GardenHERBShop: June 2012
HOME ABOUT US DIARI KATALOG CARA ORDER HUBUNGI KAMI

Saturday 30 June 2012

Q & A perapi rambut VCO


Assalamualaikum...
Hari ni saya ingin menjawab soalan2 mengenai PERAPI RAMBUT VCO ini. 

INGIN TAHU: PERAPI RMBUT VCO TU KALAU GUNA SETIAP HARI LEH TAHAN BRAPA MINGGU??NPA CM MAHAL SGT HARGANYA..HUHU..

Bergantung kepada kepanjangan rambut. kalau boleh dalam 3 bulan pertama tu pastikan memang rambut sentiasa diselaputi perapi tu. Dia akan repair rambut kita. jangan malas ye! lepas tu, bila dah rasa rambut dah diperbaiki, boleh la kalau nak malas2 pun. Ikut pengalaman, lepas 3 botol penggunaan, memang rasa rambut diperbaiki.
Mahal ke? Murah dah tu compare tu yun nam hair care or perawatan herba yang lain. Sebenarnya nak buat ni bukannya senang. Mula2, mengenai perbezaan minyak kelapa biasa dengan minyak VCO. Minyak kelapa biasa yang  biasanya dijual kat kedai india tu adalah dibuat melalaui proses pemanasan. Dia panaskan santan tu lamaaaa, then keluarla minyak. Minyak ni kurang elok sebab struktur molekul nya dah berubah dek pemanasan melampau tadi. Protein2 dan zat2 dalam tu dah tak asli. Minyak VCO ni dia tak panaskan tau. Dia just disejukkan sampai keluar minyak. Ambik masa berhari2! Secara ringkasnya, ni  proses buat VCO
1.                 Bagi menghasilkan satu liter minyak kelapa dara, = 10 hingga 20 biji kelapa.
2.                 Kelapa yang telah siap diparut akan diperah untuk diambil santannya dan ditambah air dengan nisbah 1:1.
3.                 Santan tadi akan ditambah dengan lapisan minyak kelapa dara dan disimpan selama lapan hingga 15 jam pada suhu bilik.
4.                 Minyak kelapa dara yang diletakkan di atas lapisan santan tadi bertindak sebagai 'umpan' atau pemangkin dalam penghasilan minyak kelapa dara dan selepas 15 jam akan terdapat tiga lapisan dengan lapisan minyak kelapa dara di tengah-tengah.
5.                 Lapisan minyak tadi akan diasingkan dan ditapis menggunakan kertas turas atau tisu dengan kapas.
6.                 Selepas itu hasil turasan akan dibekukan bagi mengasingkan getah kelapa yang menyebabkan bau tengik.
7.                 Selepas minyak tadi cair, ia akan dituras dua kali lagi dengan menggunakan lapisan kapas lebih ketat yang mengambil masa lebih kurang lima hari.
8.                 Pada kebiasanya proses menghasilkan minyak kelapa dara mengambil masa lebih kurang seminggu

Sebenarnya perapi rambut ni kira murah sebab dia adalah 100% minyak kelapa dara, homemade, takde kos sewa kilang, takde kos utk cop GMP dan bermacam2 lagi.

Kenapa perapi kat pasaran murah? Sebabnya adalah ia dicampuri minyak mineral yang teramat gila nak mamp murahnya. Minyak mineral adalah minyak buangan dari petroleum. Kos nak buang dia lagi mahal dari kos nak beli nya. Ia mengandungi hidrokarbon. Hidrokarbon tu hanya utk kereta bukan utk kulit. Minyak kelapa ada protein dan asid lemak yang memang diciptakan utk kulit manusia disamping struktur molekul nya yang kecil agar mudah diserap kedalam lapisan kulit atau rambut. Thats why minyal kelapa merawat dari dalam. Kalau ragu2, pegila cek label2 kat kedai sana.

Kalau masih ragu2 bolehla cari produk VCO untuk rambut yang lain dan comparekan harga. Tapi check label ok. Kalau yang ada campuran minyak lain, tak aci tau!

