GardenHERBShop: December 2012
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Monday 31 December 2012

terima kasih semua



Assalamualaikum..
 
Bye2 2012 dan selamat datang 2013. Tahun 2012 adalah tahun yang sangat seronok untuk aku. biasalakan, hidup manusia ni ada tahun happy ada tahun sedih. Slah satu sebab kenapa aku hepy ialah sebab tak keje dan boleh melayan anakanda tersayang.  Walaupun begitu, aku dapat belajar satu  benda yang bagi aku penting sebenarnya untuk semua orang iaitu PROMOSI. Sebelum ni belajar sikit2 tu pun teori je. Kali ni, memang belajar secara praktikal macamana nak mempromosikan sesuatu. Dan sebab tu jugaklah blog syok sendiri ni di create. 

            Pernah tak baca buku ‘Rich dad poor dad’ by Robert TKiyosaki? Buku tu dah lama sebenanya tapi glamor. Ramai yang dah baca. Dia cerita macamana nak urus kewangan kita supaya hidup kita bebas tak terbelenggu dek hutang. Dalam tu dia ada cerita tentang kepentingan promosi. Kemahiran yang perlu ada oleh semua orang. Robert kata tak kira apa pun pekerjaan kita kita mesti pandai mempromosikan sesuatu (tak kisahla diri kita, barangan atau perkhidmatan). 



            Sekarang ni, produk Shaklee sangat meletup oleh kerana ramai nya yang jadi ahli dan mempromosikan produk kesihatan dari US ni. aku pun terpengaruh n dah beli pun. Memang hebat penangan pengedar2 nya yang rata2 dari golongan pberpendidikan tinggi.Tak dinafikan memang produk tu bagus ikut pengalaman aku guna. Tapi bila baca satu komen di wall seorang kawan  yang juga pengedar Shaklee ni, aku jadi tak setuju.  Yang komen tu kata “apa la ko duk sibuk sangat promot benda ni. kita belajar tinggi2, buat la ikut kepakaran kita. bab jual2 tu bagi la yang tak sekolah tinggi.” Huh, apa ko ingat keje promote2 sale2 ni senang/bodoh snagat ke? Dah tu kerja engineer tu intelligent sangat? Sepanjang aku keje sebagai engineer 2 tahun, banyak je keje2 bodoh (budak darjah 1 pun boleh buat) aku buat. Takdelah semua nya gempak. Adatlah tu. Kerja2 promotion dan sale ni lagi menguji minda dan emosi. Aku rasa lah. so, jangan hina or kutuk. Lagipun, 9/10 dari rezeki kat atas muka bumi ni kan dari perniagaan.

            Macam aku, walaupun produk yang aku jual ni tak glamor n tak lah untung besa tapi aku suka sebab mencabar dan boleh tolong pasarkan produk orang islam yang dikilangkan sendiri. Dan yang paling penting sekali aku percaya kepasa produk organic ni memang bagi long term effect yang bagus. 

            Perancangan tahun ni, aku nak belajar banyak benda lagi. Masak, fotographer, jahit dan juga pendidikan awal kanak2. Belaja sikit2 la kan. takde la nak kena bagi expert semua. Sekang ni masa untuk kumpul skill. Duit tu nanti2 la fikir. Sementara ada penaja ni (en saiful), kita upgrade skill dulu. Bila dah banyak skill aku belajar, nanti2 senang lah aku buat duit pastu bagi en saiful lak belaja. Hehe. Tapi aku tak nak amik phd. Tak minat sebab takleh nak apply dalam kehidupan harian. Lagipun, dulu ada tolong member2 yang ambik phd. Tak bes dan sangat memboringkan…

            Lain2 perancangan bisnes tahun ni adalah zero sebab nak tumpu kat benda lain. Yeehaa.. tapi bisnes run cam biasa. Terima kasih pada yang membeli. Suka  sebab blog yang tak seberapa ni boleh bagi pendapatan jugak sedikit sebanyak. Mission completed!!

