Saturday, 12 May 2012

Book review: Anakku hebat Anakku soleh



Assalamualaikum…

Walaupun blog ni sangatlah syok sendiri, tapi rasa bes pulak sebab ada visitor dari Holland. Banyak kali pulak tu dia view blog i. :) ( kejap aku, kejap saya, kejap i, lepas ni ambo pulak)

Sekarang ni kat rumah aku, banyak gila buku. En saiful lah yang rajin sangat membeli nya. Disebabkan tak sampai hati tgk buku2 duk jelling kat aku, aku pun baca la. Banyak tau aku baca buku semenjak jadi housewife nih. Hari ni nak review satu buku ni tentang pendidikan anak2 dalam islam. Buku yang bertajuk ‘Anakku hebat Anakku Soleh’ yang ditulis oleh Zahazan Mohamed.

Takda konsep parenting yang lebih baik dari apa yang dianjurkan dalam islam. Aku memang berminat ngan Islamic parenting (walaupun rasa sangatlah tak layak nak bercerita pasal agama kat sini). Percaya atau tidak, aku pernah habiskan buku  terjemahan buku Abdullah Nasih Ulwan yg bertajuk ‘Tarbiyatul Awlad Fil Islam’ setahun yang lepas. Tebal gila buku tu. Satu jilid tebal dia macam kamus dewan tu. Dia ada 2 jilid. Tapi aku baca satu jilid je lah. tak mampu den. Tapi aku cadangkan sape yang nak tahu konsep mendidik anak menurut islam, boleh la baca buku anakku hebat anakku soleh ni sebab dia lebih ringkas. Kandungan dia pulak lebih kurang sama dengan buku Abdullah Nasih Ulwan tu.

kat sini nak share tentang konsep memberi ganjaran dan hukuman. Parent2 kita suka bagi hukuman kalau kita buat salah, tapi amatlah jarang begi penghargaan kalau kita buat sesuatu yang baik.  Cendiakawan2 ilmu tarbiah bersepakat bahawa penggalakan dan memberi ganjaran adalah perkara penting dlm pendidikan apabila anak melakukan perkara yang baik. Para pendidik dinasihatkan menggunakan formula ini. Janganlah ibubapa menyempitkan konsep pemberian hadiah ini kerana cara ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada keadaan. Mungkin kita boleh bagi ganjaran dalam bentuk wang ringgit atau hanya puji-pujian yang menggalakkan nya untuk terus melakukan perkara baik. Yang penting sekali ganjaran yang diberikan itu menerbitkan rasa ingin terus berkelakuan baik supaya beroleh anugerah itu. 

Hukuman juga perlu dibuat untuk mengatasi perkara yang sebaliknya dan perkara ini diperakui oleh para bijak pandai ilmu psikologi. Dengan kombinasi 2 cara ini anak2 dilatih untuk berfikir: Membuat baik balasannya baik, membuat jahat balasannnya hukuman. Tapi awas!! Hukuman tu kenalah berpatutan dan tidak berlebihan. Pada sesetengah keadaan, memaafkan itu perlu jugak. Kedua2 cara mempunyai kepentingan kerana ia terdapat dalam islam kerasa amalan manusia dihitung dengan ganjaran dan hukuman pada hari akhirat nanti. wallahualam
 Anak=saham akhirat
             

No comments:

Post a Comment