INGIN TAHU: BOLEH CARI KT KEDAI MANA2 KA SELAIN DRPD BELI ON9??SEBAB NK JIMAT DUIT PEMBAYARAN POS..HEHE.
30 Jun 12, 06:14 AM

Produk ini adalah diusahakan secara kecil-kecilan secara homemade. Produk ini selalunya dihantar ke kedai2 atau ekspo atau gerai di sekitar kelantan sahaja. saya memberanikan siri menjual online sebab nak kongsi kepada semua tentang pencarian saya kepada rambut yang sihat telah berakhir. Percayalah, tiada minyak yang dapat menandingi minyak kelapa utk rambut. Jomlah kita bantu usahawan kampung yang tiada bajet utk pengiklanan secara besar2 ran seperti produk lain ini maju dan maju. Janganlah mudah tertarik dengan produk chemical yang mana kesa nya cepat tetapi bertindak secra luaran sahaja dan tidak kekal lama. selain itu, dengan membeli secara online, anda dapat harga yang lebih murah.

INGIN TAHU: RAMBUT YG MENGERBANG DIJAMIN AKN LURUS KA LEPAS GUNA PRODUK NI??X ADA SIDE EFFECT KA SPRTI MENYBBKN KEGUGURAN RMBUT?SORRY..BNYK PLAK TANYA.SYA AGAK BERMINAT TPI ADA BBRAPA PERSOALAN
30 Jun 12, 06:15 AM

perapi ini adalah 100% dari bahan semulajadi dan saya jamin 100% takkan bagi kesan sampingan. Boleh digunakan untuk bayi baru lahir hingga kepada yang tua. Ia digunakan utk menyuburkan rambut kita, jauh sekali nak buat keguguran. Cuba lah guna dulu 3 botol sampai habis dan rambut takkan mengerbang lagi. Percayalah! Kalau masih mengerbang, silalah complain di fb page http://www.facebook.com/GardenHerbsShop.

INGIN TAHU: KALAU TIBA2 STOP GUNA PERAPI NI,ADAKAH RAMBUT AKAN KEMBALI KE ASAL SPRTI KERINTING OR MENGERBANG??ADAKAH IA MEMBERI MANFAAT JANGKA MASA PNJG ATAU PENDEK SJA??
30 Jun 12, 06:16 AM

Perapi rambut VCO ini dia merawat rambut dari dalam sebab struktur molekul nya yang kecil membolehkan nya meresap ke dalam. Setelah penggunaan untuk jangkamasa tertentu, ia akan merawat rambut kita dengan kandungan asid lemak di dalam nya. Bila dah berhenti penggunaannya, rambut akan terus sihat. Tetapi, bila dah lama2 takde protection, rambut akan kehilangan proteinnya, dan boleh menyebabkan ia rosak kembali. Tetapi ini juga bergantung kepada cara kita jaga rambut kita. Ada baiknya teruskan pengguanaan perapi ni sebab kajian mengatakan bahawa minyak kelapa adalah satu-satunya minyak yang boleh menghalang kehilangan protein dari rambut (kehilangan protein bermaksud kerosakan rambut). refer di sini . Lagipun, ia juga terbukti boleh mengelakkan/melambatkan penuaan rambut (uban) dengan penggunaan yang berterusan. Apa2 pun terserah kepada anda.

INGIN TAHU: KALU DH PAKAI BERTAUN2 N TIBA2 BERENTI,APA AKAN JADI PDA RMBUT TU..KEMBALI KE BENTUK ASAL KA??
30 Jun 12, 06:18 AM

Soalan ni lebih kurang sama ngn soalan sebelum ni.

INGIN TAHU: SEKIRANYA DH JADI REGULAR CUSTOMER,BOLEHKAH MENDPTKN PRODUK NI DGN HARGA YG LEBIH MURAH?? X DA HARGA AHLI KA??SEBAB ADA ANTARA CUSTOMER ADLH MASIH STUDENT..MCM SYA.HEHE~MEKASIH
30 Jun 12, 06:19 AM

Memang saya akan bagi harga istimewa untuk regular customer saya.

Itu saja. Harap membantu...