Wednesday 26 December 2012

Fakta: Lima langkah betul memakai minyak rambut



Assalamualaikum.
Ni saya dapat dari paper metro. Jom  baca. Yang tulisan merah tu apa yang saya komen.
Fakta:

Lima langkah betul memakai minyak rambut


1. Sentiasa gunakan minyak yang suam. Ini kerana ia dapat membantu meresap hingga ke bahagian akar berbanding minyak yang berada pada suhu bilik. Justeru, minyak perlu dipanaskan di dalam mangkuk kecil menggunakan api pada tahap paling rendah sebelum disapu pada rambut. (sekali-sekala boleh la panaskan, nak buat selalu tu tak sempat la, kan)

2. Gunakan bebola kapas untuk menyapu minyak pada kulit kepala. Perlu diingat, minyak perlu disapu pada kulit kepala
. (utk rambut kumumur dan yang mempunyai masalah kulit kepala, sangat sesuai)
3. Gunakan jari untuk mengurut kulit kepala dalam gerakan membulat. Jangan tarik akar rambut ketika mengurut.

4. Balut tuala panas di kepala dan biarkan selama lapan atau 10 minit. Ulangi langkah sama sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali. Ia bukan saja dapat memberi manfaat kepada rambut tetapi membantu menenangkan badan dan minda.


(yang ni sangat disuggestkan. Ala, macam kita stim rambut kan. Memang lembut sangat rambut lepas tu, buat je kat saloon nak senang. Kalau tak sempat balut je ngan tuala panas kat umah).
5. Ketika membasuh, jangan letak syampu secara langsung pada kulit kepala. Campurkan syampu dengan air di dalam gelas dan tuangkan di atas kepala atau di tapak tangan. Urut kulit kepala walaupun ketika mencuci. Jangan lupa untuk sapukan perapi rambut selepas mencuci. (dr dulu, sy tak suka perapi yang kena bilas tu (conditioner) sebab malas nak bilas. Sebab tu rambut jadi macam sabut kelapa :p)


ok, yang ni pulak perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan rambut cantik:
1.      Sapu minyak suam seminggu sekali. (refer tutorial  di link ni)
2.      Biarkan minyak pada kulit kepala semalaman untuk memberi lembapan. (dengan perapi rambut VCO yang sy jual tu, nak biar minyak 24 jam pun tak pe. Sebab dia x busuk)
3.      Jika mengalami masalah kutikel rosak, bungkus kepala dengan tuala yang distim. (yang ni memang bes. Stim kt saloon lg bes)

Then, ni pulak perkara yang tidak boleh dilakukan untuk mendapatkan rambut menawan:
1.      Jangan biarkan rambut yang tidak dicuci disapu dengan minyak jika anda harus bekerja di bawah sinaran matahari atau debu. Ini kerana minyak akan menyebabkan habuk melekat dan sinaran matahari yang panas mengeringkan rambut lebih cepat. (betul2! Seeloknya shampoo rambut bersih2 baru pakai minyak, kalau tak jadi gatal. So, kalau kita shampoo 2 hari sekali, minyak pun sapulah 2 hari sekali means after shampoo n rambut kering)
2.      Jangan sapu minyak secara berlebihan pada rambut yang panjang kerana akan membuatkan rambut menjadi lebih kering. (err.. yang ni tak sure pulak)
3.      Elakkan mengurut dengan minyak jika kulit kepala anda kategori berminyak. (memadailah bila apply minyak kat rambut tu, gunakan hujung jari untuk urut kepala sikit2. So, minyak sikit2 je yang kena kulit kepala)

Saturday 8 December 2012

Memakai minyak pada rambut adalah WAJIB untuk dapatkan rambut yang sihat - pakar


JIKA mahu menjaga kecantikan rambut, minyak antara sumber penting yang perlu ada. Barangkali ramai yang ragu-ragu atau ‘geli’ menggunakan minyak pada rambut, tetapi berzaman lamanya, minyak memiliki banyak manfaat kepada mahkota penting buat wanita mahupun lelaki itu.
Membasuh rambut dan menyapu minyak antara langkah perlu bagi membantu mengekalkan kesihatan serta kecantikan rambut secara semula jadi.
Terdapat pelbagai jenis minyak di pasaran menjelaskan manfaat setiap jenis minyak terbabit. Apa pun sebelum memilih untuk membeli jenis minyak diinginkan, pastikan anda membuat pemeriksaan terhadap syarikat yang menjualnya serta khasiat yang ditawarkan.

