Assalamualaikum…
Aku
ada seorang anak yang bernama Nisa Imtiyaz Mohd Saiful. Sebelum ni, aku memang
takda pengalaman lansung menjaga baby yang yang kecil mahupun yang besar. Oleh itu,
aku mengalami sedikit tekanan bila terpaksa menjaganya seorang. :P Semasa dia
berumur 2 minggu, papanya terpaksa bekerja untuk 4 minggu. Memang aku stress
sebab mama aku kerja. tak tahu nak handle ini budak. Mujurlah, ada ibu
saudaraku yang datang membantu. Selepas seminggu,
pengasuh yang aku cari2 selama ni sampai. Dia datang pagi dan balik petang. Lega
la jugak. So, kesimpulannya aku memang takda pengalaman dan terlalu banyak aku
kena belaja pasal penjagaan baby ni.
Sebenarnya
nak cerita pasal pemakanan Nisa selama aku jaga. Bukan niat nak bagi panduan
kat org, jauh sekali nak berlagak sebagai pakar pemakanan. Niat nak tulis ni
sebab untuk merekodkan apa yang aku dah bagi kat dia supaya bila free aku boleh
baca ( memang aku sorang je baca blog ss aku ni :P).
Pasti semua kaum2 ibu inginkan yang terbaik untuk
anak2. Macam2 planning dibuat untuk kesejahteraan si anak. Macam aku kalau
boleh nak bagi makanan yang sihat, mudah dan yang paling penting berkhasiat untuk Nisa. Bila dibaca2
kat buku atau internet tentang kebaikan breastmilk dan homemade baby food untuk
anak, aku pun nak jugak bagi nisa macam tu. Sebab? Mostly dah tau kan keburukan susu
formula dan solid food yang di jual di pasaran. (tapi jangan sedih bila korang
dah terrrrbagi anak korang selain dari tu sebab kita hanya merancang). Oleh
kerana kekangan waktu menyebabkan kita terlupa akan planning2 kita itu
dan terpaksa menyumbat anak kita dengan susu formula atau solid food yang
berada di pasaran. Walaupun itu bukan yang terbaik, tapi tidaklah menjadi suatu
kesalahan. (baik juga, Cuma bukan yang terbaik). Pemakanan yang baik adalah
sangat penting. You are what you eat.
Aku juga seorang yang agak malas nak masak hari2
semata2 nak bagi baby makan seciput dua. Oleh kerana kemalasanku itu, aku ada
membeli berkotak2 dan bertin2 baby food yang dijual di pasaran. Tapi direject
oleh anak aku sebab memang tak kena dengan selera dia. oleh itu, aku yang tidak
berpengalaman ini telah merancang satu sistem pemakanan homemade yang mudah dan yang terpenting berkhasiat. ( tak perlu rujuk mana2
resepi). Oleh kerana kekurangan ilmu aku dalam pemakanan ini, aku banyak
merujuk web wholesomebabyfood.momtastic.com
First sekali, perlu diketahui berapa usia anak kita. Kalau
dirujuk, ada beberapa stage baby food. Ini penting untuk dipastikan atas
beberapa factor seperti allergic, penghadaman dll. Oleh itu, ada baik nya kita
bagi anak kita makanan yang dibenarkan ikut peringkat umur anak kita. Untuk
carta makann mengikut umur, boleh didownload kat website tu ye.
Selepas aku dapat carta tu, aku divide kan kat 3 kategory iaitu cereal,
protein, vegetables and fruit. Banyak sangat senarai makanan dalam carta
tu kan? Sampai kita sendiri pun tak tahu menatang apa lah. Tapi korang pilihla
makanan yang sesuai ngan kita punya tempatla. Tak perlu la nak mngwesternkan
anak kita. Susah kita nanti nak sediakan makanan western je nanti. Kampung2 je
sudah…
Contoh (untuk bayi 8-10 bulan) !
Cereal – nasi, beras perang dll
Protein – ayam, daging, ikan bilis dll
Sayur – bayam, kankung, carrot, kentang dll
Buah – labu, pisang, kurma, kismis dll
Selepas tu, ambil satu makanan dalam setiap category
dan rebus saja semua. Then, blend! Simpan lah dalam peti ais tu. aku simpan maximum 2 hari je(sila rujuk
website di atas utk cara penyimpanan dan tempohnya)
nasi perang + ikan bilis + bayam merah + labu untuk
nisa.
Selama aku gunakan kaedah ni, dia makan ok je. aku
pernah juga buat puree buah tapi direject. So, aku campur je semua kategori dan
blend. Kalau nak tau lebih lanjut tentang satu2 makanan, boleh la baca.
Terdapat sayur dan buah yang mengandungi kandungan nitrat yang tinggi dan macam
tak sesuai di simpan.
Untuk finger food pulak,
masa nisa umur 7 bulan setengah aku dah start kasi tapi asyik choking je. Pastu
jadi malas. Umur dia 10 bulan lebih baru kasi balik then ok. Tak choking lagi. Finger
food yang aku kasi adalah pisang, roti, biskut baby bytes dan buah2 yang dah di
bake atau direbus (carrot, epal).
biskut beras baby bytes yang tak manis. biskut rusk tu manis sangat.
Tapi
sekarang dia dah 11 bulan, dah 2 minggu tak masak makanan untuk dia. dia dah
tak nak bubur. dia makan apa yang kami makan. Aku suap je sesuka hati. Cili pun
dia pernah makan. Budu dalam nasi kerabu pun dia telan. Banyak pulak dia makan
dan tak choke pun. Tapi junk food, air bikarbonat dll tu memang tak kasi lah.
Ini
pengalaman aku. Mungkin ada yang tak setuju. Setiap budak lain dia punya
penerimaan. As long as diorang ok, ok la kot.
No comments:
Post a Comment