Friday 29 June 2012

it's today my special day


Assalamualaikum..
semakin hari semakin sayang kat Nisa tau

Pada 10 jun yang lalu, my sayang telah genap umurnya setahun. Berkenaan dengan milestone dia aku malas nak ambik tahu sangat sebab  bagi aku setiap bayi adalah unik. Tapi kalau gerak hati kita mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, barulah kita boleh refer mana2 or jumpa doctor kan? tapi disebabkan besday dia, rasa macam tak berperikemanusiaan kalau tak check  milestone dia



Carta milestone ni dia bagi pada 3. Yang sebelah kiri tu kebanyakan bayi pada usia ni boleh buat. Yang tgh tu, separuh bayi pada usia tu yang boleh buat dan paling kanan sekali tu segelintir saja yang boleh buat.
Sepanjang pemerhatian aku, dia memang suka tiru orang punya aktiviti. Cth: pakai stoking, lipat kain, tiru cakap kat tepon dll. Suka jugak tiru percakapan kita. walaupun tak jelas, taoi boleh tahu dari dia punya tone. Bila dia nak something, dia ambik je. Kalau tak dapat dia nangis. Boleh cakap mamamam, dedede. Lain perkataan aku tak perasan pulak. Boleh faham arahan simple cth: duduk, ,meh sini, jangan!

Menulis/menconteng (scribbles) aku tak tahu sebab tak penah bagi dia pen or crayon. Lagi satu yang paling ramai orang tanya, dah pandai jalan ke belum. Jawapan nya ialah belum. Memang malas gila nak jalan. Kalau pimpin tangan dia pun still malas.  Gigi pulak dah tumbuh 8 batang. 

Mula2 nya tak terfikir nak buat party untuk dia. then, papa nya terfikir why not kita buat makan2 simple2 ajak sedara mara yang dekat2 je. So, kami buat la makan2 ngan bbq sikit. semua makanan mama aku yang masak. Menu nya roti ngan kari ayam, mihun goring with keropok, seafood BBQ dan makanan rapu yang lain. Kek pun tempeh kat kampong je. Tak gempaq lansung! Nak tunjuk gamba pun segan. Oh lupa, aku memang tak suka buat majlis gempaq2 ngan tema bagai. Asal cukup syarat sah.  

hello :p
asal boleh je

hentam
tetamu yang hadir adalah sedara mara sahaja
tetap hepi walau kek tak menggiurkan lansung
rakan2 seperjuangan: aniq, ain

PERAPI RAMBUT VCO





inovasi terbaru
SAIZ: 130ML 
HARGA RUNCIT/RETAIL PRICE= RM69.90
HARGA KAMI = RM 46


MENGGUNAKAN 100% MINYAK KELAPA DARA TANPA CAMPURAN MINYAK LAIN!!!



 Deskripsi produk pada botol

Perapi rambut berasaskan minyak kelapa dara/virgin coconut oil (VCO) kaya dengan Vitamin , C dan E, asid laurik, bersifat anti-oksida dan melindungi dari sinar UVA dan UVB. Formula perapian intensif untuk rambut menyerap jauh ke dalam struktur rambut dan akarnya untuk memelihara, menyihatkan dan menyuburkan rambut. Perapi rambut sesuai untuk masalah rambut gugur, rambut jarang dan botak, kelumumur, gatal-gatal kulit kepala, uban, rambut rosak dan bercabang dihujung, menghitamkan dan menyuburkan rambut.

BAU/FRAGRANCE: LIMAU PURUT

Ingredient: virgin coconut oil (VCO), other herbs, fragrance. 130ml.

 

2 versi terdahulu


UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI

Produk ini adalah salah satu produk dalam SET RAMBUT SIHAT

Friday 22 June 2012

Pembelian bijak!!


saya sangat2 suggestkan kepasa pembali supaya membeli 3 botol terus utk merasai kesan yang ketara dan paling penting anda jimat berganda. dengan pembelian satu botol, anda perlu membayar RM 36. tapi bila beli 3 sekaligus, anda hanya perlu membayar  RM 30 utk satu botol dan juga dapat free gift VCO soap yang beharga RM 10. jimat berganda2 kan?


Salam

Maaf lambat reply. Selalunya kalau beli 3 botol aku akan bagi harga RM 84 plus postage RM 6, so RM 90 je. Tapi tak pe aku dah refund balik masuk dalam kotak masa pos tadi. Kalau beli 3 jugak aku satu free vco soap. memang aku nasihatkan sapa2 yang nak beli perapi rambut VCO ni utk beli 3 terus. Sebab benda ni adalah hair care utk penjagaan harian. Macam jugak skincare utk muka. Bukannya ubat.  Memang lepas penggunaan 3 botol mu akan rasa perubahan dia.  tapi lepas ni teruskan la. Jangan berenti kalau nak rambut yang sihat sempurna sepanjang hayat. Banyak leh jimat bila beli 3 terus, selain jimat duit postage, dapat diskaun lagi lepas tu dapat free gift.

