelah. Mungkin dari ibu atau ayah. Saya pun tak pandai nak elaborate lebih sebab saya bukan doctor. Dari kecik dah macam2 doktor dan specialist saya jumpa. Saya mengalami eczema yang sangat teruk di tapak kaki. Kalau dia teruk, saya sampai tak boleh jalan. Luka dan bernanah. Ramai dr kata, eczema saya ni akan hilang dengan sendiri bila saya besar nanti. Tapi dr silap, di usia 30 tahun ni pun, saya masih mengalaminya malah telah merebak ke tapak tangan pulak.


google pic: eczema di tapak kaki


google pic: eczema di tapak tangan
 

Penyebab biasa eczema

Ok, sebenarnya kan mengikut pengalaman sendiri dan dibuktikan dengan artikel2 yang saya baca, merawat eczema ni adalah sia2 kalau kita tak siasat punca yang mencetuskan dia. dia akan datang lagi dan lagi. Macam kes saya, saya perasan saya alah kepada semua jenis sabun terutamanya sabun pencuci pakaian dan sabun pencuci pinggan mangkuk, sarung tangan latex, lipstick dan whitening skincare. Itu yang saya perasan lah. sedih sangat tau, orang lain kalau allergic sabun, boleh pakai latex glove, saya pakai latex glove lagi teruk pulak jadinya. So, apa yang saya buat, saya beli latex glove yang besar sikit dan satu sarung tangan kain biasa yang orang buat kawad tu. Murah je. Then, masukkan glove kain ke dalam glove latex pastu boleh guna macam biasa.

Jadinya, sebelum menggunakan Vigourz extra VCO untuk eczema, ambil masa sedikit untuk siasat punca sebenar yang mencetuskan eczema. Kira kena jadi macam detektif lah sikit. masalah yang berlaku bila kita tak tahu apa yang mencetuskan eczema, kulit akan sentiasa terdedah pada benda alah tu jadi susahla nak sembuh. Bila kulit kita terdedah ngan benda yang kita alah ni, dia akan jadi gatal. Lama kelamaan, jadi kering, merekah bernanah dan sebagainya. Last2, terpaksa gi jumpa pakar kulit. Pakar kulit pulak akan prescribe ubat chemical yang kuat yang direka khas untuk menghidrat dan melegakan symptom yang disebabkan oleh eczema tu. Semestinya ubat yang diberi doctor mempunyai kesan sampingan. Kalau saya, saya selalu di prescribe ubat betnovate yang mempunyai steroid yang akan menipiskan kulit. Jadi ubat yang doctor bagi hanyalah melegakan symptom eczema serta mempunyai kesan sampingan. Boleh pakai, tapi jngan selalu. Kalau diikutkan ubat-ubatan kimia memang macam tulah kan. boleh pakai bila terdesak tapi bukan lah idea yang paling bagus dan kalau boleh cuba elak. Lagipun, ia takkan menyembuhkan eczema kita pun. Kita kena selau pakai dan bergantung kat dia selama-lamanya.

Organic virgin coconut oil (VCO) untuk eczema

Penderita eczema di seluruh dunia menyetujui bahawa VCO organic sebenarnya adalah salah satu produk terbaik untuk melegakan symptom eczema. Ia bukan saja menghentikan kekeringan dan kegatalan, tapi boleh memberhentikan eczema sepenuhnya dengan syarat kita elak dari apa yang mencetuskan eczema kita tu. Pastikan kawasan yang dijangkiti eczema tu sentiasa bersih dan lembap. Caranya, sapukan VCO kemudian balut dengan kain secara longgar (jangan ketat sangat, bagi udara boleh masuk). Contoh kalau eczema kat tapak kaki boleh pakai stoking je. Buat seberapa lama yang kita boleh. Tapi jangan 24 jam pulak. Tak bagus jugak kalau tak terdedah ngan cahaya lansung

