GardenHERBShop: March 2013
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Thursday 28 March 2013

Betulke ke Perapi Rambut VCO boleh meluruskan rambut??



Assalamualaikum..

Sedar  tak sedar entry saya yang paling ramai pengunjung ialah yang ni, "meluruskan rambut secara semulajadi". Lepas tu, bila nak beli tu ramai yang tanya betul ke boleh luruskan rambut. Jawapannya ya. ia akan membuat kan rambut kita lurus dari biasa. tapi bukan membuat kan rambut kita lurus luar biasa. sebab nya ini adalah kaedah semulajadi yang takkan merubah struktur asal rambut kita. Apa yang saya tulis dalam entry tu berdasarkan dengan apa yang saya search berkenaan minyak kelapa iaitu kandungan utama Perapi Rambut VCO dan juga pengalaman saya sendiri selama 2 tahun lebih mengamalkan perapi ni. serius cakap, rambut saya memang jenis kerinting tegar. sekrang ni dia jadi leboih lurus, sihat dan saya boleh potong pendek tanpa risau ia akan jadi kembang bila  tak diikat. tapi of kos la takla lurus kejung macam rebonding ye. jujur saya cakap, bila nampak orang rebond, tak cantik pun sebenarnya. nampak fake. kira lurus semulajadi ni lagi cantik walaupun tak la lurus seperti pembaris. yang penting sihat, terurus dan lebih lurus dari dulu.

            Apa2 pun akalau anda nak meluruskan rambut secara natural, minyak kelapa la jawapannya. Cuba la search sendiri. Tapi serius cakap dia bergantung kepada keadaan asal rambut kita. dengan penggunaan dalam jangka masa tertentu, ia akan menghilangkan segala jenis kerosakan pada rambut kita sekaligus melembutkan nya. bila dah lembut, rambut akan jadi  tidak mengerbang dan lebih lurus dari biasa. Dan kebiasaan juga, bahagian rambut yang selalu diikat menjadi lebih lurus berbanding bahagian yang dilepaskan kerana rambut yang lembut menjadi senang dibentuk. kalau yang jenis rosak teruk, akan ambil masa la dia nak lurus. tapi kebiasaaan nya tempoh keberkesanan nya adalah dari 8 bulan hingga setahun.

            Hasil kajian saya berkenaan rambut ni, selain memakai perapi rambut VCO yang saya jual tu, kita juga perlu melakukan perawatan minyak panas  pada rambut seminggu sekali atau paling tidak pun 2 minggu sekali untuk dapatkan kesan yang lebih optimum. Boleh klik link ni untuk tutorial. Untuk perawatan minyak panas tu, guna extra VCO ni ye. Extra VCO ni memang 100% pure dan boleh diminum.Klik sini untuk cara2 beli.



Bukan seperti teknik rebonding yang akan meluruskan semua jenis rambut. Sebenarnya teknik rebonding tu dah mengubah keadaan asal rambut kita. bagi saya, apa2 saja yang mengubah kejadian asal akan merosakkan struktur, menampakkan kepelikan dan adalah tidak sesuai. itu adalah pendapat saya.  terpulang lah pendapat masing2. Pada pendapat saya, yang biasa2 dan bukan seorang yang obsess jelita ini, lebih baik menjaga apa yang Allah bagi sebaik mungkin tanpa melakukan apa2 perubahan sebab saya percaya apa yang Allah bagi tu adalah yang terbaik. Rambut kerinting adalah cantik bila nampak terurus dan tidak mengerbang. Lagipun khazanah alam semulajadi ni terbukti sangat bagus untuk dalaman dan luaran dan rugi kalau sapa tak guna. Memang terbukti  secara turun temurun sapa yang sentiasa guna santan/minyak kelapa akan menjadikan rambutnya nampak terurus,  muda, uban lambat, tiada kerosakan dan sebagainya. Pilihan ditangan anda. Produk Perapi rambut ni mengandungi minyak kelapa dara sebagai kandungan utama (minyak yang tidak dihasilkan melalui pemansan dan masih mengekalkan struktur molekul yang asal) dan jugak dicampur sedikit herba serta ianya berbau sangat segar. Saya sendiri sebenarnya dahlama nak pakai minyak kelapa (sebab dah lama tau kehebatan nya) tapi msalah bau yang kurang menyenangkan membuatkan saya memendamkan niat sehinggalah sepupu  saya memperkenalkan produk ni .Apa yang saya boleh jamin adalah memang anda akan berpuas hatri dengan hasilnya.

Apa yang saya tulis ni bukan propa ye. ingat tak jenama satu shampoo yang  pernah gunakan tagline “lurus seperti teknik rebonding”. saya yakin kita ditipu oleh marketing semata2. Saya tahu takde sapa pun yang dapat hasil rambut lurus seperti rebonding dengan pakai shampoo tu. Tapi percayalah pada bahan semulajadi ni. Bahan dari alam semulajadini adalah yang terbaik sebenarnya tetapi pemikiran kita dah dikuasai  oleh industry farmaseutikal dan sebagainya yang mengaut keuntungan yang banyak dari formula kimia yang diorang reka dan mereka poyo-poyokan. Hakikatnya memang poyo.  J

Sebenarnya, sepanjang saya jual perapi ni, takdela pulak komplen cakap, “nape rambut saya tak lurus pun”. Saya tulis entry ni sebab kalau ada yang tanya lagi, senang lah saya suruh je refer link ni. letih jugak kalau nak terangkan kat sorang2 kan.



gambar selitan


kerinting itu menawan

Thursday 21 March 2013

Oh my English



pelajar terbaik kesusasteraan Inggeris 1970


Assalamualaikum…

Pagi tadi terjumpa ni. papa aku punya. Tetiba rasa sedih memikirkan nasib diri. Dah belajar English dah dekat  suku abad, tapi cakap pun masih tergagap-gagap, tulis lagilah tunggang langgang. Pelik macamana boleh dapat A masa UPSR ngan PMR dulu. Sebab tu la blog aku ni memang bahasa melayu je. Tak reti nak international macam orang lain. Baru baca blog Dr Halina. Syok je baca blog dia, simple, sangat senang difahami dan lawak. Takpelah, biarku dengan caraku. 