Lagi satu, produk semulajadi ni bertindak perlahan tetapi ia akan menyelesaikan masalah kita dari dalam (akar umbi) dan kesan pemulihan nya adalah lama. Tidak seperti produk chemical yang lain yang hanya memberikan kesan jangka pendek dan bertindak dari luaran sahaja.

Rambut aku memang takdaok masalah jarang or botak. Tapi masalah kering, mengerbang, rambut bercabang dan bermacam2 lagi. Huhu. Aku pernah cerita kat sini. http://gardenherbshop.blogspot.com/2012/05/tujuan-bisnes.html. Memang minyak nil eh pakai utk baby pun sebab dia takde bahan chemical lansung. Cuma kene jangan bagi kena mata sebab mungkin pedih sikit sebab ada limau purut. Tapi kalau kena pun tak bahaya n pedih kejap je. Minyak ni memang utk lebat dan hitam kan rambut. Selain keajaiban VCO tu sendiri utk lebatkan rambut ,ia juga dah dicampurkan dengan sedikit pati gondang emas yang dipercayai turun temurun dapat melebatkan rambut. 

Betul tu, rambut yang sihat juga adalah dari pemakanan yang sihat. Tapi rambut juga sama macam kulit kita. dia akan menyerap bahan2 luaran masuk ke dalam (depends on bahan jugak).   sebab tu lah, kita digalakkan memastikan bahan2 yang kita pakai bebas dari bahan kimia merbahaya agar ia tidak meresap ke dalam badan. VCO yang kita sapu pada rambut sebenarnya bertindak dari dalam dan luar. VCO adalah minyak yang dapaty menyerap jauh ke dalam lapisan rambut. Baca link ni utk serba sedikit maklumat. http://gardenherbshop.blogspot.com/2012/05/kajian-saintifik-kejaiban-minyak-kelapa.html.

Thursday 21 June 2012

Book Review: Art of Deception


Assalamualaikum…

Skrg ni En Saiful baru beli satu lagi buku. Sebenarnya aku tak berapa minat sangat genre buku yang husband aku baca. Tapi lepas belek2 buku ni, buku ni memang menarik sangat. Banyak perkara yang aku anggap sebagai teori konspirasi, penulis buku ni huraikan setiap peristiwa yang berlaku dengan bukti dan fakta yang lengkap.



Buku ini ditulis bagi membongkar segala penipuan Amerika dan pertubuhan rahsia dibelakangnya satu persatu. Buku ni ditulis oleh Jerry D. Gray bekas United States Air Force, yang kini sudah memeluk Islam dan aktif menjalankan kegiatan dakwah. Beliau kini aktif bergerak ke seluruh Indonesia dan Malaysia untuk menyampaikan ceramah untuk mengajak umat Islam supaya sedar yang hari ini umat Islam sudah tertipu dengan agenda Yahudi dan Amerika.


Secara umumnya buku ini menerangkan penipuan besar peristiwa 911, matlamat New World Order, Organisasi rahsia milik New World Order. Dan yang paling menarik adalah baru aku tahu yang dalam buku ini ada dinyatakan bahawa Napoleon Bonaparte seorang Islam. Ada beberapa buku yang ditulis tentang ini salah satu nya adalah 'Napoleon And Islam' by C. Cherfils. (Boleh wat kajian lanjut pasal ni. Terlalu sedikit maklumat pasal ni).

Digalakkan untuk memiliki buku ini untuk kajian dan peringatan diri sendiri dan ahli keluarga. Semoga memberi pengetahuan yang baru buat kita. InsyaAllah....