Bagi penghidap eczema yang teruk pun , produk ni boleh digunakan. Hanya sapukan 4 kali sehari dan jangan lupa masa nak tidur pun sapu. Tapi yang penting kena PASTIKAN ianya adalah VIRGIN coconut oil. Maksudnya tidak ada apa2 yang ditambah ke dalamnya termasuklah bahan kimia atau fragrance (bauan)

Menggunakan VCO ni cukup mudah sebenarnya. Sebab ia mempunyai banyak sangat manfaat. Kita boleh guna dia secara dalaman dan luaran. Boleh jugak ditambah dalam makanan. Contoh: bayi sangat digalakkan mengambil satu sudu  sehari VCO. Cara dia masukkan dalam makanan bayi. Ingatye VCO mengandungi lemak tumbuhan yang tidak menggemukkan. Lagi mengurangkan berat badan adalah.

Oleh itu, kesimpulannya kita kena ingat yangeczema ni sebenarnya serangan sahaja. Ia akan datang bila ada sesuatu yang kita alah atau sesuatu yang trigger dia. dia akan sembuh bila kita rajin lembapkan dan tutup dia bagi bersih. Eczema ni ada yang teruk ada yang tak. ada eczema yang pulih sendiri walau kita tak rawat dia. tapi jarang berlaku. So, kita kena jugak cari cara rawatan yang terbaik untuk dia. eczema kat kaki saya ni dikategorikan sebagai sangat teruk. Dulu masa sekolah sampai melekat kudis2 kat stoking. Memang ingat takda harapan nak sembuhlah. Tapi 2 tahun yang lepas ia sembuh SEPENUHNYA. Ya, memang jadi normal macam kaki orang biasa. Sebab saya rajin sapukan losyen dan pakai stokin at least 5 jam sehari. Dalam masa setahun buat macam tu, eczema hilang 100%. Masa tu tak kenal lagi VCO ni. kalau pakai VCO mesti lagi cepat dia pulih. Tapi bila dah ada anak ni, jadi leceh nak pakai stoking losyen minyak semua tu. Apa lagi saya tak keje. Kejap2 masuk bilik air. Jadinya, dia datang balik sebab selalu terkena sabun pencuci baju. Huhu. Tapi masih terkawal dan tak teruk (jadi kering sahaja) sebab tiap2 malam saya sapukan VCO sebelum tidur. Kat tapak tangan pun sama jugak. kadang2 kita takleh nak elak terkena sabun apalagi kalau dah ada anak semua terpaksa nak cepat. Kalau rasa dia kering sikit je, terus sapu VCO. Alhamdulillah. Tak perlu pakai ubat klinik pun. Unless kalau dah teruk sangat better pegi hospital bagi dia pulih.

Apa yang penting, kena rajin dan istiqamah buat semua yang saya sarankan tadi. Rajin-rajin kan sapu dan elakkan benda2 yang kita alah kerana mencegah memang lagi baik dari mengubati.

Sekarang ni, VCO jadi sangat popular dalam merawat eczema, khasnya untuk baby. Sapa nak kulit baby dia harum, bebas dari penyakit2 kulit boleh beli Vigourz baby oil ni. Terbaik! Boleh sapu kat rambut juga utk melebatkan. Bau dia sangat harum dan segar. Jangan guna bedak baby tau sebab tak bagus. Baby oil ni juga boleh digunakan untuk ELAK semua penyakit kulit termasuk eczema. Tapi kalau dah terkena eczema untuk nak rawatnya, of kos la kena pakai extra VCO sebab kita takut ada alahan dengan bau.

Ok, satu set ni rm 80 sahaja mengandungi

1.      VCO soap- sebagai sabun mandian seluruh muka dan badan yang berasaskan minyak kelapa dara tanpa bahan kimia merbahaya

2.      Extra VCO- untuk diminum bagi meningkatkan sistem imun melawat penyakit kulit termasuk eczema serta digunakan untuk disapu pada tempat yang terkena eczema

3.      Baby oil – sebagai losyen untuk menyihatkan kulit dan rambut juga


 
 Untuk review set ni, klik sini