            Macamana aku nak terer macam orang lain kalau buku English boleh dikatakan tak baca lansung. Walau best seller macamanapun buku tu, kalau in English jangan harap. Tunggu la ada versi translate punya baru aku baca.
             
Antara buku translated yang ada. banyak lagi benonya

 Satu lagi nak cerita, aku memang suka sangat baca buku tapi bukan buku pelajaran lah. Dulu terpaksa kuburkan hobi sebab takde duit nak beli (pinjam library tak bes) plus takde masa nak baca. sekarang ni, memang syok habis sebab dapat husband yang spoting. ambik je buku apa, dia akan bayakan. tapi buku jela. benda lain susahhh. sampaikan belambak buku yang tak sempat dibaca. Jiran aku pelik aku boleh duk umah tak keluar mana2. untuk pengetahuan makcik2, inilah keje saya, internet dan buku. ada 2 benda ni, boleh la aku hidup.

Friday 15 March 2013

Testimonial perapi rambut



Salam..
Testimoni memang tak dinafikan kepentingannya. Tapi saya tak titik beratkan sangat. Pernah lah suh dua orang customer yang selalu duk order (repeat order banyak kali) tulis testimonial, pastu stop sampai situ. Tak tanya dah. Sebabnya, saya sendiri tak layan sangat testimonial ni apatah lagi testimonial bergambar senang je nak tipu. Saya lagi suka membaca hasil kajian/penyelidikan. Lebih dipercayai. Sebab tu banyak artikel yang saya tulis kat sini hasil dari fakta penyelidikan. Lebih yakin kesahihannya. Tapi, saya ada simpan jugak la kata2 positif dari customer sebagai testimonial untuk simpanan sendiri. Saja sebagai kpuasan sendiri sebab berjaya guide customer ke arah bahan semulajadi yang semakin mendapat tempat sekarang ( go for natural).
Sapa2 nak testimonial tu boleh request ke email idani.azuriati@gmail.com.  Saya akan sentkan testimonial tu. Bukan tak nak letak kat sini, saya takut customer tu segan. Yela, nama terpampang ngan gamba sekali. Nanti saya akan cuba kaburkan profile dan paste kat sini. Buat sementara ni, kalau nak email ok. saya akan sendkan.
Oklah, untuk sapa2 yang dah order, nama korang ada dalam rekod saya.  jadinya, anda akan dapat harga yang sangat2 istimewa dari saya kalau order lagi. Terima kasih

hot products - let's go natural


Saturday 2 March 2013

Versi terbaru (kedua) PERAPI RAMBUT



Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Hari ni saya nak update pasal versi baru Perapi Rambut yang saya bagitahu kat page hari tu. Untuk makluman, Perapi rambut yang sebelum ni dah berubah wajah, saiz dan harga. Anda pasti terpesona dengan wajah terbaru perapi rambut ni. Nampak lebih trendy dan jauh lebih nampak komersial berbanding packaging minyak kelapa yang lain. Bahan asas nya sama iaitu Minyak kelapa dara. Dara ye. bukan minyak kelapa yang dihasilkan melalui pemanasan tu. Kalau yang melalui pemanasan tu, banyak sebenarnya khasiat nya yang dah hilang. Bau perapi rambut sudah semakin dimprovekan. Takde bau kelapa lansung, Baunya lebih meninggalkan kesan segar pada rambut. Cuba sapukan minyak ni pada rambut anak anda. Setelah beberapa lama, cuba bau rambut dia, fresh sangat. Tapi baunya tetap mengekalkan bahan semulajadi sahaja. Takde bau sintetik lansung ok! Selain dari itu, seperti yang dah banyak kali saya katakan, minyak ni diperbuat dari 100% minyak kelapa asli. Takde campuran minyak mineral, takde bahan kimia, takde paraben, takde steroid dan sebagainya.  Herba yang digunakan hanyalah bahan dari alam semulajadi. Amat sesuai bagi bayi sehingga ke dewasa dan seisi keluarga. ini sedikit ringkasan tentang perbezaan versi lama dan versi baru perapi 
rambut tu. 

PERAPI RAMBUT versi  lama

Versi lama
Isipadu= 70ml
Harga runcit = RM 30.00

PERAPI RAMBUT versi terbaru

packaging yang lebih trendy

Versi baru
Isipadu = 150 ml
Harga runcit= RM 39.90 
PM (SMS/MSG/EMAIL) SAYA UNTUK HARGA YG SGT2 ISTIMEWA

Untuk sementara ni, gamba versi baru tu sangatlah tidak memuaskan sebab sesi photoshoot belum boleh buat lagi.
Selain dari itu, label yang digunakan untuk versi baru itu masih menggunakan label printing lama yang mana isipadu dan harga belum diubah. Oleh itu terdapat sedikit kesilapan dan saya telah pun mengubahnya. InsyaAllah, label pun akan diimprovekan secepat yang mungkin.
Ramai yang tanya kilang benda ni kat mana. Untuk makluman perapi rambut ni adalah diusahakan secara tradisional di rumah sahaja (homemade).