Monday 18 June 2012

Outdoor activity : beach



Assalamualaikum…

Oleh kerana aku ni adalah pencinta alam semulajadi dan penjual produk herba semulajadi, so aku rasa berbesar hati ingin dekatkan anak aku kepada keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang maha hebat. Hehe…  lokasi yang dipilih oleh kami kali ni bukan nye low bajet punya tempat, tetapi adalah no bajet at all :( . Tempat itu adalah jeng jeng pantai Irama yang hanya terletak 200m dari rumah. Jalan kaki je der.  Nisa sangat2 enjoy dan hepy. Tak tahu nak cerita betapa hepy nya dia. malas nak cerita panjang. Tgk gamba sudah.  A picture paints thousand words. Walaupun nisa baru setahun tapi aku rasa sangat2 lah penting untuk dekatkan dia dengan ciptaan Allah agar dia dapat memerhatikan tanda2 kekuasaan Allah ini. tapi dia memang betul2 terpegun lah. sebelum ni dah biasa sangat pergi pantai tapi tak pernah bagi dia sentuh apa2 juz tgk je. Tapi kali ni, kami biar dia lihat, dengar dan rasa dengan seluruh pancainderanya. 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali 'Imran:190)

main pasir


nisa sayang papa. hepy father's day


mula2 takut2


muka cuak tapi still gedebe


dah gedik main air - tak takut lagi


nak main pasir lagi


suka


nak merangkak sendiri sorang2


buat macam umah sendiri


runtuhkan istana pasir org


relax je walaupun dalam air tu. aku pulak yang cuak


kuda yang disangkanya lembu. mooo dia panggil


mingu depan kita naik kuda pulak


babai



Friday 15 June 2012

Cara penggunaan VEGOURZ HAIR TONIC

Sebenarnya, cara penggunaan VEGOURZ HAIR TONIC ini berdasarkan pembacaan dan juga pengalaman penulis menggunakan produk ini sehingga memberikan kesan yang menakjubkan. Memang banyak kali kami tekankan produk semulajadi ni bertindak perlahan tetapi ia akan menyelesaikan masalah kita dari dalam (akar umbi) dan kesan pemulihan nya adalah perlahan tetapi 100% berkesan. Tidak seperti produk chemical yang lain yang hanya memberikan kesan jangka pendek dan bertindak dari luaran sahaja. Sebelum ini juga kami ada terangkan keajaiban  minyak kelapa pada rambut secara  saintifik. Kenapa anda wajib memiliki  produk ini?? Sila klik di sini!

Masa penggunaan yang sesuai

Masa yang sesuai untuk menggunakan VEGOURZ HAIR TONIC adalah ketika rambut separa kering. Keadaan rambut yang terlalu basah (selepas mandi) boleh menghalang penyerapan tonik ini. Dalam keadaan separa kering, molekul2 air masih ada didalam rambut. bila VEGOURZ HAIR TONIC disapu pada permukaan rambut, ia membantu menghalang pelepasan air2 ini lalu menjadikan rambut lebih lembap.

Walaubagaimanapun pemakaian tonic ketika rambut sudah kering juga baik dan mampu mengkhasiati rambut dengan baik.

Cara penggunaan yang betul

Setelah memilih produk yang sempurna untuk rambut, kita perlu jugak tahu cara penggunaan nya yang betul untuk mendapatkan impak yang maksima.

Pertama: rambut berada dalam keadaan bersih. Maksudnya tiada kesan gel2, conditioner atau produk rambut yang lain.


kedua: jika anda baru mencuci rambut anda, keringkan rambut dengan tuala. Biarkan hingga separuh kering (sebab air/kelempaban yang masih ada pada rambut boleh dihalangi pelepasannya dengan menggunakan tonik ini). tapi kalau dah kering pun tidak mengapa


Ketiga: bahagikan rambut kepada beberapa bahagian. (langkah ini adalah untuk memastikan setiap helaian rambut mendapat khasiat dari produk ini)


Keempat: pamkan VEGOURZ HAIR TONIC ke tapak tangan anda dan ratakan dengan menggunakan kedua2 belah tangan.


Kelima: sapukan pada bahagian rambut yang dah kita bahagikan itu. Gunakan jari jugak untuk ratakan pada rambut. 

Keenam: lepas semua bahagian rambut dah di sapu, boleh la sikat dengan menggunakan sikat yang jarang untuk ratakannya  lagi.

dan akhir sekali, sapukan VEGOURZ HAIR TONIC pada kulit kepala menggunakan bebola kapas (cotton ball) terutama sekali untuk yang mempunyai masalah kelmumur atau masalah kulit kepala (scalp) yang lain. meyapu minyk pada kulit kepala juga membantu menghilangkan kesan syampoo apalagi untuk syampoo yang tidak sesuai yg boleh membuatkn keradangan pd kulit kepala.

Itu saja