Memiliki minyak yang baik untuk rambut bagaimanapun masih belum mencukupi kerana ia juga harus disusuli dengan mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat.

Elakkan mengambil makanan ringan, makanan di dalam tin atau makanan diproses kerana ia tidak membantu dalam melindungi rambut daripada kerosakan.

Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan kuat, antara langkah boleh dilakukan adalah mengurut kulit kepala dengan minyak dan biarkan semalaman. Kemudian, gunakan tuala yang distim untuk menutup rambut selama setengah jam bagi melihat hasil yang baik.

Amalan langkah terbabit juga dapat membantu memiliki rambut berkilat dan berkilau dengan penjagaan rapi setiap hari.

Mungkin memakai minyak rambut setiap hari dianggap sukar oleh sesetengah individu. Jika anda mengalami situasi berkenaan, cuba lakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk memiliki rambut cantik.

Namun, ia tidak meninggalkan perbezaan ketara pada rambut dan seharusnya perlu diikuti dengan langkah mengurut bagi merangsang peredaran darah pada kulit kepala.

Minyak rambut yang dipakai bukan saja membantu melindungi rambut daripada sinaran ultraungu (UV) yang kuat dan panas, malah ia juga memberikan rambut tampak bersinar.

Sesetengah minyak yang popular dan mempunyai banyak khasiat sesuai digunakan untuk kecantikan rambut dengan kebaikan kualitinya.

Menggunakan minyak atau tidak pada rambut sering menjadi persoalan. Tradisi menunjukkan urutan menggunakan minyak sebenarnya dapat memberi manfaat terhadap kesihatan rambut.

Lantas tidak hairan sehingga ke hari ini, penggunaan minyak pada rambut masih dijadikan rejim penjagaan harian oleh sesetengah wanita misalnya masyarakat India.

Menurut pakar kulit kepala dan rambut, Dr Apoorva Shah, urutan menggunakan minyak membantu untuk merangsang pertumbuhan rambut kerana amalan itu dapat melancarkan peredaran darah sehingga ke bahagian akarnya.

Katanya, menggunakan minyak rambut yang berkhasiat tinggi boleh membantu mengurangkan masalah kulit kepala seperti kelemumur, alopecia dan kegatalan.

“Ia terkenal dengan lembapan dan minyak juga bermanfaat dalam menenangkan kulit kepala serta mengurangkan masalah hujung rambut bercabang.

“Kebanyakan pakar dalam penjagaan rambut bersetuju bahawa apa saja tekstur rambut yang dimiliki, ia memerlukan teknik urutan menggunakan sedikit minyak sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan kulit kepala dalam keadaan baik,” tambahnya mengenai kebaikan penggunaan minyak yang perlu dilakukan sebagai rejim penjagaan rambut bagi mengekalkan kesihatannya.

Jelasnya, bagi mereka yang mempunyai kulit kepala normal, minyak kelapa pilihan yang baik untuk digunakan pada bahagian rambut.


Ahli estetik dan kesihatan rambut serta kulit kepala, Dr Blossom Kocchar berkata, minyak rambut perlu digunakan dengan cara yang betul dalam usaha mendapatkan manfaatnya secara maksimum.

Menggunakan minyak untuk mengurut kulit kepala membantu merangsang dan mengaktifkan folikel rambut bagi menggalakkan pertumbuhannya yang lebih baik. 

(Artikel ini dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/articles/Minyakbanturambutbersinar/Article)

Untuk dapatkan minyak rambut yang berkualiti dan yang mempunyai khasiat yang tinggi itu, sila klik di sini

Next, saya akan postkan fakta dari pakar  mengenai teknik yang betul memakai minyak rambut. stay tuned


“Rambut juga dipengaruhi oleh genetik - ummi = nisa”